Darahsatriadotcom

Followers

Wednesday 17 April 2013

Kit Siang Oh Kit Siang!

Dalam suasana politik demokrasi, seorang wakil rakyat yang baik pasti disayangi oleh rakyat di kawasannya dan beliau juga pasti berat hati untuk bertanding di tempat lain kerana tindakan itu akan dilihat seperti mengabaikan rakyat kawasannya.  

Justeru, wakil rakyat yang baik selalunya akan kekal di satu-satu kawasan untuk masa yang lama dan mempunyai banyak masa untuk merancang dan memantau pembangunan kawasan tersebut. 

Panas : Bagaimana Kalau PM Kita Biseksual?

Awang terpanggil mengulas laporan khas bertajuk Gay Marriage Already Won dalam majalah Times terbitan 8 April lalu yang berkisar kepada isu perkahwinan sejenis.

Pada 2008, tiada calon Presiden AS menyokong perkahwinan sejenis. Bagaimanapun pada tahun lalu, Barrack Obama dan Mitt Romney terang-terangan memberikan sokongan.

Di peringkat Kongres juga menyaksikan sebahagian senator berubah fikiran. Perubahan itu turut tergambar pada rakyat AS. Kajian Pew Research Center baru-baru ini mendapati, satu daripada tujuh orang dewasa di AS mengaku bantahan mereka kini bertukar menyokong. 

Anwar Naik Angin Dengan Transformasi Najib!

Senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) telah diketahui selepas pengerusi perhubungan negeri mengumumkan calon bagi negeri masing-masing.

Namun pengesahan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa 33 peratus calon bagi Parlimen dan 49 peratus calon Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah muka baharu.

Dengan perkataan lain, hampir separuh daripada calon-calon lama akan digugurkan kali ini, sekali gus membuktikan bahawa BN benar-benar telah melaksanakan transformasi.

Analisa PRU13 : Dosa, Pahala, Syurga Dan Neraka!

Debaran siapa yang bakal menjadi calon Barisan Nasional (BN) telah terjawab. Berapa ramaikah bekas Yang Berhormat akan dikekal atau digugurkan juga telah dijawab. Beberapa muka baru juga telah dikemukakan.

Kita juga telah tahu sama ada nama-nama yang meniti di bibir orang politik di seluruh negara yang kononnya akan dicalonkan hanya sekadar spekulasi atau kenyataan.

Bagi yang dipilih semula, selamat berjuang. Kepada yang menaruh harapan tetapi tidak terpilih diharapkan dapat sama-sama turun padang membantu calon pilihan pucuk pimpinan. Bersabar, jangan merajuk dan kecewa. 

Ingat kata-kata Perdana Menteri, Najib Tun Razak, kalau kecewa pun, cukuplah sehari, kemudian kembali ke gelanggang. Seperti diselak minggu lalu, ingatlah juga ikrar setia di Dewan Merdeka semasa Perhimpunan Agung UMNO lalu. Utamakan kemenangan parti.

Guan Eng Dimalukan Dan Memalukan!

Krisis pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP semakin panas dengan parti itu kelihatan belum dapat mencari penyelesaian.

Ada banyak perkara terus menjadi tanda tanya daripada soal jemputan kepada ahli yang layak mengundi hinggalah kepada isu penyelewengan atau kesilapan kiraan undi. Awang juga hairan mengapa Pengerusi DAP, Karpal Singh terpaksa campur tangan kebelakangan ini.

Sepatutnya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang harus bertanggungjawab untuk menyelesaikan segala permasalahan. 

Panas : Mustafa Ali Tutup Malu Cara Kotor!


Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali terus mengecam UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetapi bukan berkaitan video seks yang dikatakan mirip beliau, sebaliknya dalam soal tragedi 13 Mei.


Mustafa mendakwa, UMNO dan BN menggunakan sentimen 13 Mei itu untuk menggugut rakyat, kononnya akan berlaku rusuhan jika pakatan pembangkang memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Anwar Ibrahim Ditelanjangkan Lagi!

Tokoh akademik dan pendakwah, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba tidak terkejut dengan pendedahan beberapa blog mengenai aset bapa Ketua Pembangkang, Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Menurut Sidek, ini adalah kerana beliau sedia maklum tentang kekayaan serta pemilikan saham, selain pelantikan Ibrahim sebagai ahli lembaga dalam berpuluh syarikat.

PAS Tenat! Pengarah Pilihanraya PAS Ubah Haluan...

Kecewa melihat perjuangan Pas yang semakin menyimpang daripada landasan sebenar, mendorong bekas Pengarah Pilihan Raya Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak, Shokri Md. Nor, 68, memberikan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Shokri yang juga Bekas Ahli Jawatan Kuasa Penerangan Pas kawasan Pasir Puteh tanpa berselindung turut tampil di pentas ceramah UMNO dan meminta rakyat mengundi BN dan UMNO yang beliau sifatkan tunjang perjuangan Islam dan Melayu di negara ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...