Sebelum menyalahkan pihak lain, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan
Eng perlu menasihati rakan baiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlebih
dahulu yang terus mengadakan siri perhimpunan haram kerana tindakan itu
lebih menakutkan kemasukan pelabur asing.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa
Sheikh Fadzir berkata, tindakan Anwar yang cuba mencetuskan keadaan
huru-hara dengan mengadakan siri perhimpunan haram dilihat lebih
berkesan menakutkan pelabur untuk melabur di negara ini.
"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Wednesday, 5 June 2013
Akhirnya Anwar Yang Diliwat!
Dakwaan kemasukan 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh pada Pilihan
Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini jelas merupakan propaganda jahat
pihak pembangkang bertujuan menghasut rakyat untuk membenci dan
menentang kerajaan.
Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, panggilan 'penipu' cukup sesuai dilabelkan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah lama bercita-cita untuk menguasai negara ini walaupun dengan cara bertentangan dengan amalan demokrasi.
"Saya pernah bekerja di bawah PKR dahulu dan kami memang dididik untuk membuat propaganda serta penipuan bagi memusnahkan agenda kerajaan tanpa memikirkan nasib rakyat.

Pemimpin Pembangkang Bacul!
Pemimpin pembangkang perlu menyatakan pendirian
berhubung tindakan sekumpulan individu yang menghina Yang di-Pertuan
Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menerusi laman sosial Facebook,
Sabtu lalu.
Naib Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri, Haris Che Mat berkata, sehingga kini, tiada pemimpin pembangkang tampil membuat kenyataan mengutuk tindakan biadap tersebut yang jelas menghina institusi diraja.
Sedangkan, katanya, mereka selama ini merupakan juara dalam mengeluarkan kenyataan mengenai pelbagai isu di negara ini.

Berita Baik Buat Penjawat Awam...
Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat termasuk penjawat awam
supaya tidak terbabit dalam politik secara berlebihan kerana ia hanya
menyebabkan masa terbuang untuk negara terus melangkah ke hadapan.
Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya penjawat awam memberi tumpuan kepada usaha melaksanakan amanah lebih besar, diberikan rakyat selepas Barisan Nasional (BN) mendapat mandat baru pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Selain itu, katanya, sebagai warga negara Malaysia yang juga
pengamal demokrasi matang, rakyat bukan hanya perlu setakat mengakui
proses demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini, malah juga
menerima proses itu selepas ia selesai.
Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya penjawat awam memberi tumpuan kepada usaha melaksanakan amanah lebih besar, diberikan rakyat selepas Barisan Nasional (BN) mendapat mandat baru pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Dari Jauh Tun M Bersuara...
Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, belum sampai
masanya bagi Barisan Nasional (BN) untuk menjadi sebuah parti yang
terbuka kepada rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, pendekatan terbaik pada masa ini ialah kerjasama antara parti-parti yang mewakili kaum dalam konsep perkongsian kuasa dan kekayaan negara.
"Kita tak boleh ketepikan parti-parti yang mewakili kaum mereka. Walaupun dalam BN terdapat parti-parti yang berbilang kaum, tetapi pada hakikatnya parti yang mendakwa dirinya sebagai berbilang kaum juga didominasi oleh satu kaum sahaja.

Nurul Izzah Kembali Ceria...
Kota Kinabalu: Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti
Wakiman, menjelaskan larangan ke atas Naib Presiden Parti Keadilan
Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, ke negeri ini hanya untuk malam
penutupan Pesta Kaamatan.
Beliau berkata, ia dilakukan untuk tujuan keselamatan berdasarkan laporan keselamatan yang diterima.
Beliau berkata, ia dilakukan untuk tujuan keselamatan berdasarkan laporan keselamatan yang diterima.
Subscribe to:
Posts (Atom)