"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Saturday, 16 March 2013
Terima Kasih... Negaraku Malaysia
Tiada apa yang ingin kukatakan selain menyatakan tanda syukurku kerana dilahirkan dibumi bertuah Malaysia ini...
Bersepakatlah kita untuk membangunkan nusa, bangsa dan negara.
Wahai generasi pembela bangsa, ayuh bersama-sama untuk kita kekalkan keamanan dan kemakmuran negara ini...
Wajib Baca : Satu Analisa Mengenai Surat Terbuka Faekah pada Tun M
Faekah
Perlu Jelas Kenapa PAS Pecat Hassan Ali Sebelum Tulis Surat Pada Tun M -
Bahagian 1
Faekah
Hussin, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor telah menulis surat
terbuka kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed, bagi menangkis
kenyataan negarawan tersebut bahawa hak keistimewaan orang Melayu serta
kesucian agama Islam akan terancam sekiranya Pakatan Rakyat terus berkuasa di
Negeri Selangor.
Kematian Bala Peringatan Tuhan Untuk Anwar...
P.
Balasubramaniam (PI Bala) yang menjadi antara watak utama dalam kes pembunuhan
model Mongolia, Altantuya Sharibu diberitakan telah meninggal dunia kerana
mengalami serangan jantung kedua.
Lahad Datu: Iktibar Dari Sejarah Timor Timur
Masihkah kita
ingat dengan nama Timor Timur? Pasti ramai mengingatinya, ia adalah sebuah
wilayah kecil milik sah Indonesia sejak 1976 hingga 1999. Bermula tahun 2002 ia
kemudiannya secara rasmi terpisah dari Indonesia dan dikenali sebagai Republik
Demokratik Timor Leste.
Wajib Baca : Apa Itu ESSCOM dan Kepentingannya Kepada Sabah
Baru-baru
ini Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan kesediaan
Kerajaan Pusat & Kerajaan Negeri Sabah untuk menubuhkan kawasan keselamatan
khas di Sabah atau pun dikenali sebagai ESSCOM (Eastern Sabah Security
Command).
Video Yang Menyayat Hatiku...
AlFatihah Buat Pahlawan Negara...
Tabik Spring... Terima Kasih Kerajaan Atas Ketegasan Berhubung Kenyataan Biadap Tian Chua
Tindakan untuk mengherat Naib Presiden PKR, Tian Chua ke
muka pengadilan pasti mengembirakan majoriti rakyat Malaysia khususnya balu,
anak dan kaum keluarga, para perwira yang telah terkorban sepanjang Ops Daulat
dilakukan.
Wajib Lihat : Tian Chua Adalah Liabiliti Kepada Parti - Sumber PKR
Kenyataan
Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mendakwa pencerobohan pengganas Sulu di Lahad
Datu, Sabah merupakan sandiwara Umno, akhirnya mula memakan dirinya.
Terutamanya dalam memastikan dirinya terus terpilih sebagai calon yang mewakili
PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke -13 (PRU13).
Tian Chua Wajib Di Dakwa dan Di Hukum!!!
Ramai sebenarnya
yang geleng kepala bila membaca kenyataan media oleh Pengarah Komunikasi PKR,
Nik Nazmi Nik Ahmad yang menggesa pendakwaan rasmi ke atas Naib Presiden PKR,
Tian Chua digugurkan atas alasan wujudnya manipulasi oleh media.
Pembangkang Bersekongkol Dengan Pengganas Sulu!!!
Pencerobohan oleh penganas Sulu ke atas kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah menyerlahkan sikap khianat dan bermuka-muka pemimpin-pemimpin pembangkang.
Subscribe to:
Posts (Atom)