Darahsatriadotcom

Followers

Thursday, 9 May 2013

Survival Politik Cina?

Di saluran undi Pasir Penambang dalam kawasan Dewan Undangan (DUN) Negeri Permatang, Tanjong Karang sudah dibuat segala pembangunan untuk masyarakat Cina di situ.

Sebutlah apa sahaja. Nak jeti, diberi jeti baru. Nak dinaik taraf pasar dan agihan peruntukan sara hidup nelayan, pun sudah diberikan. Bukan ratusan ribu dibelanjakan, tetapi puluhan juta ringgit.

Namun, masih lagi calon Barisan Nasional (BN), Sulaiman Abdul Razak gagal meraih sokongan kali kedua selepas 2008 di saluran Pasir Penambang. Bagaimanapun Sulaiman bersyukur kerana dengan bantuan pengundi Melayu di saluran-saluran lain, beliau masih berjaya mengekalkan DUN Permatang. Malah, dengan majoriti yang meningkat lagi, 1,026 berbanding 608 undi sebelumnya.

Bila Anwar Ikut Hawa Nafsu!

Sikap pembangkang tidak mahu menerima hakikat gagal menumbangkan Barisan Nasional (BN) di peringkat Kerajaan Pusat dikecam pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini kerana ia adalah sikap double standard paling parah apabila pembangkang boleh pula menerima kemenangan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dalam sistem pilihan raya yang sama.

Sebenarnya, kepimpinan pakatan pembangkang pusat yang dikepalai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu belajar mencontohi Pas Kedah yang walaupun 'kalah terduduk' tetapi masih boleh menerima hakikat.

Melayan Kegilaan Pemimpin Parti Pembangkang...

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sudah beberapa hari berlalu. Siapa menang, siapa yang kalah telah diketahui semua. Barisan Nasional (BN) sekali lagi memperoleh mandat daripada rakyat untuk tempoh lima tahun lagi.

Dan seperti dijangka dari sebelum Parlimen dibubarkan sehinggalah berakhirnya pilihan raya Ahad lalu, cerita-cerita tentang politik, tentang PRU hingga sekarang ini tidak habis-habis dibualkan. Senang cakap, yang kalahlah paling banyak ‘bunyi’.

Penyokong-penyokong tegar parti-parti politik ini tidak habis-habis menjadi pengulas, berkongsi gambar dan maklumat yang entah dari mana datangnya, dan memprovokasi di media-media sosial. Mereka terus memaki hamun pihak yang menang dan bergaduh sesama sendiri.

Realpolitik Ala DAP...

Sebuah artikel di dalam akhbar berbahasa Cina kelmarin mengemukakan pandangan, sekali gus memberikan pujian melambung kepada DAP yang dianggap sudah mencipta sejarah baharu dalam dinamisme politik Malaysia. DAP digambarkan sebagai parti politik yang paling berjaya dalam pakatan pembangkang.

Pencapaian DAP diberikan gambaran sebagai brilliant dan hebat. Kejayaan 100 peratus DAP di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan juga dilambung sebagai sangat luar biasa. Daripada senarai 50 Yang Berhormat mendapat undi majoriti tertinggi, 48 daripadanya adalah pemimpin dan calon DAP, jelas akhbar tersebut.

Kita boleh menerima kegembiraan media berbahasa Cina dengan kemenangan DAP. Mungkin sahaja agaknya kemenangan DAP adalah satu kemenangan moral yang sangat mereka tunggu-tunggu selama ini.

Melayu UMNO Semakin Kuat! Cina Ditipu Bulat- Bulat!

Diperdaya pembangkang kononnya undi mereka boleh tumbangkan BN:

Datuk Seri Najib Razak berkata pengundi Cina telah diperdaya oleh pembangkang kononnya undi mereka boleh menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan menukar kerajaan. 

Namun, Perdana Menteri berkata, ia sebenarnya tidak benar kerana walaupun sebahagian besar masyarakat Cina menyokong pembangkang, BN mendapat mandat menerusi pengundi Melayu dan Bumiputera lain serta India. 


Najib menjelaskan beliau tidak menyalahkan pengundi Cina, sebaliknya mengecam tindakan pembangkang melakukan penipuan besar dan mereka cerita tidak logik dan tiada bukti seperti kononnya ada 40,000 pengundi hantu warga Bangladesh, semata-mata mahu merebut kuasa.


Akhirnya Husam Gugur...

Pengguguran Datuk Husam Musa daripada senarai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kelantan, mengundang bantahan ahli PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor dan Parlimen Kubang Kerian. 

Mereka yang diketuai wakil PAS Salor, Mohd Nasir Saat menyerahkan memorandum bersama 150 tandatangan ahli parti kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob petang semalam, meluahkan rasa kecewa dengan tindakan tidak menyenaraikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu yang juga antara EXCO kerajaan negeri paling kanan sebelum ini. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...