Darahsatriadotcom

Followers

Tuesday, 25 June 2013

Hipokritnya Pembangkang!

Sikap hipokrit pembangkang terserlah selepas kesemua Ahli Parlimen mereka mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Parlimen hari ini.

Tindakan kesemua 89 Ahli Parlimen pembangkang itu sekali gus membuktikan mereka bersetuju dan menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang melayakkan mereka menjadi Ahli Dewan Rakyat.

Perkara itu juga bertentangan dengan objektif penganjuran beberapa siri perhimpunan haram anjuran pembangkang termasuk yang terakhir di ibu negara Sabtu lalu, kononnya bagi menyampaikan mesej Pilihan Raya Umum Ke-13 penuh penipuan.

Anwar Angkat Sumpah, Penyokong Berbaring Di Jalanraya!

Selepas melakukan pelbagai propaganda, hasutan, tohmahan dan fitnah terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan mendakwa berlaku penipuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengetuai pakatan pembangkang mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

Anwar dan sekutu-sekutunya dilaporkan berbuat demikian kira-kira sejam selepas polis menahan sekumpulan 200 peserta perhimpunan haram yang bertindak ganas merempuh kawalan polis yang mengawal perkarangan Bangunan Parlimen.

Tindakan ganas itu dilakukan oleh saki-baki kumpulan yang sebelum ini menyertai perhimpunan haram di Padang Merbok yang berpunca daripada seruan Anwar supaya rakyat turun beramai-ramai ke perhimpunan berkenaan bagi membantah keputusan PRU-13.

Ternyata, peserta-peserta berkenaan yang ada antara mereka 'berkampung' di dalam khemah di Padang Merbok sejak Sabtu lalu telah diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang.

Tunduknya Kepada Perlembagaan!

Tindakan kesemua 89 Ahli Parlimen pembangkang mengangkat sumpah di Dewan Rakyat membuktikan mereka akur kepada lunas Perlembagaan Persekutuan serta mengakui kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembangkang berjaya memanipulasi pemikiran penyokong mereka untuk berdemontrasi membantah keputusan pilihan raya umum lalu termasuk yang dilakukan kira-kira 200 orang di luar Parlimen pagi ini.

Tambah beliau, ketika kumpulan penyokong pembangkang itu berdemonstrasi dalam keadaan berjerebu dan panas, pemimpin-pemimpin mereka pula melalui perjalanan demokrasi dengan mengangkat sumpah.

Padan Muka Anwar...

Kerajaan Amerika Syarikat tidak berminat untuk mencampuri urusan dalam negara dan hal ehwal politik Malaysia, sebaliknya mahu mengekal dan meningkatkan hubungan baik yang sedia terjalin antara kedua-dua negara. 

Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Datuk Paul Jones berkata, hubungan antara Amerika Syarikat dan Malaysia berada pada tahap memberangsangkan manakala kerjasama di dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan latihan ketenteraan semakin meningkat. 


Kami juga tidak menyebelahi mana-mana pihak, atau memberi sebarang bantuan kepada sesiapa. Pilihan raya adalah urusan di dalam negara ini dan kami tidak terbabit” Paul Jones, Duta Amerika Syarikat ke Malaysia

Anwar Didesak Letak Jawatan!

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak meletak jawatan kerana telah hilang kelayakan sebagai seorang pemimpin.

Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan, Datuk A. Chandrakumanan berkata, Anwar adalah seorang pengecut kerana mengadakan pertemuan dengan pihak di Indonesia bagi mendapatkan sokongan dan mencampuri urusan pentadbiran negara selain membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

‘‘Beliau harus menerima hakikat bahawa pembangkang telah tewas pada PRU-13 lalu dan rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN). 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...