Darahsatriadotcom

Followers

Tuesday 2 April 2013

Pendedahan : Parasit Politik ke Selangor...

Selangor kini menjadi tumpuan 'parasit politik' yang sudah ditolak rakyat negeri lain, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Katanya, kedatangan mereka itu yang sebelum ini bertanding di luar Selangor juga memberi gambaran pakatan pembangkang tidak mempunyai anak tempatan berkaliber untuk diletak sebagai calon.

Sudah tiba masanya rakyat di Selangor membuka mata mereka melihat wujudnya istilah yang boleh dikatakan lebih dari unsur kronisme iaitu nepotisme” Noh Omar, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor

Parlimen Bubar Seawal Esok!

Parlimen dijangka dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan.

Ini berikutan pengedaran surat daripada Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir pada mesyuarat itu lengkap berpakaian lounge suit berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar.

Jika Parlimen dibubar esok, SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi” Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR

Akhirnya Anwar Tersilap Langkah...


Keputusan pendakwah dan ilmuan tersohor tanah air, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba meninggalkan bekas sahabat karibnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu keputusan tepat dan wajar dikaji oleh rakyat Malaysia apa sebab atau puncanya beliau berbuat demikian.

Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Dr. Yusri Mohamad berkata, beliau percaya keputusan Sidek meninggalkan Anwar yang sudah dikenalinya hampir 40 tahun disokong oleh fakta kerana tiga tahun beliau 'berkelana' mengkaji kebenaran mengenai salah laku moral.

Mahkamah : Anwar Bakal Tersungkur Di Kaki Karpal...


Peguam, Karpal Singh tersenarai antara tujuh saksi yang akan dipanggil pada perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan atas dakwaan mengaitkan beliau dengan aktiviti biseksual.

Keterangan Pengerusi DAP itu, menurut peguam terkemuka, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Nallakaruppan amat penting kerana Karpal adalah saksi berguna dan keterangan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu dapat membantu pihaknya.

Rakyat Harus Berhati-Hati..


Anwar Semakin Takut, Pohon Tangguh Bicara...


Datuk Seri Anwar Ibrahim diperintahkan membayar kos guaman RM3,000 kepada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin, ekoran permohonannya agar perbicaraan kes saman fitnah RM10 juta yang sepatutnya didengar oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini ditangguhkan.

Ketua Pembangkang yang mengemukakan saman tersebut tidak menghadiri prosiding berkenaan kerana berada di Sabah sejak semalam atas urusan politik berkaitan pilihan raya.

Bila PR Memerintah, Semua Sama Saja!


Satu Kajian : Dimensi Baru Transformasi Politik Negara...


Sama ada Dewan Rakyat dibubarkan Rabu ini, minggu depan atau terbubar secara automatik pada 30 April nanti, buat kali pertama dalam sejarah negara pada waktu aman, penggal pentadbiran Kerajaan Pusat dan 12 kerajaan negeri, genap lima tahun.

Pada 27 Mac lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan mencatat sejarah sebagai DUN pertama terbubar secara automatik selepas tempoh mandat lima tahunnya berakhir.


Jika tidak dibubarkan lebih awal, DUN Pahang akan terbubar secara automatik pada 7 April, Johor (20 April), Selangor (22 April), Perak (24 April), Melaka (26 April), Kelantan dan Perlis (28 April), Sabah (29 April), Pulau Pinang dan Kedah (2 Mei), serta Terengganu (5 Mei).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...