Selepas berdiam diri selama beberapa minggu
kerana tidak lagi dipilih menjadi Exco kerajaan negeri, Naib Presiden
Pas, Datuk Husam Musa tampil pada perhimpunan pakatan pembangkang malam
tadi, dengan mendakwa pemimpin Pas yang tidak menyokong himpunan
tersebut sebagai pengkhianat parti.
Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan itu berkata, mereka adalah
pemimpin yang lupa asal-usul dan bukan sahaja menolak semangat anak muda
yang mahukan perubahan tetapi mengkhianati dakwah yang diasaskan oleh
pimpinan Pas terdahulu.
Dalam ucapannya, Husam turut menyindir pemimpin Pas yang menjadi Ahli
Parlimen supaya tidak hanya 'mengayuh basikal siang dan malam' di luar
Parlimen sebaliknya rakyat akan menilai mereka pada persidangan Dewan
Rakyat tidak lama lagi.
"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Friday, 14 June 2013
Husam Cetus Persoalan!
Bekas Exco yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk
Husam Musa hari ini mencetuskan persoalan apabila memohon tidak
menghadiri majlis angkat sumpah yang berlangsung di Dewan Undangan
Negeri (DUN) di sini hari ini.
Lebih mengejutkan apabila Speaker DUN, Abdullah Yakub turut memaklumkan bahawa Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan itu memohon untuk tidak hadir sepanjang tempoh persidangan DUN kali ini yang dijadual bermula Ahad ini.
Sedangkan Husam, pada malam tadi telah menghadiri perhimpunan pakatan pembangkang di Padang Majlis Daerah Ketereh, kira-kira 20 kilometer dari Kota Darulnaim yang turut disertai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar Sedang 'Mati Kutu'... Padan Muka!
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa
mengadakan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan kerusi ekoran
tindakan wakil rakyat pembangkang yang mahu memboikot majlis angkat
sumpah di Parlimen pada 24 Jun ini.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, keadaan itu juga sekiranya berlaku akan menyusahkan dan membuang masa rakyat serta kewangan banyak pihak.
"Sekiranya pilihan raya kecil terpaksa dijalankan, memang benar ia memerlukan perbelanjaan yang besar, membuang masa dan tenaga banyak pihak. SPR berharap itu tidak berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anwar Semakin Tertekan Dengan Tindakan PAS Dan DAP!
Pas dan DAP tidak akan mengikuti langkah Parti Keadilan Rakyat (PKR)
yang mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah di Parlimen
pada 24 Jun ini.
Ahli Parlimen Kepong dari DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, tiada sebab Ahli Parlimen DAP yang telah memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu memboikot majlis angkat sumpah dan sesi sidang Dewan Rakyat akan datang.
Katanya, rakyat telah memberi mandat kepada Ahli-Ahli Parlimen DAP yang menang dan golongan itu perlu menghormati keputusan rakyat mahukan mereka sebagai wakil di Parlimen.

Subscribe to:
Posts (Atom)