DAP ternyata semakin gelabah apabila kejayaan mereka mempengaruhi
masyarakat Cina untuk menolak Barisan Nasional (BN) mula menjadi
perdebatan, apatah lagi apabila ramai pihak membentangkan jasa-jasa BN
kepada masyarakat Cina.
Secara tiba-tiba, DAP bercakap soal mahu Datuk Seri Najib Tun Razak
supaya tidak bersikap perkauman, sebaliknya menjadi Perdana Menteri
kepada semua kaum, biar pun pada hari pemimpin DAP membuat gesaan itu,
Najib sudah menegaskan, tugas beliau seterusnya adalah untuk
mengharmonikan rakyat pelbagai kaum.
Sepatutnya, pemimpin-pemimpin DAP membuat gesaan tersebut terhadap
parti itu sendiri dan bukannya kepada pemimpin-pemimpin BN. Ia
memandangkan selama ini parti manakah yang dilihat mengajar masyarakat
Cina supaya tidak berterima kasih kepada sumbangan BN kepada mereka.
"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Friday, 10 May 2013
Benarkah Cina Tidak Tahu Balas Budi?
"Maaflah encik, kali ini kita di seluruh negara sudah bulat mahu tukar.''
Itulah kata-kata seorang pengundi Cina kepada rakan penulis dua hari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dijalankan.
Mungkin apabila memikirkan apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam membantu kaum Cina, kita tidak akan percaya kata-kata itu. Tetapi ternyata apabila satu demi satu keputusan PRU-13 diumumkan, pengundi Cina ternyata mengotakan janji mereka. Matlamat mereka untuk menukarkan kerajaan sedia ada yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN) bukan omong kosong.

Wajib Baca: BN Pertahankan Kuasa dan Terima Pengajaran Politik Baru...
Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU-13) sama sekali
tidak mengejutkan. Berdasarkan strategi yang diatur oleh Pakatan Rakyat
dengan serangan utama disasarkan ke negeri Johor, jelas sekali DAP
adalah perancang utama Pakatan Rakyat dan menjadi kuasa penentu dalam
pemilihan calon sehinggakan Chua Jui Ming sendiri akhirnya terpaksa akur
apabila 'ditendang' ke Segamat.
DAP yang mensasarkan kawasan boleh menang mereka di kawasan undi penentu Cina juga secara licik berjaya menjadikan Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang dan lain-lain pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat sebagai promoter dan penggempur tembok kebal Melayu di Johor dengan sangat berkesan.
Biarpun ramai yang mengeluh, kecewa, marah dan bimbang dengan tsunami Cina itu, ia perlu dilihat sebagai suatu rahmat yang datang bersama ingatan dan amaran bahawa cabaran politik Islam-Bumiputera-Melayu di masa depan amatlah getir, kritikal dan sangat mencabar.
Sudah dua kali BN terselamat daripada kehilangan kuasa dalam PRU-12 dan PRU-13. Sudah dua kali juga kita terpaksa berhempas pulas cuba memenangi hati rakyat bukan bumiputera khususnya orang Cina dengan pelbagai tawaran yang sarat dengan pelbagai kompromi dalam pendidikan, ekonomi, dasar meritokrasi hatta Dasar Ekonomi Baru (DEB) biarpun kompromi ini sangat mengguris hati bumiputera.

Anwar Semakin Biadap!
Kebiadaban Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang mengepalai perhimpunan haram di Stadium Petaling Jaya malam kelmarin tidak terhenti di situ kerana beliau sekali lagi akan menganjurkan
perhimpunan tersebut di Pulau Pinang, Sabtu ini.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikatakan merancang mengadakan perhimpunan bantahan di Padang Kota Lama pada pukul 5 petang.
Menurut sumber, Anwar dipercayai belum puas dengan kekecohan pasca pilihan raya yang ditimbulkan malam tadi dan merancang meneruskan agendanya menghasut rakyat supaya memprotes keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 Ahad lalu.

PR Makin Keliru!
Isu pengundi hantu, gangguan bekalan elektrik dan bermacam-macam lagi fitnah disebarkan oleh penyokong PR di serata media sosial.
Malangnya, ramai rakyat Malaysia yang terus mempercayai semua fitnah dan penipuan tanpa usul periksa. Jika benar ada pengundi hantu seramai 600,000 orang, mana buktinya? Adakah masuk akal 600,000 pengundi hantu membantu BN menang tipis dan tewas undi popular?
Walaupun isu gangguan elektrik telah dinafikan oleh ramai penyokong serta wartawan pro-PR, ramai lagi yang masih percaya. Taktik Anwar menggunakan penipuan telah menjangkiti penyokong-penyokong PR.
Pemerhati-pemerhati asing memuji perlaksanaan PRU13. Kenapa Anwar dan PR masih kecoh? Jelaslah perjuangan Anwar hanya untuk jadi PM. Beliau pernah janji untuk bersara jika gagal jadi PM. Sekali lagi penipu besar ini memungkari janji sendiri.
Ugutan Azmin Ali Kepada Anwar!
Krisis perlantikan Menteri Besar Selangor semakin menarik. Azmin Ali mengumumkan kepada para penyokong bahawa beliau akan meninggalkan PKR sekiranya tidak dipilih menjadi MB.
Krisis di Selangor agak serius kerana DAP mahukan PKR yang hanya
memenangi 14 kerusi untuk menjadi Menteri Besar berbanding Pas yang mempunyai
15 kerusi. DAP tidak mahu Azmin sebagai MB manakala sumber Istana dikatakan lebih
menyukai calon Pas sebagai MB.
Anwar sehingga kini masih belum berani menyelesaikan masalah di Selangor
dan hanya menumpukan usaha untuk melumpuhkan kerajaan Persekutuan.
Tindakan Azmin ini telah dijangka setelah dalam twitternya semalam
menyindir Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bermuhasabah diri
mengenai kekalahan dan jangan menyalahkan lain.
Anwar Putar Belit!
Tindakan Anwar menganjurkan Perhimpunan Kemarahan Rakyat malam kelmarin membuktikan
cita-cita beliau hanya mahukan jawatan PM.
Walaupun Anwar tidak terima, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Kelantan sudah pun
mengangkat sumpah. Adakah mereka juga tidak terima keputusan PRU13?
Tindakan Anwar menulis tweet PR telah menang sebelum sebarang keputusan
diumumkan adalah taktik Anwar untuk memburukkan proses pilihanraya.
Sila layari link di bawah untuk bacaan seterusnya :
Terpulang kepada anda untuk menilainya... Berfikirlah dengan waras demi
masa depan generasi yang cemerlang dan gemilang.
Subscribe to:
Posts (Atom)