Darahsatriadotcom

Followers

Monday 22 July 2013

Wujud Situasi DUN Tergantung 16:16!

Penduduk Kuala Besut diminta tidak tertipu dengan pujuk rayu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak akan memohon kerusi Menteri Besar sekiranya 'kempen 16-16' menjadi kenyataan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenyataan Abdul Hadi itu hanya perangkap yang bakal menyebabkan keadaan politik menjadi tidak menentu serta menyusahkan rakyat.

Beliau berkata, justeru sokongan pengundi di Kuala Besut kepada BN amat penting dalam memastikan kestabilan yang dinikmati sejak sekian lama dapat dikekalkan dan demi masa depan negeri ini.

Bila Gula Bukan Lagi Tumpuan Semut!

Fikir habis-habis sebelum keluarkan komen sensitif mengenai kaum, agama dan kedudukan raja pada laman media sosial kerana anda sedang diperhati.

Menamakan diri mereka sebagai Semut - 'Sensible and Ethical Malaysians United Troopers' (tentera siber yang beretika), kumpulan sukarelawan ini memantau laman media sosial bagi mengesan kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

"Sukarelawan ini akan menyalurkan maklumat termasuk 'screenshot'. Kemudian kita akan teliti maklumat itu dan buat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat," kata penyelaras Semut Huan Cheng Guan kepada Bernama.

PAS Tak Ghairah Nak Berkuasa?

Pas mula menggempur Kuala Besut dengan beberapa siri ceramah serentak ketika Barisan Nasional (BN) sebaliknya pula meningkatkan program usrah dan ziarah.

Dan malam di sekitar pekan nelayan dan pelancongan ini sudah mulai sesak dengan penonton politik yang datang dari serata ceruk mencari keseronokan - mula memberi gambaran sebenar tentang lazimnya kemeriahan suasana kempen terutama dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), apatah lagi ia dilihat amat penting bagi kedua-dua parti bersaing.

Dendangan yang dimainkan oleh Pas juga sudah bertukar rentak; rentak baru yang mula diletakkan asas oleh Pengarah Pilihan Rayanya, Datuk Husam Musa tanpa diiringi sebarang fatwa baru yang menyusahkannya sebagaimana baru-baru ini.

Tiada Sebab Tukar Kerajaan!

Tidak ada keperluan untuk rakyat negeri ini, khususnya di Kuala Besut menukar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah mentadbir negeri dan merencanakan aspek kebajikan rakyatnya dengan baik.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kerajaan yang ada hari ini mempunyai wawasan dan mengamalkan pendekatan luar kotak sehingga meletakkan pencapaian negeri itu dalam pelbagai bidang, khususnya pendidikan mengatasi negeri lain.

Beliau berkata, justeru itu, Kedah yang dipimpinnya kini turut mempelajari pengalaman dan pendekatan Terengganu dalam pentadbiran terutama dalam usaha melahirkan generasi Ulul Albab.

"Kami dari Kedah datang ke sini untuk membalas budi Terengganu, khususnya Besut. Kita banyak belajar daripada Terengganu melalui program Ulul Albab, kita lihat banyak sekolah yang menggunakan program ini dan prestasi mereka meningkat dengan ketara, Kedah akan mencontohinya.

Penghinaan Terhadap Nelayan!

Bertempat di bilik gerakan Unit peti Undi (UPU) Kampung Nail Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyamakan pengundi di Kuala Besut seperti ikan. Analogi tersebut digunakan kononnya bertujuan untuk mengelakkan para pengundi termakan dengan umpan yang diberikan oleh Barisan Nasional BN). 

Berucap di hadapan kira-kira 200 orang semalam, Hadi mengatakan agar para pengundi di Kuala Besut  menjadi ikan yang cerdik dengan hanya memakan umpan yang diberikan.
 
"Ikan yang cerdik, dia makan umpan sahaja, tidak kail. Jangan jadi ikan dukang yang badan berbelang, (dan) bermisai tapi tidak berharga sesen. 

"Biar kita jadi ikan yang cerdik dan bijak. Orang bagi umpan, kita ambil umpan, mata kail biar kepada dia. Itu cara kita hadapi pilihan raya. Insya-Allah, kita akan mencapai kemenangan," katanya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...