Perpecahan kaum yang semakin serius kini adalah disebabkan sikap DAP yang menolak 'semangat perkongsian' antara kaum khususnya melibatkan Melayu, Cina dan India, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Menurut bekas Perdana Menteri, hal itu kerana DAP mahukan orang Cina yang telah mendominasi ekonomi, menunjukkan penguasaan seterusnya iaitu dalam bidang politik di negara ini.
Malah jelasnya, perkara itu dikuatkan lagi menerusi keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 apabila DAP memainkan sentimen perkauman untuk menarik sokongan pengundi Cina daripada Barisan Nasional (BN) dengan menggambarkan MCA sebagai 'pak turut' UMNO.