Darahsatriadotcom

Followers

Tuesday 4 June 2013

PAS Rosak Kerana Anwar Dan DAP...

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP telah merosakkan pendirian dan manhaj Pas yang mendidik ahli-ahlinya supaya reda dengan ketentuan Allah SWT.

Aktivis Pas, Mohd. Riza Kamaruddin berkata, ahli-ahli Pas telah menghayati pendirian dan mengamalkan manhaj itu sejak Pilihan Raya Umum Pertama lagi.

Sebab itu katanya, tidak timbul sebelum ini Pas menganjurkan gerakan di jalanan untuk memprotes keputusan pilihan raya umum.

Jelasnya, kebanyakan ahli parti yang turut terjerumus dalam gerakan tersebut dan menyertai siri perhimpunan haram, adalah mereka yang baru memasuki Pas malah ada di antara mereka sekadar penyokong parti sahaja.

Bila Kebodohan DAP Dan PKR Ditahap Melampau...

DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa mencontohi sekutu mereka dalam pakatan pembangkang, Pas yang menolak penggunaan kaedah politik ganas bagi menggulingkan kerajaan.

Pensyarah Geopolitik Fakulti Sains Sosial dan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, politik ganas bukan jalan penyelesaian terbaik untuk mengubah kerajaan sebaliknya boleh memberi kesan buruk terhadap perpaduan rakyat dan berpotensi menjejaskan reputasi serta kestabilan negara.

Pendedahan : Perkara Yang Paling Anwar Ibrahim Takuti!

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menganjurkan siri perhimpunan haram di seluruh negara kerana mahu mengalih tumpuan rakyat daripada tiga perkara yang paling ditakutinya.

Ketiga-tiga perkara itu ialah rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah dan pendedahan bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung aktiviti seks beliau.

Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, Anwar akan memastikan ketiga-tiga perkara tersebut 'dilenyapkan' daripada minda rakyat walaupun tindakannya itu akan mengundang kemudaratan terhadap agama, bangsa dan negara.

DAP Terperangkap Dengan Jerat Sendiri!

DAP terus 'berdrama' apabila menggesa Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhenti mendedahkan sebarang hasil siasatan berhubung pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) Disember lalu kepada umum.

Malah pemimpin DAP juga disifatkan seperti 'cakap tak serupa bikin' kerana sebelum ini juga beberapa kali tampil membuat kenyataan terbuka berhubung siasatan ROS termasuk membuat drama air mata kononnya mereka mungkin tidak dibenarkan bertanding dan lambang roket tidak boleh digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu.

Anwar Tolak Ketentuan Illahi...

Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih tidak dapat menerima ketentuan Allah kekalahan pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu dengan terus giat mengadakan perhimpunan haram, membuktikan beliau menolak takdir dan ketentuan Ilahi.

Ahli Jawatankuasa Minda Pondok Kelantan, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah menunjukkan 'wajah sebenar' beliau yang kononnya selama ini memperjuangkan Islam namun dalam masa yang sama menolak takdir Allah.

Adakah DAP Akan Berdiam Diri?



Filem Tanda Putera yang menimbulkan polemik dalam industri perfileman negara ekoran dibantah oleh pihak-pihak tertentu bakal ditayangkan pada 29 Ogos ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sudah tiba masanya untuk filem yang menimbulkan kontroversi walaupun belum ditayangkan itu menemui penonton.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...