Tiga `senjata' itu ialah kekuatan calon, pengiktirafan Kerajaan Pusat kepada penduduk Besut dan kestabilan BN. Beliau berkata, kesemua `senjata' itu menjadi kayu ukur terhadap kekuatan sebenar BN dan memastikan DUN Kuala Besut yang selama ini menjadi kerusi tradisi BN dapat terus dipertahankan.
"Kita tak memilih calon dengan tergesa-gesa. Kita menggunakan pendekatan MAP iaitu muka baru, akhlak dan pendidikan dalam memilih calon yang sesuai.
"Ketiga-tiga kriteria ini sudah ada pada calon kita (Tengku Zaihan). Sebab itu kita yakin untuk menang dan menambah majoriti sekurang-kurangnya 4,000 undi," katanya pada sidang media di Pusat Media PRK DUN Kuala Besut, di sini, hari ini.