Darahsatriadotcom

Followers

Monday 22 April 2013

Panas : Kit Siang Jual Air Mata...

Lim Kit Siang dalam sidang akhbar yang diadakan tengahari 19 April menitiskan air mata kerana menuduh ROS, BN & SPR mensabotaj peluang beliau menang di Parlimen Gelang Patah.

Usaha DAP & Pakatan Rakyat untuk menyembunyikan kesilapan sendiri dan menuduh pihak lain dengan perbuatan sabotaj memang sudah dijangka.

Anwar Dilanda Sindrom Takut!

Ramai yang seakan sedar dengan perubahan sikap dan emosi yang sedang melanda Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ketika ini. Walau dia masih cuba bersikap tenang terutama di hadapan media dan khalayak umum namun pada hakikatnya, Anwar sedang dilanda sindrom takut untuk berdepan dengan bermacam-macam kemungkinan yang akan melanda khususnya kehilangan sokongan dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Masakan tidak, selain berdepan dengan pelbagai isu dan skandal seks yang tidak ada titik noktahnya Anwar gusar dengan perkembangan terkini berhubung sokongan masyarakat yang semakin berkurangan. Contoh paling ketara, sekiranya sebelum ini setiap program yang dihadiri oleh Anwar, paling sedikit jumlah kehadiran pasti mencecah ke angka 5-6 ribu.

Bila Tun Mahathir Berbicara...

Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya tindakan tokoh akademik, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba meninggalkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan kerana wang atau tekanan pihak-pihak tertentu.

Sebaliknya, bekas Perdana Menteri itu berkata, sebagai ahli akademik, sudah pasti Dr. Sidek lebih mempercayai kebenaran hasil kajian yang dilakukan sendiri berhubung pelbagai hal yang diperkatakan mengenai Anwar selama ini.

Bagaimanapun, beliau juga percaya parti pembangkang akan berbuat apa sahaja bagi menidakkan pandangan dan pendapat tokoh akademik itu.

Satu Analisis : Pilih Parti Atau Calon?

Pengundi perlu sedar dalam menubuhkan kerajaan pusat dan negeri, hanya parti politik yang menang kerusi majoriti Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja boleh berbuat demikian dan bukannya calon.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, sehubungan itu pengundi tidak sepatutnya mengambil faktor calon sahaja dalam membuat keputusan.

"Pengundi kena ingat, kalau undi calon Bebas, ia hanya memenuhi kehendak dan selera calon itu sahaja," katanya pada majlis penyampaian program Peningkatan Hasil Pertanian Peringkat Pertubuhan Peladang Kawasan Hulu Langat hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...