Darahsatriadotcom

Followers

Thursday 24 October 2013

Rakyat Pasti Gembira... Bajet 2014 Tangani Kos Sara Hidup!

Kerajaan akan memberi tumpuan khusus kepada langkah-langkah untuk menangani peningkatan kos sara hidup melalui Bajet 2014 yang akan dibentangkan di Parlimen Jumaat ini.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sedar bahawa kos sara hidup menjadi topik penting bagi rakyat dan terbukti apabila isu tersebut paling banyak dibincangkan melalui laman web mikro Bajet 2014.

Katanya, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dengan keluh kesah rakyat beberapa pendekatan akan diperkenalkan antaranya, menambah jumlah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di beberapa buah lokasi strategi di seluruh negara.

Apa Tersirat Dalam Pemilihan UMNO?

Pemilihan UMNO sudah berlalu, tidak ada sebarang kejutan besar sebenarnya berlaku. Tidak banyak perubahan kelihatan dan tidak ada kumpulan baharu maju ke hadapan bagi mewujudkan gelombang besar-besaran. Semua yang berlaku menepati ramalan dalaman tetapi mungkin tidak pula memenuhi hasrat masyarakat majoriti senyap yang berada di luar UMNO yang telah memberikan undi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 sebelum ini.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa sebanyak 57 bahagian sudah bertukar kepimpinan dan ia sudah cukup besar impaknya. Bagaimanapun, kita perlu juga lihat bakinya daripada 191 bahagian atau hampir 70 peratus lagi masih berada di takuk lama. Ia menghantar dengan jelas isyarat bahawa walaupun 100 peratus percaya perlu melaksanakan perubahan tetapi ia hanya mampu diterjemahkan kepada 30 peratus sahaja yang menyambutnya.

Kita bukan mahu menidakkan sumbangan orang lama atau mahu menukar semua mereka tetapi hasil daripada prestasi pilihan raya yang baru lalu sudah jelas menunjukkan bahawa perlu berlaku gelombang perubahan secara besar-besaran. Yang dikatakan besar mestilah melebihi daripada angka 50 peratus baharulah benar-benar mendatangkan impak kepada struktur yang ada sekarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...