Darahsatriadotcom

Followers

Sunday 12 May 2013

Soi Lek Tertekan Kerana DAP!

Sekumpulan veteran MCA yang malu parti itu diaibkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) mendesak Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meletak jawatan sebagai presiden dan bertanggungjawab atas kekalahan berkenaan.

Atas dasar sayang dan taat pada parti, 15 bekas pemimpin MCA itu mahu Soi Lek berundur segera supaya MCA dapat bangkit semula dan kekal relevan untuk mewakili komuniti Cina di negara ini.

Cina Masuk Jerat DAP!

Banyak sudah diperkatakan mengenai corak pengundian pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini Ahad lalu apabila majoriti pengundi Cina menolak Barisan Nasional (BN).

Apa pun alasan yang diberikan, hakikatnya ialah sekitar 90 peratus daripada pengundi Cina tidak mengundi calon BN tetapi memberikan sokongan padu kepada DAP yang memainkan sentimen kaum Cina. 


Corak pengundian demikian menyebabkan MCA kalah teruk dengan hanya memperoleh tujuh kerusi Parlimen daripada 37 kawasan yang ditandingi manakala GERAKAN memenangi satu kerusi Parlimen daripada 11 yang ditandingi. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...