Darahsatriadotcom

Followers

Saturday 3 August 2013

Kita Dipihak Yang Benar!

Peranan media yang menyebar maklumat tepat mengenai kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah telah mengukuhkan sokongan rakyat terhadap usaha menentang pengganas sekali gus menyumbang kepada kejayaan menumpaskan musuh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, media berperanan penting dalam menyebarkan maklumat yang menunjukkan Malaysia sebagai pihak yang benar dalam kejadian pencerobohan itu.

"Peranan media membentuk fikiran rakyat adalah amat penting, bukan sahaja masyarakat Sabah dan Malaysia tetapi masyarakat antarabangsa perlu diberi maklumat tepat bahawa kita di pihak yang benar.

"Benar dari segi kenyataan, benar dari segi undang-undang antarabangsa dan Perlembagaan serta benar dari segi moral. Rakyat Sabah membuat pilihan terbuka bahawa mereka mahu merdeka di Malaysia," katanya.

Bankleaks Anwar / Karpal!

Kemunculan surat misteri mendedahkan 'urus niaga' oleh dua pemimpin tertinggi pakatan pembangkang iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh menimbulkan tanda tanya penduduk di daerah ini.

Surat lapan halaman yang tertera Untuk Pengundi Permatang Pauh dan dihantar ke rumah-rumah penduduk sejak beberapa hari lalu itu antara lain mengandungi pelbagai nombor akaun bank yang didakwa milik Anwar.

Penduduk kemudian memutuskan untuk menyerahkan surat bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal berkenaan kepada bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Dr. Mazlan Ismail.

Mazlan yang menerima kira-kira 6,000 laporan sama yang dihantar hampir setiap hari sejak minggu lalu sama ada melalui pos atau diletakkan di dalam peti surat rumahnya dalam sidang akhbarnya di sini hari ini, meminta Karpal dan Anwar memberi penjelasan berhubung isi kandungan surat itu.

Beliau percaya surat itu dihantar ke kediaman para penduduk Permatang Pauh dan mereka kemudiannya menghantar semula ke rumahnya.

Ramadhan Yang Penuh Dengan Dugaan Dan Cabaran Buat Melayu!

Bulan Ramadan yang mulia ini, masyarakat Islam di negara kita menerima ujian daripada beberapa peristiwa yang boleh dianggap sebagai dugaan terhadap kesabaran dan kewarasan pemikiran umat ini.

Pertama, peristiwa yang dikatakan berlaku di sebuah sekolah oleh tindakan yang berbentuk diskriminasi terhadap pelajar-pelajar bukan Islam dengan 'memaksa' mereka minum dan makan dekat 'tandas'.

Kedua, keputusan mahkamah yang memutuskan bahawa tindakan seorang suami, bapa kepada tiga orang anak, mengislamkan anak-anaknya tanpa keizinan ibunya yang masih kekal dalam agama asalnya, tidak sah dan tidak mengikut Perlembagaan.

Sebelum peristiwa ini pun, telah berlaku beberapa penghinaan terhadap umat Islam, termasuk lukisan dan komen sinikal daripada anak muda bukan Islam yang mempersenda ibadat puasa, iaitu menunjukkan sepasang manusia yang berbuka puasa dengan makanan yang bertanda logo Halal, tetapi mesejnya ialah makanan itu amatlah diragui tentang status halalnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...