Darahsatriadotcom

Followers

Thursday, 21 March 2013

Terbongkar!!! Kenapa Anwar Tidak Layak Menjadi PM..

Wajib Tahu : 5 Sebab Perlu Tolak PAS..

Kisah Benar : Ini Yang Terjadi Dalam Parti PAS La Ni..


Komentar : "Topeng Agama PAS Perlu Dicabut"



Banyak pihak, tidak terkecuali penyokong PAS sendiri, musykil hukum hudud tidak disebut dalam manifesto pakatan pembangkang yang dilancarkan minggu lalu. Berpuluh-puluh tahun PAS bertegas mahu laksana hukum hudud tetapi kini tiada sepatah pun mengenainya.

Adoyai... Dilema PAS Cari ‘Fotostat’ Ganti Nik Aziz



Malam keputusan Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRU-11) pada Mac 2004 cukup perit untuk Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Beliau cemas dan mukanya pucat apabila mendapat khabar Barisan Nasional (BN) menang dua pertiga daripada 45 kerusi DUN Kelantan.

Pengikut PAS memenuhi kawasan ibu pejabat parti di Jalan Dato Pati, Kota Bharu untuk mendapat kepastian. Mereka nampak Menteri Besar Kelantan itu rimas dan nanar dalam keadaan mundar mandir. Apabila keputusan mengesahkan bahawa PAS menang dengan majoriti tiga kerusi, penyokong PAS bertakbir tetapi Nik Aziz demam.

Wow!!! Ekonomi Negara Diunjur Berkembang 6 Peratus



Bank Negara Malaysia mengunjurkan ekonomi Malaysia akan berkembang antara lima hingga enam peratus pada 2013 ini dipacu oleh pengukuhan berterusan permintaan domestik dan peningkatan sektor eksport.

Gabenornya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, ekonomi Malaysia yang mencatatkan pertumbuhan luar jangkaan tahun lalu kini sedang dalam laluan pertumbuhan yang stabil.

PAS : Parasit Akidah Semborono



Biar Benar... 1 Undi Pas = 1 Undi DAP !!!

Pembubaran tidak berlaku semalam. Ramai yang meramalkan begitu. Namun itu tidak penting, kerana yang pasti Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan tetap berlaku.

Mari kita lihat tajuk Cuit hari ini. Apa maksudnya? Pada PRU-12 semua orang sedar para pengikut totok Paslah yang bekerja keras untuk kemenangan pakatan mereka. Namun yang kaut besar ialah DAP.

Benarkah Penjawat Awam Umpama ‘Gigit Tangan Yang Menyuap’?

Selaku warga penjawat awam, saya amat terharu akan keprihatinan Perdana Menteri yang sentiasa peka menjaga kebajikan para penjawat awam melalui pengumuman beberapa insentif baharu.

Bagi saya yang telah mencapai tahap maksimum tangga gaji, saya tidak pernah menyangka akan dapat kenaikan gaji pada tahun ini.

Bagaimanapun, saya amat sedih ada di kalangan penjawat awam yang seolah-olah tidak tahu mengenang budi dalam perbualan harian baik di pejabat, kafeteria dan sebagainya.

Ada di antara mereka yang memperlekehkan tindakan ikhlas kerajaan ini sebagai usaha memancing undi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Yang paling menyakitkan hati ialah ada mereka yang berjawatan kategori JUSA juga bersikap sedemikian.

Penjawat awam adalah mata dan telinga kerajaan yang perlu menunjukkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan.

Seperti kata pujangga: Jangan gigit tangan yang memberi kamu makan.

Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd

Semua Salah Kerajaan...


Terbongkar : Rahsia BN Mengekalkan Kemenangan Dalam PRU...



Pengajaran Episod Berdarah Lahad Datu...



Terdapat pengajaran penting yang boleh dipelajari di sebalik pencerobohan kumpulan pengganas bersenjata Kiram di Pantai Timur Sabah yang menyebabkan konflik bersenjata antara pasukan keselamatan negara dan kumpulan pengganas dari Filipina itu.

Penjelasan tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib adalah sangat tepat di mana beliau menganggap bahawa kejadian tersebut adalah sebagai wake up call kepada semua betapa negara Malaysia terdedah kepada ancaman luar dan mengapa penting untuk kerajaan dan rakyat supaya tidak mengabaikan soal keselamatan. Selama ini kita telah diberkati dengan keamanan dan kestabilan dan pencerobohan oleh pengganas bersenjata dari negara asing ini amat mengejutkan semua pihak.

Persoalannya mengapa ia berlaku ketika ini dan adalah agak janggal kerana tuntutan yang tidak berasas ke atas Sabah dilakukan oleh pengganas yang bersenjata. Ia adalah satu wake up call untuk kita dan merupakan peringatan kepada semua bahawa kesejahteraan dan keselamatan negara tidak boleh dipandang ringan walaupun pada waktu aman.

Menarik : Kad Laporan Kesejahteraan Rakyat



Adakah rakyat benar-benar merasai transformasi selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih tampuk pemerintahan negara empat tahun yang lalu? Atau rakyat lebih merasai reformasi yang dibawa oleh pakatan pembangkang selepas berjaya buat pertama kalinya dalam sejarah politik negara menafikan majoriti 2/3 kerusi Parlimen Barisan Nasional (BN) dengan menguasai beberapa negeri di Malaysia?

Perbandingan inilah yang perlu dilakukan oleh rakyat untuk melihat sejauh manakah sebuah kerajaan dan para pemimpinnya benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan bukannya berkuasa demi keluarga dan rakan-rakannya sahaja.

Rakyat kini semakin bijak untuk membuat perbandingan. Rakyat tidak mahu sebuah kerajaan atau pemimpinnya hanya pandai berkata-kata tetapi tidak memenuhi harapan rakyat. Usah berikan harapan menggunung kepada rakyat kalau tidak mampu melakukannya. 

Konsep Dasar Luar Anwar Ibrahim


Memang begitu menarik temu ramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Fairfax Media dari Australia dua minggu lepas yang banyak berkisar pengamatan beliau terhadap senario pasca pilihan raya umum Malaysia yang akan diadakan bila-bila masa sahaja.

Tidak menghairankan apabila ketua pembangkang tersebut menegaskan hubungan baik dengan Australia adalah sangat dialu-alukan memandangkan temu ramah itu sudah pasti mendapat liputan meluas daripada akhbar negara tersebut. 

Tetapi agak menakjubkan apabila Anwar meluahkan perasaan kurang senang terhadap beberapa ahli politik Australia yang begitu kagum dengan agenda pembangunan Malaysia lebih dari lima dekad diterajui oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Fakta - Tangan Asing Mengancam Negara.. Ayuh Kita Sebarkan!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...