Darahsatriadotcom

Followers

Thursday 30 May 2013

PAS Bertambah Marah Dengan PKR!

Khabar angin mengatakan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution akan dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar Selangor mencetuskan 'rasa kurang senang' Pas apabila turut menuntut penglibatan dalam memantau urusan harian negeri itu.
 
Perkara itu disuarakan Yang Dipertua Pas Kawasan Pandan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Iskandar Abdul Samad yang mahu seorang Naib Presiden Pas ditugaskan untuk urusan pemantauan berkenaan.

Menurut beliau, hal ini kerana ahli-ahli Pas telah bekerja keras untuk mengukuh dan mengembangkan pengaruh parti itu di Selangor dan sudah tentu mereka mengharapkan lebih perhatian daripada pimpinan tertinggi parti.

Nurul Izzah Bakal Ditahan?

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung dakwaan 'jahat' yang dibuat sehari sebelum hari mengundi.

Katanya, laporan tersebut berkenaan tuduhan berkaitan urus niaga pembelian 12 ekar tanah bernilai tinggi di Bukit Kiara.

"Saya serahkan perkara ini kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan. Tindakan ini diambil apabila melihat terdapat elemen salah laku yang dibuat oleh pihak berkenaan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Jalan Pantai Baharu hari ini.

Bila Nyawa Jadi Galang Gantinya!

Kira-kira 50 aktivis prokerajaan yang mewakili Anak Malaysia Negeri Melaka mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat keamanan negara.
Sambil menyifatkan perhimpunan haram sebagai usaha pihak pembangkang cuba mencetuskan huru-hara ekoran rasa tidak puas hati terhadap keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), mereka berharap kementerian tidak gentar dengan ancaman dan ugutan daripada penganjur perhimpunan tersebut.

Semangat Ala Mahathir?

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan pembangkang bahawa semangat ala Mahathir mula wujud selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak menangkap beberapa pemimpin dan aktivis propembangkang baru-baru ini.
 
Menurut Khalid, PDRM hanya menjalankan tugas menangkap mereka yang menimbulkan kekecohan di dalam negara.

"Saya tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan 'Mahathirisme'. Sesiapa sahaja yang mengganggu gugat keamanan tidak kira mereka di pihak mana, maka polis akan mengambil tindakan dan jika perlu kami akan tangkap," katanya.

Dong Zong : Diberi Betis Nak Peha Pula!

Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) perlu menerima pelantikan dua menteri Kabinet daripada kaum Cina, Senator Datuk Paul Low Seng Kwan dan Datuk Mary Yap Kain Ching secara terbuka kerana pelantikan itu dibuat atas dasar kredibiliti.
 
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, pelantikan tersebut juga adalah ‘bayaran’ kepada persatuan ekstremis Cina itu kerana menolak calon-calon MCA dan Gerakan pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

‘‘Kebanyakan kaum Cina menyokong DAP pada pilihan raya umum lalu dan menolak hampir sebahagian besar calon MCA dan Gerakan yang kebanyakannya berkaliber untuk diangkat sebagai menteri.

BN Jumpa Taktik Baru Sebelum Rebah!

Barisan Nasional (BN) perlu berani melakukan pembaharuan dan perubahan bagi memastikan parti itu sentiasa relevan serta mesra rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pembaharuan dan perubahan dari segi strategi, pendekatan, program dan lebih pragmatik penting sebagai persiapan awal untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14. 



“BN perlu berani berubah sebelum rakyat menolak, kerana walaupun sudah memegang pemerintahan secara berterusan selama 56 tahun dan sudah melakukan pelbagai usaha pembangunan untuk semua kaum namun ia bukan jaminan untuk terus kekal memerintah.

Rafizi Ramli Semakin Tertekan!

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menghadapi jalan buntu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi janji kerajaan untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat.

"Seperti dijanjikan, harga kereta akan diturunkan secara berperingkat hingga 2017. Insya-Allah, saya akan pastikan setiap janji ditepati," katanya dalam tweet terbaru beliau hari ini.

Dalam Aku Janji pilihan raya umum ke-13 lepas, Barisan Nasional berjanji menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 dan 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional, jika diberi mandat untuk kembali mentadbir negara. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...