Darahsatriadotcom

Followers

Friday 5 April 2013

Tun M & Kit Siang : Old Foes, Old Feud But New War And New Turf...

It was not a coincident when former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad went down to Gelang Patah in Johore Baru on Saturday night to speak to the voters there.
Neither was it a talk reminiscing old times and old stories about Johore or Dr Mahathir’s experiences with Johoreans during his time as Prime Minister. 
It’s a matter of confronting an old foe in an old political feud but in a totally new ‘war and turf’ for the coming 13th general election that is considered as the ‘mother of all elections’. 
That’s how it is now between Dr Mahathir and DAP advisor Lim Kit Siang, and the latter knows what Dr Mahathir is up to and what the latter can do to win the eharts and minds of voters there. 

Pendedahan : Pakatan Pembangkang Akan Tumbang PRU13....

Dalam wawancara bersama akhbar China Press baru-baru ini, bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, melahirkan keyakinan bahawa Barisan Nasional akan menang majoriti yang lebih besar dalam PRU13. 

Ramai sedia maklum Tun Daim ini adalah seorang pengkaji dan pemikir yang hebat dalam membuat analisis mengenai politik negara sekali gus akan membuatkan Anwar Ibrahim & pimpinan pakatan pembangkang kegelisahan! 

Lebih menggembirakan ialah selain yakin dengan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Naiosnal (BN), Tun Daim turut mensasarkan BN akan mampu menang dengan majoriti yang lebih besar dalam PRU13. 

Wan Azizah Camp Behind Sex Video! Sinister Plot?

Former PKR official claims it's a conspiracy to topple Azmin. Former political secretary to Parti Keadilan Rakyat Wanita chief, Mohd Fareez Kamal Intidzam, said the sex video of a PKR leader exposed recently was a conspiracy to topple party deputy president Mohamed Azmin Ali. 

Fareez claimed that the sex video was planned and exposed by president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail's camp to reopen Azmin's sex video case.

"The leader in the video is just a scapegoat. 

Najib Buat Kejutan! PR Semakin Gelisah...

Datuk Seri Najib Razak semalam berkata akan ada kejutan dalam pemilihan 727 calon Barisan Nasional (BN) dan perubahan kerusi yang ditandingi 13 parti komponen BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menegaskan, perubahan calon dan pengagihan 222 kerusi Parlimen dan 505 Dewan Undangan Negeri (DUN) itu bukan untuk mengelirukan rakyat, sebaliknya memberi peluang kepada pengundi untuk terus memberikan kepercayaan kepada BN. 

Berikutan itu katanya, BN mengambil strategi drastik dengan mengumumkan calon dan perubahan pengagihan kerusi lebih awal daripada hari penamaan calon, tidak seperti pilihan raya sebelum ini.

Terbongkar : Anwar Rancang Himpunan Shamsidar 2.0...

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Azmin Ali, Shamsidar Taharin diminta membuat sidang akhbar bersama bagi menafikan wujud usaha mengadakan Himpunan Shamsidar 2.0 sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Yasin berkata, beliau tertanya-tanya tujuan pembangkang mahu mengadakan himpunan tersebut kali ini sekiranya benar seperti didakwa pihak tertentu.

Bubar DUN Kerana Terpaksa! Terpaksa Akur...

Datuk Seri Najib Razak membidas pembangkang yang berdolak dalih untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dari satu tarikh ke tarikh lain. 

Perdana Menteri berkata, walaupun pelbagai tohmahan dilempar terhadapnya, akhirnya pembangkang akur dan terpaksa ikuti langkah pembubaran Parlimen, kelmarin. 


Azizah Tersungkur Di Kaki Azmin!



Azmin Ali
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
PETALING JAYA - Pengarah Pilihan Raya PKR, Azmin Ali mengesahkan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Walaupun Presiden PKR itu mempunyai peluang yang cerah jika bertanding, namun kepimpinan tertinggi parti menghormati keputusan beliau untuk menarik diri pada saat akhir.

"Benarlah apa yang dikatakan Datuk Seri Anwar ketika ditemu bual media antarabangsa semalam.

"...keputusan itu disampaikan Anwar sendiri dan kita menghormatinya," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Pendedahan : Mengapa Rakan Karib Meninggalkan Anwar!

Keputusan pendakwah dan ilmuwan tersohor tanah air, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba meninggalkan sahabat karibnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas faktor keruntuhan moral, turut diakui dan dipersetujui bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar.

Menurut Chandra, faktor tersebut turut menjadi pendorong utama mengapa beliau membuat keputusan sama, memutuskan persahabatan dengan Ketua Pembangkang itu yang telah terjalin sejak 1971 sekali gus mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dalam dunia politik.

Jelasnya, walaupun beliau merupakan antara pengasas utama penubuhan PKR, perkara itu langsung tidak dianggap sesuatu yang merugikan apabila mengambil langkah pengunduran.

Demi Anda, Untuk Anda... Mendahulukan Rakyat!




Muslihat Anwar Gagal...

Muslihat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan himpunan pembangkang semalam bagi mendapatkan pengiktirafan menjadi Perdana Menteri daripada para penyokong pakatan itu telah gagal.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, kegagalan tersebut jelas kerana kehadiran Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam perhimpunan berkenaan tidak mendapat sambutan daripada para penyokong pembangkang.

Must Read : The Caretaker Government In Malaysia: A Layman's Guide...

At the stroke of midnight on March 28, 2013, history was made when the Negri Sembilan state legislative assembly completed its five-year term and was automatically dissolved.

The unprecedented occurrence came about following the expiry of the state assembly's ruling term before the dissolution of parliament by the federal government.

Agenda Mendahulukan Rakyat!

Kerajaan akan mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat berhubung sebarang keputusan penempatan semula penduduk yang terlibat dalam pencerobohan kumpulan pengganas Kiram.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, segala pandangan daripada ketua daerah, ketua anak negeri dan ketua komuniti akan diambil kira bagi memastikan keputusan untuk penempatan semula dapat diusahakan dengan sebaik mungkin demi kepentingan rakyat.

"Apa yang penting ialah segenap lapisan rakyat perlu terus memberi kerjasama, komitmen dan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada usaha kerajaan dalam memastikan keamanan, keselamatan dan kedaulatan negara serta kesejahteraan rakyat pada keseluruhannya akan terus terpelihara," katanya.

Pendedahan : Semuanya Kerana Percaturan Anwar

Barisan Nasional Kedah komited mendekati rakyat secara ofensif bagi memastikan misi "Save Kedah" direalisasikan pada PRU-13 ini. 5 tahun pentadbiran Kerajaan PR di Kedah gagal memberikan apa-apa impak namun dibebani dengan pelbagai masalah umpamanya isu KUIN, pembalakan kawasan hutan simpan, kenaikan tarif air dan kesukaran rakyat bumiputera menembusi tender projek.

Meniti saat-saat semboyan PRU13 dibunyikan, PR Kedah ketika ini sedang berdepan dengan masalah persefahaman dan pertelagahan kronik berkenaan pertindihan tuntutan kerusi DUN mahupun Parlimen. Memeranjatkan, bukan sekadar berlaku perbalahan dalaman PAS Kedah, tetapi pertelagahan 3 penjuru antara PAS v DAP v PKR.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...