Darahsatriadotcom

Followers

Monday, 10 June 2013

Malaysia Akan Hancur!

Fitnah dan hasutan berterusan yang disebarkan oleh Red Bean Army menerusi laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog boleh menimbulkan ketegangan dalam kalangan rakyat. Presiden 

Gerakan Memartabat Pejuang Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria berkata, kegiatan tentera siber pembangkang itu mesti dikekang demi menjaga kestabilan negara dan keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Menurut beliau, aktivis Red Bean Army sengaja memainkan sentimen perkauman sempit semata-mata mahu mengapi-apikan kaum Cina bagi memburukkan- burukkan Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.

Mat Sabu Mula Cari Pasal!

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib enggan mengulas lanjut kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mahu seluruh pimpinan parti itu turut serta dalam perhimpunan pembangkang 15 Jun ini.

Katanya, beliau tidak tahu-menahu mengenai kenyataan itu dan tidak mahu membuat sebarang ulasan.

"Saya tak tahu pun. Jadi, saya malas nak komen panjang-panjang," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Dong Zong Dikritik Hebat!

Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) perlu menerima realiti keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan berhenti membuat tuntutan tidak munasabah.

Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata, Dong Zong tidak lagi berada dalam kedudukan seperti sebelum PRU-13 kerana majoriti masyarakat Cina kini tidak memihak kepada Barisan Nasional (BN).

"Sebelum ini, kerajaan memberikan banyak ruang, berlembut dan menunaikan permintaan kaum Cina walaupun disifatkan melampau.

Pemimpin DAP Dalang Red Bean Army?

Dua pemimpin kanan DAP didakwa bertanggungjawab menyelia kegiatan lebih 200 anggota Red Bean Army di sekitar Pulau Pinang dan Selangor.

Bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, salah seorang daripada mereka bergelar ahli Parlimen dan seorang lagi memegang jawatan kanan di dalam parti.

Menurut beliau, pasukan tentera siber itu diwujudkan DAP sejak 2008, khusus untuk menyerang kerajaan dan Barisan Nasional (BN).

Cina Jangan Terus Berfantasi...


Masyarakat Cina di negara ini dinasihat tidak terus 'berfantasi' dengan mempercayai kononnya DAP boleh membawa perubahan yang lebih baik kepada mereka.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, agenda yang dibawa oleh DAP amat berbahaya dan tidak membawa kebaikan terhadap keharmonian masyarakat pelbagai kaum.

''Kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini bersikap adil kepada semua kaum melalui dasar perkongsian kuasa sehingga tidak ada kaum yang berasa tertindas.

''Kaum Cina perlu melihat hal ini dalam keadaan realiti dan bukannya fantasi. Kerajaan kita amat adil kepada semua kaum sehingga semua kaum dijaga kepentingan mereka," katanya.

Himpunan Blackout 505 Hadapi Jalan Buntu...

Polis tidak meluluskan perhimpunan Blackout 505 yang dijadual berlangsung malam esok, di tanah lapang Kampung Bakau di sini, kerana penganjurnya tidak mengemukakan permohonan dalam tempoh 10 hari sebelum penganjurannya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Supritendan Ismail Che Isa berkata, jika program itu diteruskan, ia jelas melanggar Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Kami akan mengambil langkah mengawal kawasan berkenaan bagi memastikan tidak berlaku sebarang perhimpunan," katanya di sini hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...