Darahsatriadotcom

Followers

Thursday 11 July 2013

PAS Terdesak!

Islam tidak pernah mengajar para umatnya berbaiah seperti dilakukan oleh calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, Azlan @ Endot Yusof dalam satu program di Kuala Besut, semalam.

Sebaliknya tegas aktivis Pas, Mohd. Riza Kamaruddin, baiah hanya berlaku kepada ketua negara dan bukan selain daripadanya.

''Baiah itu bermaksud ikrar ketaatan kepada pemerintah atau kepada ketua. Namun, Islam tidak pernah mengajar kita berbaiah sebegitu rupa untuk menarik perhatian orang ramai.

''Apatah lagi baiah itu dibuat dengan perkataan 'sekiranya' di hadapan pemimpin dan penyokong parti mereka. Tidakkah itu boleh dilihat sebagai main-main dan tidak bersungguh-sungguh,'' katanya.

Jom Boikot : The Star Untungkan DAP!

Selepas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi mempersoalkan tindakan kolumnis akhbar The Star, Joceline Tan berhubung artikel bertajuk Give up post, Shahrizat told, Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah pula melakukan perkara serupa.

Presidennya, Khairul Anuar Ramli dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya menyokong penuh kenyataan Mohd. Puad itu selain berpendapat tindakan akhbar berbahasa Inggeris tersebut hanya akan merugikan UMNO dan menguntungkan DAP.

Kelmarin, Mohd. Puad mempersoalkan tindakan Joceline Tan yang dilihat sengaja mahu melaga-lagakan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Bila Hak Melayu Dipersoalkan DAP...

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming melontarkan persoalan mengapa kerajaan tidak melaksanakan liberalisasi ke atas tanah rizab Melayu walaupun dibenarkan Majlis Tanah Tenaga bagi tujuan pembangunan.

Kor Ming yang juga Setiausaha DAP Perak berkata, jika kerajaan tidak berhasrat melaksanakan liberalisasi ke atas tanah rizab Melayu apa gunanya Majlis Tanah Negara memutuskan bahawa tanah rizab Melayu boleh dipajak untuk tempoh 60 tahun.

PAS Masih Bersama UMNO...

Dewan Pemuda Pas tidak akan tunduk kepada mana-mana desakan untuk mengubah Perlembagaan Persekutuan yang telah sekian lama dipertahankan.

Ketuanya, Nasruddin Hasan berkata, dalam konteks ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak wajar memberi kata dua kepada parti itu untuk menyokong cadangannya meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan berhubung status agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.

Jelas beliau, segala masalah atau pertikaian yang timbul sepatutnya diselesaikan menerusi perbincangan dengan rakan-rakan parti dalam pakatan pembangkang.

Keberkatan Ramadhan!

Puasa yang kita jalani hari ini sebagai salah satu Rukun Islam bertujuan agar kita bertakwa kepada Allah SWT. Sebagai seorang Muslim, kita wajib menerima dan menyambutnya dengan rasa penuh kesyukuran. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang senang dengan ketibaan Ramadan, maka jasadnya diharamkan Allah daripada api neraka."

Bulan Ramadan merupakan kesempatan yang berharga bagi kaum Muslimin setelah selama sebelas bulan mereka disibukkan dengan pelbagai jenis kesibukan duniawi, untuk menemukan kembali semangat spiritual mereka yang hilang.

Menahan lapar daripada makan, menahan diri daripada berbicara perkara yang sia-sia, beriktikaf di masjid, membaca al-Quran, mengerjakan amal-amal kebajikan, bersilaturahim, memberikan infak dan sedekah dapat menjadi ubat penawar bagi pelbagai penyakit masyarakat Muslim, baik yang boleh dilihat mahupun yang tersembunyi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...