Darahsatriadotcom

Followers

Saturday 20 July 2013

Najib Razak Bakal Ditentang!

Pergerakan Pemuda UMNO negeri Johor menggesa pemilihan Pemuda UMNO Pusat yang akan dijalankan pada perhimpunan agung parti Oktober ini dibuat secara terbuka dengan mempertandingkan kesemua jawatan.

Gesaan itu dicapai sebulat suara oleh seramai 20 daripada 26 Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang menghadiri mesyuarat khas Pergerakan Pemuda UMNO negeri di Pejabat UMNO Bahagian Batu Pahat di sini semalam.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, permintaan itu dibuat bagi memastikan UMNO terus relevan serta mengambil kira suara akar umbi seperti yang termaktub dalam pindaan perlembagaan parti tahun 2009-2010.

Habislah Masa Depan Rakyat Terengganu!

Usaha Pas mewujudkan pentadbiran kerajaan Terengganu yang tergantung menerusi kempen 16-16 tidak akan diterima rakyat, terutamanya pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan itu dianggap populis bagi meraih perhatian.

Menurutnya, kempen sebegitu jelas tidak rasional kerana setiap individu dan rakyat di sesuatu kawasan atau negeri tentunya tidak mahu melihat keadaan kucar-kacir dalam pentadbiran kerajaan.

Karpal Singh Bakal Didenda Dan Dipenjara?

Perbicaraan kes terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh di Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan berhubung Sultan Perak dalam satu sidang akhbar di pejabatnya, empat tahun lalu, ditangguhkan ke 26 Julai ini hanya selepas bersidang selama 30 minit.

Penangguhan tersebut adalah berikutan pihak pembelaan yang mewakili Karpal tidak membawa salinan asal laporan polis peguam itu pada 15 Mei lalu berhubung kenyataan yang dibuat oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah dalam satu forum, Mei lalu.

Ia juga bagi membolehkan pihak pembelaan mendapatkan laporan polis asal yang dibuat oleh sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dibuat semalam terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang didakwa telah menyalahgunakan kuasa dan mengamalkan pendakwaan terpilih.

Magik SPR Bakal Menjadi!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan warna dakwat digunakan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut akan kekal walaupun dicuci.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, bagi mendapat kesan tanda dakwat pada jari, pengundi dinasihat memastikan jari mereka tidak berminyak sebelum mencelup.

Beliau berkata, setelah dicelup, dakwat tersebut perlu dibiarkan lebih kurang 30 saat untuk kering.

"SPR mendapati jika dakwat kekal itu dicuci warnanya akan muncul semula di jari. SPR juga telah menghantar contoh dakwat kekal kepada Jabatan Kimia untuk diuji dari aspek kandungan bahan-bahan yang digunakan dalam dakwat itu.

Hujan Batu Sebesar Kereta!

Suasana di Jalan Bukit 2, Bandar Seri Alam dekat sini, umpama 'hujan batu' apabila ketulan dan bongkah batu sehingga sebesar kereta berterbangan di udara petang ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu menyebabkan suasana kelam-kabut apabila pekerja beberapa kilang berhampiran bertempiaran lari menyelamatkan diri daripada dihempap bongkah batu yang berterbangan ekoran kerja-kerja meletupkan batu di sebuah tapak kuari yang terletak di atas sebuah bukit.

Lebih malang, seorang pekerja kilang warga Nepal maut manakala 10 lagi mengalami kecederaan selepas terkena serpihan batu yang terpelanting akibat letupan kuat itu.

Dakwaan Jahat : Nong Chik Saman Nurul Izzah!

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang mendakwa dirinya difitnah oleh Nurul Izzah Anwar berhubung dakwaan 'jahat' yang dibuat sehari sebelum hari mengundi, bertindak menyaman Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Writ saman Raja Nong Chik itu difailkan oleh firma guaman Tetuan Raja Riza & Associates di Mahkamah Tinggi di sini pada 17 Julai lalu rentetan daripada tuduhan Nurul Izzah berhubung urus niaga pembelian 4.85 hektar tanah bernilai tinggi di Bukit Kiara.

Selain Nurul Izzah, 33, Raja Nong Chik, 60, selaku pihak plaintif menamakan syarikat Mkini Dotcom Sdn. Bhd. selaku pemilik portal berita Malaysiakini, dan wartawannya, Lu Wei Hoong masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Pendakwaan Vivian dan Alvin Langkah Tepat...

Vivian dan Alvin nampaknya telah tersalah congak apabila memilih untuk 'bergurau' dengan mempersendakan umat Islam di bulan Ramadhan. Sangka mereka, DAP dan PKR atau mungkin juga MCA akan bangun membela mereka sepertimana yang berlaku dalam semua kes menghina Islam/Melayu sebelum ini. 

Mereka juga pasti menyangka yang para pejuang hak asasi manusia akan bangun membela mereka atas hujah 'hak untuk mengekspresi diri' atau apa saja.  Malah, mereka juga mungkin menyangka yang PAS akan turut membela mereka sekadar untuk membuatkan DAP bangga. 

Sangka mereka, umat Islam dari UMNO akan bersendirian berhadapan dengan mereka yang disokong oleh semua pihak di dalam Malaysia. Tidak keterlaluan juga jika mereka turut menyangka akan diberi maaf oleh kerajaan serta geran untuk membikin filem lucah secara rasmi sepertimana Namewee. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...