Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23
Mac ini akan menentukan sama ada calon Barisan Nasional (BN) atau calon
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan ke DUN Selangor. Walaupun bukan tokoh
PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding dan meletakkan Datin Seri
Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calonnya, peluang antara kedua-dua
parti ini sebenarnya tetap dilihat sebagai 50-50.
Ini kerana keadaan di Kajang pun sukar dibaca. Sebabnya, para
penyokong pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan PRU 2013
begitu cepat untuk diputuskan ikatannya. Keadaan itu boleh berubah kalau
rakyat Kajang bertimbang-timbang ke kiri ke kanan.
Ke mana rakyat dengan Kajang pada PRK ini? Ada dua ufuk. Pertama,
jika rakyat mahu ke ufuk sebelum ini, dengan kecelaruan politik,
perbalahan dalaman parti, sikap anti kerajaan, hasutan, dendam kesumat,
fitnah, maka akan kekallah PKR.
Di ufuk yang satu lagi, sekiranya rakyat kembali meyakini BN, yang
dipersiapkan dengan wawasan, dasar dan program pembangunan yang
pragmatik, maka Kajang boleh pula menjadi batu tanda perjalanan ke depan
politik tanah air.
"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Monday, 17 March 2014
MH370: Patriotisme dan Politik Benci...
Sekarang adalah waktu-waktu yang sukar bagi Malaysia. Seluruh dunia memberi tumpuan berikutan kehilangan pesawat MH370. Ketika ini rakyat Malaysia perlu bersatu dan menyokong usaha-usaha kerajaan dalam melaksanakan operasi mencari dan menyelamat.
Lupakan soal perbezaan politik sebaliknya sama-sama mendoakan kejayaan usaha tersebut."
Demikianlah pandangan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika berbual-bual dengan wartawan Malaysia di Mauritius pada Selasa lalu.
Beliau menjadi wakil kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menangguhkan lawatan ke Mauritius berikutan peristiwa pesawat berkenaan.
Sememangnya gesaan Mustapa tepat pada masanya memandangkan ketika ini media barat terus melakukan serangan kiri dan kanan, depan dan belakang kepada Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)