Darahsatriadotcom

Followers

Sunday, 14 July 2013

PAS dan BN (UMNO) Akan Bergabung!

Adakah satu kebetulan atau memang satu suratan? Pertembungan kuasa politik orang Melayu-Islam akan sekali lagi berlaku dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Terengganu dalam tempoh tidak sampai tiga minggu lagi. 

Adakah kegetiran perpecahan politik Pilihanraya Umum ke-13 kira-kira 80 hari lalu akan berulang dan semakin menjarakkan lagi hubungan ukhuwah Islamiah di antara penyokong Umno dan PAS? 
 
Atau, adakah pilihan raya kecil itu akan merintis jalan damai di antara ummah? Persoalan yang amat menguja adakah rahmat Ramadan al-Mubarak akan menyelimuti segala unsur permusuhan dan persaingan politik di kalangan umat Islam di negara ini?
 
Adakah sempena Ramadan ini, Allah akan mengukuhkan lagi syiar dan perpaduan umat Islam di negara bagi mengimbangi tragedi jatuhnya kerajaan yang cenderung kepada Islam yang diterajui oleh gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir? 

Wajib Tahu : Politik Ayam!

Bagai sudah berjanji pula, apabila setiap kali menjelang Ramadan dan juga Hari Raya Aidilfitri, maka ada saja barangan keperluan yang naik.

Biarpun bagi sesetengah barangan sudah ada harga siling yang ditetapkan tetapi peniaga-peniaga tetap menaikkan harga dengan alasan pengeluar dan pembekal pula mengenakan harga yang tinggi. Mahu atau tidak, mereka terpaksa menaikkan harga kerana tidak mahu menanggung rugi.

Maka ini sudah pasti menimbulkan pertanyaan kepada orang ramai. Kenapa harga barangan ini boleh naik? Jika barangan itu bukan barangan kawalan, bolehkah peniaga menaikkan harga dengan sesuka hati?

Baiah Oh Baiah!

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengelak daripada menjelaskan mengapa baiah (bersumpah) dimestikan hanya untuk calon namun tidak terpakai jika melibatkan para pemimpin pembangkang yang terpalit dengan isu moral.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut sebaliknya menegaskan, perkara itu yang dibangkitkan media tidak perlu dijawab. Malah, beliau turut menjelaskan persoalan itu tidak ada kena-mengena dengan PRK DUN Kuala Besut.

Walau bagaimanapun, ditanya kenapa pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang terbabit dalam isu moral tidak perlu bersumpah, Husam cuma menjawab:

"Boleh bersumpah, kalau saudara nak bersumpah pun boleh," katanya ketika ditemui dalam majlis penamaan calon PRK DUN Kuala Besut di sini hari ini.

The Star’s Mind Boggling List of Most Friendly MPs ...


The findings from a survey by The Star on the ‘friendliest’ MP, made a friend of mine nearly fell off the chair for laughing so hard.

The findings was said to be based on the way the MPs handled the ‘ambush’ by The Star reporters and how they answered the questions.   Some questions were tricky and some were plain, direct, general knowledge. 

Who would have imagined that the winner of the most friendly MP would be Khalid Samad?  I mean, this was why my friend laughed out loud.  Khalid Samad is known to be grumpy. This Salman Rushdie’s look-alike couldn’t even hide his temper when he didn’t get the ‘right’ volume of applause when his name was announced as a candidate in the last election.

And Nik Abduh is the runner up?  All we know is that this guy could be grinning and smiling because he couldn’t answer the questions and that doesn’t mean that he’s friendly.

Elak Pujukan 16-16...

Jangan terpedaya dengan pujukan pembangkang mahu menjadikan kerusi pembangkang 16-16 dengan Barisan Nasional (BN) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut berkata, rakyat harus sedar pujukan pembangkang itu akan hanya meletakkan kerajaan Terengganu tidak stabil, sekali gus mengundang pelbagai masalah. 

Muhyiddin berkata, 17,683 pemilih berdaftar di kawasan itu seharusnya memilih jalan paling mudah bagi mengelakkan ia terjadi, iaitu dengan memilih calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, dan menolak calon PAS, Endot@Azlan Yusof, 48.

Jiwa Pendatang DAP!


Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melancarkan simbol ‘UBAH’ dalam bentuk burung kenyalang terapung, pada 13 Julai lalu. Burung UBAH terapung ini adalah setinggi 25 kaki dan lebar 36 kaki. Ia dibuat daripada PVC berkualiti tinggi dengan berat kira-kira 250kg. Ketebalan badannya 0.35mm manakala ketebalan pelampung yang digunakan ialah 0.7mm.

Menurut laporan rasmi DAP, kos pembuatan burung ini dianggarkan berjumlah RM60,000 yang mana ditanggung oleh penyokong-penyokong DAP dan juga penaja. Ia mengambil masa 2 bulan untuk disiapkan dengan semua yang terlibat menyatakan bahawa tujuan mereka membuatnya hanyalah untuk kepuasan dan kegembiraan peribadi semata-mata.

Apa yang menarik ialah burung UBAH ini diilhamkan dari itik getah kuning yang mahsyur di Hong Kong. Kita tidak hairan jika apa-apa saja yang dibuat oleh DAP diilhamkan dari Hong Kong, China, Singapura, Taiwan dan negara-negara yang se-sepet dengannya.

Sesungguhnya, DAP terus mengimpikan sebuah negara yang didominasi bangsa Cina dan berdegil enggan menerima hakikat bahawa negara ini adalah milik Melayu. Tidak diketahui sama ada kerajaan Pulau Pinang ada membuat audit ke atas ‘derma’ dan ‘tajaan’ yang diterima bagi menyiapkan burung ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...