Darahsatriadotcom

Followers

Friday 21 June 2013

Anwar Tutup Ketakutan!

Rakyat perlu sedar bahawa tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengheret mereka dalam perhimpunan haram Blackout 505 Sabtu ini adalah semata-mata untuk menutup ketakutan beliau terhadap tiga perkara.

Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, ketiga-tiga perkara itu ialah rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah dan pendedahan bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung aktiviti seks beliau.

Sikap Hipokrit, Dua Alam Anwar...

Sikap hipokrit Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengajak rakyat menyertai perhimpunan di ibu kota Sabtu ini bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu seolah-olah cuba memperbodohkan para penyokong pembangkang.

Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin berkata, ini kerana Anwar secara jelas mengiktiraf keputusan PRU-13 apabila mengakui beliau serta 88 ahli Parlimen pembangkang lain akan mengangkat sumpah pada hari pertama sidang Dewan Rakyat Isnin ini.

Katanya, sikap hipokrit atau ditafsir beliau sebagai 'amalan politik dua alam' Anwar itu amat mengecewakan sedangkan sebelum ini pemimpin pembangkang itu heboh dengan ura-ura mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah berkenaan.

Petugas PRU13 Sabotaj Diambil Tindakan...

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan pasukan siasatan dalaman bagi menyiasat kemungkinan wujudnya sabotaj daripada petugas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) membabitkan penggunaan dakwat kekal.

Siasatan itu penting bagi mengenal pasti punca sebenar selepas dakwat kekal yang dicalitkan pada jari pengundi tidak mampu bertahan lama seperti dimaklumkan badan bebas itu sebelum ini.


Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata pasukan siasatan yang dianggotai tiga ahli SPR diberi masa selama sebulan untuk menjalankan tanggungjawab mereka. 

Fatwa Husam Menyesatkan!

Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa bahawa peserta yang terkorban ketika menyertai perhimpunan haram Sabtu ini sebagai mati syahid merupakan 'fatwa sesat' dan bercanggah dengan pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mohd. Nor Deris berkata, pihak berwajib sepatutnya menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit kerana kenyataan tersebut boleh menyesatkan orang ramai.

"Siapa dia (Husam) untuk mengeluarkan fatwa yang begitu besar. Apa kuasa dia? Ini hanya satu kenyataan terdesak beliau. Retorik agama seperti ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia amat berbahaya dalam masyarakat hari ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tembelang DAP Terbongkar!

DAP tidak boleh lagi bersandiwara dan berbelit-belit mengenai kontroversi pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu tahun lalu.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, DAP mesti memberi kerjasama penuh kepada siasatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk membuktikan ketelusan parti itu.

“Ini satu peluang terbaik untuk DAP berterus-terang, tidak perlu lagi berbelit-belit dan bersandiwara, lagipun, mereka juga yang selama ini melaungkan slogan CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus).

“Jika terbukti benar berlakunya kesalahan, mereka kena minta maaf, baharu nampak bermoral. Kalau tidak, slogan CAT itu kita boleh anggap tidak lebih daripada kucing kurap," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anwar, Azmin Luahkan Perasaan!

Selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Indonesia berjumpa dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pada Sabtu lalu, kini giliran orang kanannya pula, Mohamed Azmin Ali ke negara republik itu.

Timbalan Presiden PKR itu dilaporkan ke Indonesia untuk mengadakan kunjungan hormat kepada Gabenor DKI Jakarta, Ir H Joko Widodo.


Menurut laporan di blognya, azminali.com, kunjungan hormat itu antara lain turut membabitkan perbincangan dua hala bersama Widodo mengenai isu pembangunan fizikal dan kemanusian kedua-dua negara.

Bila DAP Beri Laluan Pada Anwar!

PR memutuskan untuk mengekalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengetuai gabungan itu di Dewan Rakyat pada sesi Parlimen ke-13 yang akan bermula minggu depan. Anwar berkata keputusan itu telah diputuskan dalam perbincangan bersama Majlis Tertinggi Kepimpinan PR yang telah diadakan. 
 
"Dalam perbincangan, saya diminta untuk menyambung tugas sebagai Ketua Parlimen PR bagi sesi ini," katanya secara ringkas pada sidang media, di ibu pejabat Pas, di sini, hari ini. 

 
Sebelum ini, dilaporkan DAP yang mendapat kerusi terbanyak di Parlimen iaitu 38 kerusi telah mencadangkan penasihatnya, Lim Kit Siang menyandang jawatan ketua pembangkang. Malah lazimnya, ketua parti yang paling banyak menang kerusi dilantik menjadi ketua pembangkang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...