Darahsatriadotcom

Followers

Tuesday 18 June 2013

Kemelut Dalam PAS Berterusan!

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din (gambar) mahu mendapatkan penjelasan Naib Presiden, Datuk Husam Musa yang Husam menyelar para pemimpin parti itu sebagai pengkhianat jika tidak menyokong himpunan anjuran pembangkang bagi membantah perjalanan pilihan raya umum lalu.

Oleh itu, Haron menegaskan beliau akan mengadakan pertemuan dengan Husam dalam masa terdekat sebelum memberikan reaksi terhadap kenyataan pemimpin berkenaan.

Dalam masa sama, beliau meminta ahli Pas supaya mematuhi pendirian serta nasihat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak memaksa ahli parti tersebut menyertai perhimpunan sebegitu yang dianggap sebagai pendirian tidak rasmi parti.

Ketua Pembangkang Kelantan Tunjuk Kehebatan!

Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-13 hari ini menjadi pentas kepada Ketua Pembangkang daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Nozula Mat Diah untuk memberi 'tarbiah' kepada pemimpin-pemimpin Pas Kelantan mengenai sikap buruk mereka.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh berkata, pemimpin-pemimpin Pas Kelantan sebenarnya hanya berselindung di sebalik kopiah dan songkok sebaliknya pertuturan mereka kesemuanya dipenuhi makian dan tuduhan liar.

Nozula berkata demikian ekoran tuduhan yang dikeluarkan Mohamad Zaki Ibrahim (Pas-Kelaboran) sebelum itu yang mendakwa BN memberi pil kuda dan air ketum kepada golongan muda pada pilihan raya lalu untuk mendapat undi.

Fitnah Dan Pembohongan Dari Pembangkang!

Pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dinasihatkan tidak terpedaya dengan pembohongan pembangkang sehingga menjadikan mereka antikerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, fitnah dan pembohongan yang dilempar pembangkang khususnya berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini telah menimbulkan persepsi yang salah terhadap kerajaan sehingga ada golongan terpelajar yang menerima bulat-bulat dakyah tidak berasas itu.

Antara fitnah pembangkang yang tidak masuk akal dan tidak dapat dibuktikan sehingga ke hari ini tegas Najib, ialah tuduhan Barisan Nasional (BN) membawa 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi.

Hadi Buat Ahli PAS Bingung!

Pas tidak memaksa para pemimpin dan ahlinya menyertai mana- mana himpunan yang dikaitkan dengan pakatan pembangkang bagi membantah proses perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang didakwa meragukan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, terpulang kepada mereka sama ada untuk hadir atau tidak kerana penyertaan atau kehadiran mereka bukan suatu kemestian.

"Kita tak memaksa semacam keperluan untuk keluar mengundi," katanya kepada Utusan Malaysia selepas upacara pelantikan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mengangkat sumpah Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) di sini hari ini.

Cahaya Hujung Terowong?

UMNO berharap Pas membuka ruang untuk kedua-dua parti itu mengadakan perbincangan berhubung agenda perpaduan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, UMNO telah menghulurkan salam perpaduan kepada Pas sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Menurut beliau, melihat kepada keputusan PRU-13, seruan agar orang Melayu bersatu seharusnya disambut secara positif oleh kedua-dua parti terbabit.

"Harapan kita ada cahaya di hujung terowong untuk menyelesaikan segala perbalahan sesama orang Melayu. Kita harap Pas dan UMNO boleh berbincang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...