Darahsatriadotcom

Followers

Wednesday 7 August 2013

Ahli Parlimen Bukit Katil Didakwa!

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka, Shamsul Iskandar Mohd. Akin dan dua lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menyertai perhimpunan Blackout 505, dua bulan lalu.

Shamsul Iskandar yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), 39; Timbalan, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, 36, dan Naib Ketuanya, Mohd. Nazree Mohd. Yunus, 29, masing-masing mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Mengikut pertuduhan, Shamsul bersama Khairul Anuar dan Mohd. Nazree didakwa menyertai perhimpunan yang diadakan di kawasan larangan, Masjid Ar-Rahman di Universiti Malaya antara pukul 12 tengah hari dan pukul 1.15 petang, 22 Jun lalu.

Anwar, Karpal Perlu Budiman!


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakannya, Pengerusi DAP, Karpal Singh perlu bersikap budiman dengan membuat pengisytiharan harta dan akaun bank mereka.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, selain keberanian mengisytiharkan harta, kedua-dua pemimpin pembangkang berkenaan perlu berani dan memberi kebenaran kepada Bank Negara Malaysia (BNM) menjalankan siasatan menyeluruh mengakses akaun bank mereka.

"Anwar terutamanya jangan suka berdolak-dalik dan menuding jari kepada UMNO dengan pendedahan itu.

"Apa yang boleh beliau lakukan ialah memberi kerjasama mengisytiharkan harta yang dimiliki dan membenarkan BNM menyiasat pendedahan itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...