Darahsatriadotcom

Followers

Wednesday 3 July 2013

DAP Amal Nepotisme!

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata kehadiran dua beranak yang menjadi wakil DAP pada persidangan dewan undangan negeri membuktikan parti itu mengamalkan nepotisme di semua peringkat termasuk di peringkat tertinggi pucuk pimpinannya. 

"Kalau anak saya juga jadi wakil rakyat, habislah saya," kata Adnan secara sinis. 

Adnan berkata demikian ketika sesi soal jawab sambil mengucapkan tahniah kepada Leong Ngah Ngah (DAP-Tanah Rata) dan anak perempuannya Leong Yu Man (DAP-Triang) yang menjadi wakil rakyat dan bersidang di dewan yang sama. 

Anwar Semakin Gelisah!

Pendedahan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Simpang Renggam, Liang Teck Meng berhubung pemilikan akaun Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar negara mengundang rasa tidak puas hati wakil rakyat pembangkang. 

Teck Meng ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat semalam, mendakwa WikiLeaks membongkarkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang mempunyai 20 akaun bank di luar negara dengan jumlah simpanan mencecah kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SG$49 juta (RM123 juta). 


Beliau mendakwa, berdasarkan pendedahan WikiLeaks, 20 akaun itu masing-masing di bank Israel, Amerika Syarikat, China dan Singapura yang disertakan maklumat terperinci seperti nama pemegang akaun, nombor pasport, tarikh akaun dibuka serta tarikh matang yang tersebar luas dalam Internet. 

Ahli Parlimen Wanita Buat Tindakan Memalukan!

Seorang anggota Parlimen pembangkang dari Kelantan hari ini ditempelak kerana berterusan mendakwa negeri itu dianak tiri oleh kerajaan persekutuan, sedangkan peruntukan besar telah diberi untuk pembangunan negeri itu.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof juga membidas dakwaan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) bahawa Kelantan satu-satunya negeri yang tidak mempunyai jalinan lebuh raya dengan ibu negara.

"Inilah kiranya sikap tak bersyukur hingga kadang-kadang kita lupa. Kerajaan pusat, di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) memperuntukkan RM942juta untuk Kelantan, tahun ini sahaja sejumlah RM87 juta diperuntukkan.

PAS Bantah DAP!

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menolak saranan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agar Pas memboikot pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Beliau berpendapat, Pas tidak perlu memulaukan pilihan raya kecil itu sebaliknya wajar meletakkan calon dalam usaha merampas kerusi DUN berkenaan daripada Barisan Nasional (BN).

Harun menyifatkan saranan Guan Eng berhubung perkara itu hanya berdasarkan pandangan peribadi pemimpin DAP tersebut.

Beliau menegaskan, Pas mesti bersedia bersemuka dengan calon daripada parti lawan pada pilihan raya kecil itu kerana Pas tidak pernah memberikan kemenangan percuma kepada BN.

Maklumat Sulit Pencerobohan Lahad Datu Bakal Didedahkan!

Masih ada maklumat sulit berhubung pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah yang belum didedahkan kepada masyarakat umum, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, pihaknya menyimpan maklumat itu kerana tidak mahu menjejaskan perjalanan prosiding mahkamah yang kini dalam proses pendakwaan.


"Masih ada lagi yang belum diceritakan mengenai mengapa semua ini terjadi, kita akan menunggu masa yang sesuai untuk mendedahkannya kerana sukar untuk menerima hakikat kira-kira 200 orang berpakaian celoreng dan bersenjata secara tiba-tiba muncul," katanya kepada pemberita selepas forum anjuran Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (Midas) di sini hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...