Darahsatriadotcom

Followers

Thursday 4 July 2013

Red Bean Army Berbahaya!

Cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kewujudan serta tindak tanduk tentera siber pembangkang, Red Bean Army (RBA) akan dibawa ke Kabinet, Jumaat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, cadangan tersebut telah dikemukakan oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam melalui satu memorandum yang diserahkan kepada beliau hari ini.

Menurut beliau, kerajaan bersifat terbuka dan sedia menimbang kewajaran penubuhan suruhanjaya itu selepas dibincangkan dalam Kabinet.

Tian Chua Bakal Disaman!

Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memutuskan UMNO mempunyai locus standi atau hak untuk menyaman naib presiden Parti Keadilan Rakyat, Chua Tian Chang dan dua yang lain bagi memfitnah berhubung artikel berkaitan insiden pencerobohan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu. 

Hakim Rosilah Yop membuat keputusan itu di dalam kamar selepas mengadakan perjumpaan dengan peguam yang mewakili UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun dan Raihana Ariffin, manakala tiada wakil dari pihak defendan. 


Mohd Hafarizam memberitahu pemberita bahawa hakim memutuskan UMNO mempunyai locus standi mengikut Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966 untuk memulakan tindakan undang-undang dengan menggunakan nama pegawai awam parti. 

Beliau berkata, keputusan itu memperkukuhkan kes undang-undang bahawa parti-parti politik boleh memfailkan saman fitnah. 

Tiada Asas Ala Arab Spring!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata tidak ada asas untuk melancarkan bantahan ala Arab Spring di Malaysia dengan menegaskan bahawa negara menikmati keamanan dan kestabilan selama 55 tahun. 

Dalam temu bual dengan BBC malam tadi, beliau berkata negara Asia Tenggara ini yang berpenduduk 28 juta orang menyaksikan kemajuan ekonomi yang baik dan rakyat mempunyai banyak perkara untuk melihat ke hadapan. 


"Kami tidak fikir ada asas bagi rakyat untuk turun ke jalanan membantah terhadap kerajaan," katanya apabila ditanya sama ada beliau khuatir bantahan besar-besaran akan menimpa Malaysia seperti yang berlaku di Mesir. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...