Darahsatriadotcom

Followers

Monday 5 August 2013

Surat Misteri Ditangan SPRM!

Bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Dr. Mazlan Ismail hari ini menyerahkan semua surat misteri yang diterimanya sejak beberapa hari lalu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, beliau berbuat demikian bagi membolehkan SPRM menyiasat secara menyeluruh kandungan surat berkenaan.

"Seperti dimaklumkan sebelum ini, saya tidak sama sekali mahu dilibatkan dengan kandungan surat itu, namun sebagai rakyat, saya mahu pihak berkuasa menyiasat demi kepentingan umum," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Guan Eng Terus Cari Helah...

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terus cuba memberi 'helah' untuk mengelak daripada mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti seperti diarahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) apabila mengaitkan isu berkenaan dengan sistem kehakiman negara.

Menurut beliau, DAP tetap mahukan penjelasan kukuh daripada ROS sebelum parti itu mempertimbangkan untuk mengadakan semula CEC.

Beliau berkata, ROS tidak boleh sewenang-wenang memberikan alasan tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP yang sememangnya tidak dapat diterima sehingga mahukan pemilihan semula itu diadakan.

Cabaran Buat Anwar, Karpal!

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh dicabar mengambil tindakan saman fitnah terhadap bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail berhubung pelbagai pendedahan melibatkan mereka menerusi 6,000 keping surat misteri semalam.

Bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, tindakan itu bagi mengelak pelbagai spekulasi yang boleh mendatangkan kesan tidak baik kepada kedua-dua pemimpin berkenaan.

Apatah lagi, kata beliau, Karpal sendiri sudah menafikan tuduhan yang terkandung dalam surat-surat tersebut dengan dakwaan kandungannya tidak berasas.

Tiada Penghargaan Buat Komunis!

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yakin filem The New Village yang dikatakan mengagung-agungkan perjuangan komunis tidak akan ditayangkan langsung.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata, larangan tayangan itu bukan setakat di panggung wayang malah meliputi semua bentuk media termasuk laman blog dan YouTube.

Katanya, kerajaan tidak mahu memberikan isyarat yang salah kepada generasi baru negara seolah-olah perjuangan komunis diberikan penghargaan di Malaysia.

"Saya dan rakan-rakan dalam UMNO, kita akan berterus-terusan dan berhabis-habisan memastikan apa jua bentuk pendewaan terhadap komunisme tidak akan dilaksanakan.

"Jika didapati betul filem ini mendewa-dewakan komunisme, kita mahu filem itu tidak dipertontonkan langsung. Sekalipun keluar dalam blog dan YouTube, kita akan cari mereka sampai dapat," katanya.

Parti DAP Akan Dibubarkan!

Barisan kepimpinan DAP didakwa sedang memberi tumpuan kepada usaha untuk menubuhkan sebuah parti baharu berlandaskan prinsip kronisme bagi memperjuangkan nasib satu kaum sahaja.

Malah, Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass turut mendakwa, inisiatif itu merupakan rentetan atau jalan penyelesaian bagi pemimpin DAP daripada menjalankan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).

"Kalau benar mereka telus dan adil, 10 kali diadakan CEC pun, ahli akan tetap pilih mereka. Apa yang perlu dibimbangkan? Sebaliknya mereka memberi pelbagai alasan serta menyalahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Oleh sebab itu, mereka kini memberi tumpuan untuk membatalkan parti tersebut supaya dapat menubuhkan parti baharu yang bakal dipimpin oleh kroni mereka, sekali gus terus menguasai parti yang sepatutnya menjadi milik rakyat," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...