Darahsatriadotcom

Followers

Monday, 27 May 2013

Terkini : Taktik Anwar Didedahkan!

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta berhenti menjadikan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai alasan untuk menghasut dan menanam sifat benci rakyat terhadap kerajaan.

Penganalisis Politik, Dr. Chandra Muzaffar berkata, Anwar masih menggunakan pendekatan sama iaitu mengelirukan rakyat dengan menggunakan pembohongan kononnya berlaku 'penipuan besar-besaran' semasa pilihan raya.

Tambahnya, ekoran alasan itu, rakyat yang termakan hasutan telah menyertai bantahan serta perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan walaupun cara tersebut adalah tidak demokratik dan tidak mengikut undang-undang negara.

Anwar Sekarang Sedang Malu!

Perhimpunan haram anjuran pakatan pembangkang untuk membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah perancangan strategik yang telah lama diatur untuk menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan.

Namun, perhimpunan itu semakin lesu kerana hanya dihadiri muka-muka yang sama dan pakatan pembangkang yang diketuai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kehabisan isu untuk mengheret rakyat dalam perjuangan peribadinya menguasai Putrajaya.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, beliau amat yakin Anwar semakin terdesak dan tidak berkemampuan untuk menunggu lagi lima tahun bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Kantoi : Lakonan Ahli PKR Tidak Menjadi!

Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini sempat 'berlakon' dengan berpura-pura pengsan selepas mendakwa dia ditolak oleh anggota polis.

S. Jayathas, yang berusia dalam lingkungan 50-an dan merupakan ahli Biro Politik PKR, hadir di IPD itu kira-kira pukul 11 pagi ini untuk membuat laporan mengenai kematian seorang tahanan dalam lokap polis baru-baru ini.

Bagaimanapun, kira-kira setengah jam kemudian, berlaku pertengkaran antara Jayathas dengan beberapa anggota polis yang bertugas apabila dia enggan meninggalkan kawasan IPD itu.

Mimpi Anwar Menjadi PM Tak Pernah Padam!

Pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang perlu melihat pendedahan oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla berhubung kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai 'satu bentuk amaran bahaya yang menanti' jika Ketua Pembangkang itu terus diberikan sokongan.

Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, pendedahan tersebut jelas menunjukkan mimpi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri tidak pernah padam malah sanggup melakukan apa sahaja termasuk menipu dan memfitnah bagi mencapai cita-citanya.

PR : Janji Tinggal Janji!

Ternyata slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus yang dilaung-laungkan kerajaan DAP Pulau Pinang hanya retorik semata-mata.

Meskipun sudah lebih lima tahun mentadbir negeri ini, pembangkang dilihat masih gagal memberikan perkhidmatan terbaik seperti yang dikehendaki rakyat.

Di Taman Sembilang, Seberang Jaya di sini, penduduk yang menetap di di Lintang Sembilang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang didakwa tidak menjalankan tanggungjawab menyelenggara sistem perparitan dengan baik.

Pembangkang Tidak Mewakili Undi Majoriti..

Hakikat sebenar tentang undi popular yang dijaja pembangkang bagi mengelirukan rakyat hanyalah diperoleh melalui pengundi-pengundi Cina dari empat buah negeri yang mempunyai ramai penduduk kaum itu.

Memetik blog http://syedsoutsidethebox.blogspot.com, pembangkang hanya memperoleh kelebihan undi di lima buah negeri yang mana empat daripadanya iaitu Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur merupakan negeri-negeri yang mempunyai populasi kaum Cina terbesar.

Satu lagi negeri yang turut memihak kepada pembangkang ialah Kelantan, hanya memperoleh kelebihan 57,332 undi yang dianggap sangat tipis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...