Darahsatriadotcom

Followers

Sunday, 21 July 2013

Tindakan Yang Membawa Padah!

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sengaja memainkan sentimen perkauman sehingga boleh menggugat keharmonian kaum di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, KDN bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat pemantauan lebih ketat ke atas semua NGO dan individu yang terlibat dan tidak teragak-agak untuk menggunakan undang-undang yang sedia ada.

Katanya, amaran tegas itu tidak melibatkan mereka yang cuba memperlekehkan agama Islam sahaja malah semua agama yang diamalkan secara harmoni di negara ini.

Akta Keharmonian Nasional Lebih Relevan!

Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak telah mengumumkan  pemansuhan Akta Hasutan 1948 dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional. 
Keputusan untuk memansuhkan itu dibuat untuk mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga Malaysia dan keperluan menangani masalah kemajmukan yang wujud di negara ini. 

Padah Taksub Politik!

Umat Islam diingatkan bahawa perbezaan fahaman dan ketaksuban dalam berpolitik akan membawa kemudaratan dan kehancuran kepada negara dan rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sebagai bukti, kemelut itu berlaku di beberapa negara termasuk Mesir dan adalah tidak mustahil akan turut melanda Malaysia jika rakyatnya berbeza fahaman dan terlampau taksub dalam berpolitik.

"Gejala seumpama itu juga sudah pasti akan menghancurkan perpaduan kalangan umat Islam hanya disebabkan fahaman politik sempit," katanya ketika berucap dalam mesyuarat dengan Penyelaras Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Besut di Balai Raya Kampung Beris Lampu, dekat sini hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...