"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Thursday, 13 June 2013
Tiada Lagi Blogger Hantu! Gua Terkategori Ke?
Pemilik blog dan portal yang menyebarkan maklumat tidak sahih dan fitnah
akan dikenakan tindakan tegas selepas kerajaan mewajibkan mereka
meletakkan maklumat identiti sebenar tidak lama lagi, kata Datuk Seri
Najib Razak.
Perdana Menteri menegaskan, peraturan ‘ketetapan-sendiri’ itu
bertujuan memastikan pengamal media sosial lebih bertanggungjawab
terhadap maklumat disampaikan, sekali gus mengelak perpaduan masyarakat
pelbagai agama dan bangsa dirosakkan oleh maklumat palsu.
Kerajaan tidak akan mengambil tindakan melesenkan
portal berita seperti dilakukan negara jiran tetapi bagi memelihara
keharmonian nasional, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia
ada untuk memastikan pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan
elemen bangsa, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi Raja
Berperlembagaan serta mencuba merosakkan sistem demokrasi berparlimen,
akan diambil tindakan,” Datuk Seri Najib Razak
Pakatan Pembangkang Lebih Rasis!
Penubuhan UMNO sebagai sebuah parti yang
memayungi orang Melayu bukan bermaksud parti itu bersikap rasis sehingga
menafikan hak kaum-kaum lain.
Sebaliknya, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sikap keterbukaan UMNO dalam menerima kaum-kaum lain ditunjukkan menerusi kesediaan berada di bawah nama dan logo sama iaitu Barisan Nasional (BN) bersama-sama MCA, MIC dan parti komponen lain.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menambah, pembangkang lebih bersikap rasis selepas sehingga kini tidak mendaftarkan pakatan mereka di bawah nama dan lambang sama.
"Malah, DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga bertanding atas tiket masing-masing dalam pilihan raya umum lalu meskipun mengakui kononnya berada di bawah pakatan sama," katanya.

Ludah Ke Muka Sendiri...
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC)
Perak menyifatkan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham ibarat
'meludah' ke muka sendiri apabila mengkritik keputusan mengadakan sidang
Dewan Undangan Negeri (DUN) selama satu hari pada 28 Jun ini.
Pengerusinya, Datuk Khusairi Abdul Talib berkata, sebelum mahu beria-ia menuduh kononnya BN takut berdebat, Koo Ham sepatutnya mengingati semula bagaimana kerajaan pakatan pembangkang pada 2008 mengadakan sidang pertama DUN hanya beberapa jam.
Beliau berkata, sidang DUN yang berlangsung pada 25 April 2008 hanya dimulakan pada pukul 3 petang dan diadakan semata-mata untuk memilih Speaker dan Timbalan Speaker serta upacara angkat sumpah semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

DAP Pulau Pinang Eksploitasi Melayu, India?
Kerajaan DAP Pulau Pinang melalui akhbar terbitannya, Buletin Mutiara
didakwa cuba menggambarkan mereka sebagai kerajaan prihatin terhadap
semua kaum dengan mengeksploitasi warga emas kaum Melayu dan India yang
menerima bantuan tahunan RM100.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Insan Mulia, Aminah Abdullah berkata, penyiaran gambar yang menunjukkan warga emas kaum berkenaan yang kelihatan sangat gembira kerana menerima bantuan berkenaan hanyalah sandiwara semata-mata.
"Saya melihat Ketua Menteri, Lim Guan Eng melalui akhbar Buletin Mutiara cuma memberikan gambaran kononnya DAP menjaga kebajikan orang Melayu dan India sedangkan hakikat sebenar bukan begitu.
"Jika dihitung, dengan wang sebanyak RM100 setahun, berapa sen yang dapat digunakan sehari oleh warga emas untuk menampung perbelanjaan mereka?"

Subscribe to:
Posts (Atom)