Sehubungan itu, ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata mahkamah seharusnya membenarkan rayuan pihaknya berhubung pembebasan Anwar.
Katanya, ketika diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi, Anwar memilih memberi keterangan tidak bersumpah daripada kandang tertuduh, yang menyaksikan dia tidak boleh disoal balas.
Muhammad Shafee berkata, Anwar tidak berani memberi keterangan dari kandang saksi sebaliknya memilih untuk bersembunyi di dalam kandang tertuduh dan menyerang kerajaan, hakim serta Timbalan Pendakwa Raya.
Keterangan beliau dari kandang tertuduh hanya penafian semata-mata selepas memberi notis alibi. Hakim yang mendengar perbicaraan kes itu juga tidak mengambil kira keterangan Anwar dari kandang tertuduh, katanya.
Tiada pembelaan alibi
Beliau berkata demikian ketika berhujah di depan Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh yang mendengar rayuan pendakwaan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012, yang membebaskan Anwar.
Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Muhammad Shafee berhujah tiada secebis pembelaan alibi dikemukakan kepada mahkamah dan Anwar menggugurkan terus pembelaan itu ketika disoal berhubung klip video dari kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kondominium terbabit.
Katanya, rakaman CCTV itu menunjukkan ketibaan serta kepulangan Mohd Saiful dan Anwar.
Beliau berhujah Anwar menafikan melakukan perbuatan itu namun tidak menafikan bahawa dia berada di tempat kejadian.
Menyentuh isu lain, beliau berkata hakim mahkamah tinggi terkhilaf apabila memutuskan bahawa 11 item yang dibungkus berasingan dan mengandungi sampel DNA dicemari.
Katanya, tidak ada bukti yang menunjukkan sampel itu diusik kerana bungkusan itu masih bertutup meskipun diletak dalam sampul oleh pegawai penyiasat kes berkenaan iaitu Jude Pereira.
Hak substantif tertuduh
Beliau berhujah kredibiliti pakar asing pembelaan boleh dipertikai kerana memberi keterangan berdasarkan buku teks serta manual sedangkan pakar tempatan menganalisis sampel DNA daripada Mohd Saiful.
Sementara itu, peguam, Karpal Singh membantah hujah Muhammad Shafee berkaitan keputusan Anwar memberi keterangan dari kandang tertuduh.
Ini adalah hak substantif tertuduh, Anwar memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh dan pendakwaan tidak seharusnya dibenar membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu bagi meracuni pendapat mahkamah, katanya.
Beliau berkata, mahkamah tidak sepatutnya mengganggu keputusan hakim perbicaraan berhubung keterangan pakar.
Peguam Ram Karpal Singh pula berhujah mahkamah harus menolak rayuan itu kerana pakar memberi keterangan bahawa sampel terbabit sudah tercemar.
Sumber : Berita Harian Online
Hari ini aku gembira kerana peguam terkenal Dinasti Singh dikalahkan oleh peguam Shafee Abdullah. Aku nak ingatkan orang Melayu bahwa ramai peguam Melayu jauh lebih baik dari peguam Singh yang selama ini diagungkan.
ReplyDelete