Darahsatriadotcom

Followers

Wednesday, 12 June 2013

Mat Sabu Buat PAS Celaru!

Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mahu parti itu turut serta dalam perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jelas membuktikan wujudnya kecelaruan pendirian dalam kalangan pemimpin parti Islam tersebut.
 
Menyifatkan kecelaruan itu sebagai sesuatu yang pelik dan mengecewakan, aktivis Pas, Mohd. Riza Kamaruddin turut mempersoalkan keperluan parti tersebut menyertai demonstrasi yang dikhuatiri bakal 'menghumban' negara ke kancah kebinasaan jika bertukar ganas.

''Ambillah iktibar apa yang berlaku di Turki baru-baru ini. Mengikut sejarah Islam, tiada yang membenarkan perlakukan demonstrasi terhadap pemerintah. Kalau ada pun, demonstrasi pertama melibatkan golongan penentang Saidina Uthman sehingga beliau terbunuh.

Benarkah Raja-Raja Melayu Sebagai Simbol Sahaja?

Ketika menjadi panel pada satu forum isu semasa, seorang peserta bertanya mengenai pendapat yang menolak pembabitan Raja-Raja dalam semua hal berkaitan pentadbiran negara. Katanya, bagi negara yang mengamalkan demokrasi, Raja hanyalah simbol semata-mata tanpa tanggungjawab. Saya kongsi sebahagian jawapannya di sini. 

Pendapat itu tidak tepat. Negara kita mengamalkan dua sistem berkembar, iaitu demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Kedua-dua sistem ini bergerak secara bersama dan perlu lengkap melengkapi antara satu sama lain menurut falsafah atau acuan negara. 

Keduanya umpama tiang menunjangi negara. Satu daripadanya tidak boleh dilupai kerana ia boleh membinasakan keseluruhan negara. Apa yang perlu dilakukan ialah mengimbangi kedua-duanya sehingga menjadi pelengkap antara satu sama lain, bukan kompetitif atau berlawanan.

Kembar 'Namewee' Dikenalpasti!

Bukit Aman mengesan tindakan melampau pemilik akaun Facebook dikenali sebagai Mohd Farizal dipercayai menyiarkan kata-kata penghinaan terhadap lagu kebangsaan negara, Negaraku. 

Mohd Farizal dipercayai graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyiarkan lirik lagu kebangsaan yang diubah suai menggunakan perkataan lucah, menghina dan berbaur hasutan terhadap Raja dan keadaan negara ini.

Wajib Baca : Perubahan Sokongan Parti Politik...

Kajian John Funston (2000) mengesahkan bahawa jika berlaku krisis besar dalam sesebuah parti politik, maka survival parti itu akan terancam. Ini dibuktikan dalam kes pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998 dahulu, atau pun pertandingan merebut jawatan Presiden UMNO pada 1987 dan banyak lagi contoh yang membuktikan bahawa krisis dalam parti, jika tidak diselesaikan akan meruntuhkan sebuah parti walau sekuat mana pun, parti itu.

Ternyata UMNO menepati faktor ini di mana terdapat ketua-ketua bahagian yang bersikap degil dan ego yang tidak bersetuju dengan keputusan parti itu dalam menentukan calon, dan ini merupakan masalah politik dalam menghadapi PRU-12 dan 13 lalu.

Pembangkang Merakyatkan Sikap Biadap...

Hari ini, ada sebahagian masyarakat, terutama golongan muda begitu terpengaruh dengan ajakan sebegini. Mereka menjadi berani tidak bertempat, mengganggu ketenteraman awam, tidak toleran kepada pandangan berlainan sama ada dalam perbualan, tulisan atau media sosial dan secara umumnya bersikap anarkis. Mereka tidak lagi menghormati institusi seperti polis, tentera, sistem kehakiman dan kerajaan. Mereka tidak bangga jadi Melayu, malah mufti dan ulama pun mereka caci. 

Semua maklum bahawa puncanya ialah kegagalan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri yang diidamkan sejak 15 tahun lalu. Pelbagai cara dilakukan, namun tidak berjaya. Gerakan Reformasi, Deklarasi Permatang Pauh dan Janji 16 September 2008 adalah antara bukti kegagalannya. 

Sebagai orang tengah yang menjadi ‘gam’ kepada dua parti bercanggah ideologi yakni PAS dan DAP, Anwar menubuhkan gabungan pembangkang yang sudah empat kali cuba menawan Putrajaya (PRU 1999, 2004, 2008 dan 2013) tetapi gagal. Baginya seolah-olah tidak ada cara lain – jika tidak berjaya dengan cara demokrasi, maka tindakan radikal atau revolusilah kaedahnya. Justeru, diadakan Perhimpunan 505 di beberapa negeri dan menyokong rancangan mengadakan protes jalanan membabitkan jutaan penyokong untuk mengguling kerajaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...