Darahsatriadotcom

Followers

Saturday 11 May 2013

Nurul Izzah Bakal Disaman!

Calon Barisan Nasional (BN), Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, menimbang menyaman Nurul Izzah Anwar atas dakwaan memfitnahnya sepanjang kempen pilihan raya umum lalu.

Katanya, sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil itu bagi menjaga maruahnya dan keluarga, selepas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sering memfitnahnya termasuk terhadap ke atas anak perempuannya. 


Beliau berkata, dalam kempen itu Nurul Izzah mendakwa anak perempuannya menerima kontrak kerajaan ketika beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan 
Bandar (KWPKB). 

Politik Ekstremis... Anwar Perancangnya!

Politik ekstremis dan pecah belah yang berlaku dalam kalangan masyarakat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 didakwa berpunca daripada didikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usahanya menjadi Perdana Menteri.
 
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sejak awal lagi Anwar telah menggunakan politik pecah dan perintah bagi mendapatkan sokongan orang Melayu dan pada masa sama mendidik politik ekstremis dalam kalangan kaum Cina.

Pendedahan : Anwar Punca Api Perkauman!

Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor menyifatkan api perkauman yang melanda negara hari ini berpunca daripada permainan politik terdesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Jelasnya, sewaktu beliau menjadi Ketua Pemuda PKR dahulu, Anwar pernah mengarahkannya supaya menarik undi masyarakat Cina semaksimum mungkin kerana menyedari tidak mampu mendapatkan sokongan penuh orang Melayu.

Tambah Ezam, beliau diminta memberi harapan palsu kepada pengundi Cina serta menyelar dasar-dasar yang pro-Melayu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...