Darahsatriadotcom

Followers

Tuesday, 11 June 2013

Boikot Bakal Makan Diri...

Niat pembangkang untuk boikot persidangan Parlimen kali ini boleh membawa padah kerana mereka berisiko untuk hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata ahli Parlimen yang tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan selepas hari pertama persidangan Dewan Rakyat tanpa alasan akan gugur kelayakan sebagai ahli parlimen.

"Mengikut perlembagaan, artikel 59 (1) kalau ahli Yang Berhormat yang tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan selepas persidangan pertama selepas pilihan raya, maka dia akan disqualified (sebagai ahli parlimen)," katanya.

DAP Cari Pasal!

Satu-satunya wakil pembangkang, Er Teck Hwa yang hadir ke majlis taklimat Dewan Rakyat hari ini menyifatkan kehadiran beliau ke sesi ini kerana merasakan ia perkara yang penting.

Menurutnya, hanya dengan hadir, beliau akan mengetahui syarat-syarat yang bakal digunapakai pada sesi persidangan Parlimen kali ini.

"Saya hadir hari ini kerana saya rasa taklimat hari ini penting, saya datang sendiri.

"Kalau ahli Parlimen PR yang lain tak hadir terpulang kepada mereka, tapi saya rasa ini penting," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Sebelum ini, pembangkang menegaskan mereka mahu memboikot sesi Parlimen kali ini selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi.

SPR Dihentam Lagi...

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan pemimpin politik supaya tidak membuat spekulasi atau tuduhan tidak berasas terhadap badan bebas itu berhubung kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya yang akan diadakan akhir tahun ini.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata persempadanan semula itu akan dilakukan berdasarkan kepada peraturan ditetapkan perlembagaan dan ia dilaksanakan secara telus.


Pemimpin DAPSY Buat Hal...

Selepas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee mempertikai tindakan Tan Kok Wai memecat keahliannya, kredibiliti Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP itu terus dipersoalkan kerana didakwa ‘membuang’ 11 lagi ahli DAP tanpa mengikut perlembagaan parti.

Perkara itu didedahkan Ketua Wanita DAP Pandan, Dorothy Chong Chye Wah yang turut menerima surat pemecatan tersebut bertarikh 3 Jun lalu bersama ahli-ahli parti lain khususnya di kawasan Pandan dan Ampang.

Namun, jelasnya, apa yang menghairankan ialah mereka yang dipecat tidak diberikan surat tunjuk sebab termasuk peluang untuk dibicarakan terlebih dahulu mengikut lunas-lunas perlembagaan parti.

Awas Dengan Kehadiran Gelombang Merah 2.0...

Dalam usaha mengambil alih Kelantan daripada Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, Pemuda UMNO negeri merangka strategi awal dengan cadangan mewujudkan Gelombang Merah 2.0.
 
Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian berkata, semangat Gelombang Merah yang dilancarkan pergerakan itu sebelum ini akan diteruskan.

"Pada hari ini kita membuat ketetapan merangka strategi untuk empat tahun akan datang dengan membina keyakinan orang muda bersama-sama bergerak ke arah momentum baharu dengan mewujudkan Gelombang Merah kedua," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Penghinaan Terhadap Institusi Raja-Raja Melayu Bakal Terbalas!

Cadangan penggubalan Akta Derhaka perlu disertai dengan usaha memberi pemahaman mengenai pembinaan negara dalam kalangan generasi muda, khususnya pelajar sekolah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim, berpendapat menghukum mereka yang melanggar peraturan hanya langkah jangka pendek untuk menyelesaikan budaya menghina, mengkritik serta mencemuh institusi Raja yang berlaku sekarang ini.

Luahan Hati Dan Perasaan DS Rosmah Mansor...

Tugas Wanita Pertama mungkin dianggap mudah dan menyeronokkan seperti mengiringi suami ke majlis rasmi, diundang merasmikan sesuatu acara selain sentiasa menjadi perhatian.

Ramai juga menganggap, Wanita Pertama boleh berbuat apa saja kerana suami mereka adalah individu paling berpengaruh dalam negara. Realitinya, keadaan berkenaan tidak seperti yang disangka.

Saya pernah menyuarakan kepada suami mengenai rancangan pendidikan awal kanak-kanak yang menjadi agenda perjuangan saya, tetapi tidak diterima pakai suami kerana saya isterinya dan dia tidak akan mengambil kira pendapat isteri." Datin Seri Rosmah Mansor.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...