Darahsatriadotcom

Followers

Friday 31 May 2013

Karier Politik Lim Guan Eng Bakal Berakhir?

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dicabar menunjukkan isi kandungan surat Pendaftar Pertubuhan (ROS) kepada umum bagi membuktikan beliau tidak berbohong dan tidak pernah memanipulasi surat bertarikh 17 April 2013 itu.

Bekas Ketua Cawangan DAP Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, sekiranya cabarannya tidak disahut, itu membuktikan Guan Eng berdusta dalam isu surat tersebut semata-mata mahu meraih simpati rakyat.

Ujarnya, beliau sendiri membaca surat ROS kepada DAP itu dan di dalam surat berkenaan, langsung tidak dinyatakan pihak ROS mahu membatalkan pendaftaran DAP serta melarang penggunaan logonya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Nurul Izzah, Tian Chua Dihalau...

Jabatan Imigresen Sabah mengesahkan bahawa larangan terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar daripada memasuki Sabah dibuat mengikut lunas undang-undang.

Pengarahnya, Noor Alam Khan A. Wahid Khan berkata, larangan itu tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri dan pihaknya hanya mematuhi arahan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri.

"Beliau (Nurul Izzah) ditolak masuk (not to land) mengikut Seksyen 65 (1)(a) Akta Imigresen 1959/1963 atas arahan pihak Kerajaan Negeri Sabah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini malam ini sambil enggan mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan.

Aura Kit Siang Bertaut Disanubari!

Seorang guru wanita dari sekolah menengah dekat Gelang Patah, di sini, kini disiasat mengikut Akta Hasutan berikutan tindakannya mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, selain menghasut pelajar membenci kerajaan.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Nor Hashim Mohamad, berkata siasatan itu susulan laporan diterima daripada ibu bapa seorang pelajar yang mendakwa anaknya dan beberapa pelajar lain sering dihambur perkataan kesat dan menghina. 


Tembelang DAP Terbongkar!

Hasil siasatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mendapati ramai ahli DAP yang layak menghadiri Kongres Kebangsaan Ke-16 parti itu tahun lalu, tidak menerima notis panggilan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, perkara itu didedahkan sendiri oleh ahli-ahli DAP terbabit.

Disebabkan tidak menerima notis panggilan menghadiri kongres tersebut katanya, ramai dalam kalangan mereka yang layak mengundi pada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti diadakan pada tahun itu gagal berbuat demikian.

Anwar Semakin Menjadi-Jadi!

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bermain dengan api apabila terus melakukan provokasi mengajak rakyat turun berdemonstrasi di jalanan.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, Anwar pasti sedar bahawa penduduk negara ini terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dan sudah tentu keadaan sukar dikawal jika berlaku huru hara.

Beliau berkata, Anwar juga perlu sedar apa yang cuba dilakukannya itu boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan jutaan rakyat Malaysia.

Kit Siang Cetus Curiga...

Penafian Penasihat DAP, Lim Kit Siang kononnya tidak mengetahui kewujudan tentera siber parti itu yang dikenali sebagai Red Bean Army mengundang kecurigaan walaupun telah mendapat liputan meluas media. 

Ironinya, kewujudan tentera siber Red Bean Army yang didakwa 'ditaja' DAP sebenarnya telah didedahkan sendiri oleh bekas Setiausaha Eksekutif Pemuda Kebangsaan DAP, Shen Yee Aun dalam wawancaranya dengan portal berita Mynewshub yang dimuat naik ke laman YouTube bulan lepas.

PAS Diberi Kata Putus!

Parti pembangkang khususnya Pas perlu berhenti daripada bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kempen Anwar Spring yang digerakkan Ketua Pembangkang itu sejak pilihan raya umum lalu bermotifkan peribadi.
 
Bekas peguam bela Anwar, Datuk Zulkifli Noordin berkata, Pas akan dihukum dengan lebih teruk oleh majoriti rakyat jika berterusan membiarkan diri dijadikan alat tunggangan Ketua Pembangkang kerana masyarakat mahukan keamanan bukan demonstrasi Anwar Spring.

Beliau yang bersetuju dengan tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melabelkan perhimpunan haram anjuran pembangkang sebagai Anwar Spring dan bukannya Malaysia Spring menambah, Pas perlu berhenti daripada terus diperbodohkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...