Dengan muka tebal, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat di Parlimen, Isnin lalu walaupun pada awalnya beliau menggesa semua Ahli Parlimen pembangkang untuk memboikot upacara itu.
Usaha beliau dan pembangkang untuk memaksa Tan Sri Pandikar Amin Mulia bersara awal juga gagal. Siri perhimpunan Blackout 505 juga terpaksa dihentikan kerana semakin kurang sambutan. Dengan kedatangan Ramadan sekitar dua minggu lagi, tentulah aneh bagi beliau, beberapa kerat pemimpin pembangkang dan penyokong Melayu berarak ke stadium dan berteriak memaki hamun, manakala umat Islam lain ke masjid dan surau mengerjakan ibadat Tarawih.
Seorang aktivis politik yang mengikuti beberapa perhimpunan anjuran Anwar sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) mengakui bahawa ia gagal merapatkan hubungan antara kaum seperti yang didakwa. Jamal Ibrahim, bekas pengacara radio yang sering kritikal kepada kerajaan, berkata Perhimpunan 709, 428, 112, 508 dan sebagainya tidak membantu merapatkan, apatah lagi menyatupadukan rakyat, malah membuktikan bahawa jurang perbezaan kaum tetap jelas dan nyata. Jamal ialah anak bekas pemimpin Parti Komunis Malaya, Shamsiah Fakeh dan Ibrahim Mohamed.
"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Tuesday, 2 July 2013
Persidangan Minggu Pertama Yang Hangat..
Minggu pertama sidang Dewan Rakyat tepat sebagaimana dijangka, berlangsung dalam suasana hangat terutama dengan keghairahan pembangkang yang kini mempunyai 89 wakil di Parlimen. Ini permulaan yang baik apabila perbahasan berkualiti cuba ditampilkan meskipun ada beberapa wakil rakyat secara sengaja membelakangi Peraturan Mesyuarat dengan menggunakan bahasa kesat.
Gabungan ramai muka baru dan orang lama dari pelbagai latar belakang juga berjaya meningkatkan daya intelektual ahli dewan semasa sesi perbahasan walaupun ada kalanya perkara tidak relevan turut dibangkitkan.
Namun kehilangan wakil rakyat Bebas seperti Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin, yang pada sesi lalu sering kali bangkit mempertahankan hak bumiputera amat dirasai apabila belum ada lagi suara lantang seperti itu kedengaran.
Cantas Dalam DAP!
''Itu bukan pembohongan tetapi itulah kebenaran yang cuba disembunyikan oleh pimpinan DAP untuk menutup kesilapan mereka!
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass berhubung wujudnya isu mencantas cawangan yang bertindak lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap cara pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada Disember lalu.
Malah, katanya, isu mencantas ahli DAP sememangnya berlaku apabila ada dalam kalangan mereka tidak diberi notis untuk hadir dan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass berhubung wujudnya isu mencantas cawangan yang bertindak lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap cara pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada Disember lalu.
Malah, katanya, isu mencantas ahli DAP sememangnya berlaku apabila ada dalam kalangan mereka tidak diberi notis untuk hadir dan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).
Subscribe to:
Posts (Atom)