Darahsatriadotcom

Followers

Tuesday 16 July 2013

Simulasi Celup Jari!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin mengadakan simulasi penggunaan dakwat kekal dengan kaedah mencelup jari pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut, Khamis ini.
 
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberitahu Bernama di sini hari ini bahawa segala persediaan bagi menjalankan simulasi itu sedang diatur oleh SPR Terengganu.
 
Beliau berkata simulasi itu penting untuk memberi gambaran jelas mengenai cara mencelup jari ke dalam dakwat kekal berbanding kaedah mencalit seperti digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.

Bila Kesucian Islam Dihina!

Dua penghinaan hampir serentak terhadap kesucian Islam ketika umatnya di negara ini baru memulakan puasa Ramadan minggu lalu, mungkin tidak berlaku jika pihak berkuasa bertindak cepat, tegas dan bijaksana dalam menangani beberapa kes seumpamanya sebelum ini. 

Walaupun tindakan pasangan blogger seks, Tan Jye Yee dan Vivian Lee, menyiarkan gambar mereka menghirup sup babi sambil mengucapkan selamat berbuka, mungkin tiada kaitan dengan kenyataan Duta Vatican City, Joseph Marino menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini, kedua-duanya sengaja dilakukan dan mempunyai motif sama. 

Sebagai rakyat Malaysia, Tan dan Vivian pasti tahu sensitiviti umat Islam yang menjadi majoriti di negara ini, apa lagi mengenai daging babi. Begitu juga dengan Morino. Sebagai utusan Vatican City, mustahil beliau jahil dengan sejarah keharmonian antara agama di negara ini.

DAP Pendokong Gerakan Kristianisasi...

Umat Islam di Malaysia amat marah dengan kenyataan biadap Duta Vatican City ke negara ini yang menyokong penggunaan kalimah ALLAH di kalangan penganut Kristian. Sokongan yang dizahirkan oleh wakil Paus Francis I, Archbishop Jose Marino bukan sahaja telah mengguris hati dan perasaan umat Islam makah secara terangan mencampuri urusan dalaman Malaysia. 

Apatah lagi beliau telah menunjukkan sikap yang amat tidak sensitif ketika umat Islam baru sahaja masuk hari kedua mengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan al Mubarak. Tentangan hebat daripada badan-badan kerajaan Islam dan Melayu seharusnya diberi pujian dan kalungan penghargaan kerana mereka dengan pantas dan cepat mengutuk keras serta mengecam kenyataan Marino. 

Yang menjadi persoalan mengapa beliau menjadi amat berani sekali memberi komen sedemikian walaupun baru menyerahkan watikah pelantikan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 28 Mei lalu. Tentu sekali sebagai seorang diplomat yang berpengalaman luas, Marino tahu batasan dan skop tugas sebagai seorang duta yang mewakili negaranya. 

DAP Takut Tindakbalas Tsunami Cina!

Pembangkang terutamanya, Dap masih menolak teori Tsunami Cina yang menyebabkan jumlah kerusi Parlimen melonjak secara mendadak pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. Dap bermati-matian menolak andaian berlakunya Tsunami Cina dan sebaliknya menyatakan apa yang berlaku sebenarnya adalah Tsunami Malasia. 

Jika diminta seorang budak sekolah darjah enam melihat statistik mudah yang menunjukkan peralihan besar undi Cina kepada Dap dan parti pembangkang, sudah tentu budak berusia 12 tahun itu akan dapat mengesan fenomena Tsunami Cina itu. Dap gentar dikaitkan dengan pengkhianatan pengundi Cina terhadap Barisan Nasional kerana takut dilabelkan sebagai parti rasis. 

Dalam usaha untuk mengaburi mata orang Melayu, imej sikap perkauman yang tebal tentu akan merosakkan strategi untuk merampas kuasa daripada tangan Melayu pada PRU14 kelak. Oleh kerana itu Dap berusaha keras untuk meminimakan impak negatif Tsunami Cina dengan menafikannya. 

PAS Semakin Terbuka Atau Tertutup?

Saranan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff agar kerajaan menggubal undang-undang bagi menetapkan kod pakaian bagi wanita negara ini mendapat perhatian kumpulan-kumpulan pejuang hak asasi wanita. Alasan Siti Zailah bahawa undang-undang itu adalah bertujuan untuk mengurangkan jenayah seksual dilihat sebagai satu pandangan cetek, sempit dan tidak berpijak di bumi nyata. 
 
Saranan Siti Zailah nampaknya membawa PAS beberapa tapak ke belakang dalam usaha parti itu untuk membina imej ‘terbuka’ bagi menjaga keharmonian rumahtangga dengan DAP.  Kini PAS kembali dilihat sebagai parti yang tertutup, ala Taliban di Afghanistan dan pasti menakutkan DAP.        
 
‘Pakaian wanita’ merupakan antara isu paling sensitif di kalangan kebanyakan masyarakat Islam di dunia.  Malah, di kalangan PAS sendiri, ‘pakaian wanita’ diletak sebagai topik paling tinggi mengalahkan isu Kalimah Allah SWT di dalam Injil, mahupun isu murtad.  

Ini kerana, dalam kedua-dua isu tersebut, masih terdapat perbezaan pendapat antara pemimpin PAS yang mana ada yang sanggup berdiam diri demi tidak menyinggung DAP.  Tetapi, jika isu berkenaan ‘pakaian wanita’, kita pasti kesemua pemimpin PAS akan bersatu hati untuk memastikan semua wanita ‘dijinakkan’ melalui pakaian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...