Darahsatriadotcom

Followers

Monday, 24 June 2013

Cina Diwakili Pembangkang!

Walaupun kebanyakan pemimpin pembangkang menolak pandangan sistem politik dua kaum iaitu pemisahan Cina dengan kaum lain terutama Melayu, namun, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek tetap percaya kepada kewujudan senario tersebut.

Sambil menyifatkan sistem itu sesuatu yang malang, beliau mengulangi peringatan jika kaum Cina terus dibuai dengan slogan 'Ubah' kerajaan yang dilaungkan pembangkang terutama DAP, maka kaum tersebut akan terus tidak mempunyai wakil dalam kerajaan tetapi sekadar diwakili pembangkang.

"Kalau masyarakat Cina menghayati dan menyokong slogan 'Ubah', ini akan mencetuskan satu suasana politik yang mana kerajaan diwakili orang Melayu dan India manakala masyarakat Cina sekadar diwakili oleh parti pembangkang.

Serlah Sikap Hipokrit Pembangkang!

Sikap hipokrit pakatan pembangkang akan terserlah jika kesemua 89 Ahli Parlimennya hadir mengangkat sumpah di Dewan Rakyat esok sebagai mengiktiraf mereka sebagai wakil rakyat.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, mereka sepatutnya berasa malu untuk hadir dalam majlis tersebut sedangkan terus-menerus menganjurkan perhimpunan haram demi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dituduh satu penipuan.

Jelas beliau, mereka perlu bersikap konsisten apabila bersetuju untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat, maka segala bentuk perancangan untuk menggulingkan kerajaan wajar dihentikan.

Aduhai Melayu!

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Khas bagi membangkitkan kesedaran dan membantu mendaftarkan orang Melayu sebagai pengundi.

Setiausaha Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, perkara itu dirumuskan pada hari pertama Perjumpaan Khas Perkasa yang diadakan di Institut Budaya Baru, di sini hari ini.

Menurut beliau, keputusan itu diambil memandangkan kini terdapat kira-kira 2.5 juta orang Melayu tidak berdaftar sebagai pengundi sekali gus merupakan perkembangan membimbangkan terhadap masa depan kuasa politik orang Melayu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...