Darahsatriadotcom

Followers

Wednesday 31 July 2013

Khairy Tempelak Guan Eng!

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak Lim Guan Eng berikutan kegagalan Setiausaha Agung DAP itu membezakan antara pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) dan Parti Komunis China (PKC) yang memerintah republik itu hari ini.

Beliau berkata, tindakan Guan Eng mempertikaikan kerjasama antara Pemuda Barisan Nasional (BN) dan parti pemerintah China itu jelas menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sengaja melakukan tuduhan yang tidak berasas kepada UMNO. 

Menurutnya, tujuan Pemuda BN memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Parti Komunis China adalah untuk meneruskan kesinambungan hubungan diplomatik terutama dalam usaha meningkatkan pelaburan antara kedua-dua negara.

Katanya, jauh beza dengan PKM yang telah melakukan tindakan ganas terhadap rakyat Malaya dan Malaysia, sebelum serta selepas kemerdekaan.

Rakaman Video Hina Islam!

Belum pun reda penghinaan melampau pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee memuat naik poster berbuka puasa dengan 'bak kut teh' (sup tulang babi) di Facebook, satu lagi perbuatan biadab mempermain-mainkan kesucian agama Islam sengaja dilakukan dalam bulan Ramadan.
 
Kali ini, sebuah video memaparkan seorang anak muda yang menamakan dirinya sebagai Chetz, menyambut Aidilfitri dengan tiga ekor anjing.

Dengan berlatarbelakang suara takbir raya, video selama satu minit 43 saat itu menggambarkan seorang anak muda membuat persiapan di pagi raya dengan memandikan tiga ekor anjing itu sebelum 'mengambil wuduk'.

Anak muda yang berbaju Melayu itu kemudiannya menghidangkan kuih raya kepada anjing-anjingnya sambil duduk makan bersama.

Guling Kerajaan Cara Revolusi!

Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor, Hassan Basri, berkata antara ciri golongan Syiah ialah cuba menggulingkan kerajaan dengan cara revolusi, selepas sistem sedia ada gagal memenuhi matlamat mereka.

“Sebagai contoh, apabila golongan ini tidak dapat menguasai atau membentuk kerajaan, mereka akan ambil tindakan guling kerajaan, buat revolusi bagi memenuhi kehendak. 


“Ini adalah sebahagian cara pergerakan golongan Syiah ini untuk membentuk kerajaan dan cara ini dihalalkan oleh pengikut mereka,” katanya sambil menegaskan, ada di kalangan pemimpin PAS yang mengagumi kebangkitan di Iran. 

Isu Sensitiviti Kaum Membimbangkan!

Tan Sri Muhyiddin Yassin bimbang mengenai aliran semasa yang menunjukkan peningkatan pelbagai isu menyentuh perkauman dan sensitiviti agama yang semakin lantang diungkit pelbagai pihak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keadaan itu menunjukkan seolah-olah masyarakat Malaysia sudah mencapai tahap ‘hyper sensitif’ sehingga ada perkara yang dalam keadaan biasa tidak dianggap sensitif tetapi sudah menjadi begitu sensitif sekarang. 


Katanya, ia dibuktikan apabila sudah timbul pelbagai isu polarisasi kaum serta pelbagai kenyataan dikeluarkan pelbagai pihak yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama termasuk isu membabitkan Kementerian Pendidikan seperti murid tidak makan di kantin sekolah, baru-baru ini. 

Tuesday 30 July 2013

Anwar Tak Peduli Sistem Kehakiman!

Dakwaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya Mahkamah Pilihan Raya tidak menyediakan ruang cukup untuk perbicaraan kes petisyen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) membuktikan Ketua Pembangkang itu tidak mempedulikan sistem kehakiman negara. 

Anwar hanya gemar akan keputusan mahkamah yang memihak kepadanya dan mana-mana keputusan mahkamah yang sebaliknya, dilabelkan sebagai ‘mahkamah kangaru’ berikutan tidak memberi keuntungan politik kepadanya.


Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari, berkata sifat Anwar itu tidak pernah berubah sejak beliau mula dibicarakan atas dakwaan terbabit dalam penyalahgunaan kuasa pada 1988, yang akhirnya membawa kepada Anwar dipenjarakan, selain beberapa kes lain yang berkaitan dengan dakwaan homoseksual. 

Padah Merusuh Depan Parlimen!

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau, Chegubard dan 32 individu lain dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merusuh dan menyertai perhimpunan haram di jalan masuk bangunan Parlimen, bulan lalu.

Kesemua tertuduh termasuk tiga wanita mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibaca oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Chegubard atau nama sebenarnya, Badrul Hisham Shaharin, 35 yang juga pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) didakwa bersama-sama aktivis propembangkang, Adam Adli Abdul Halim, 25; Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang, 24; Sekretariat SMM, Ekhsan Bukharee Badarul, 22, serta 13 individu lain.

Mereka didakwa atas dua pertuduhan, masing-masing mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 143 kanun sama atas dakwaan menyertai perhimpunan haram.

Haram Tetap Haram!

Penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik adalah haram seperti diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan, walaupun tidak memperaga baju mandi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, fatwa yang diwartakan pada 1996 itu jelas menyebut penyertaan orang Islam dalam pertandingan ratu cantik adalah haram dan berdosa. 
“Jadi bukan fasal soal baju, fatwa menyebut (penyertaan wanita Islam dalam) ratu cantik, tak dibenarkan,” katanya.
Terdahulu, Jamil Khir yang juga Pengerusi MAIWP, mengulas kenyataan penganjur Miss Malaysia World 2013 yang meminta peserta Islam dibenarkan bertanding kerana mereka tidak akan memperagakan baju mandi.

Bukan Mainan Politik!

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pendedahan seorang arkitek urus janji kapal selam Scorpene berhubung isu pembelian tersebut serta Altantuya Shaariibuu sebagai bukti wujudnya satu mainan politik pihak tertentu.

Beliau berkata, apa yang dikatakan oleh Jasbir Singh Chahl merupakan kenyataan yang beliau sebut berkali-kali semasa menjawat jawatan Menteri Pertahanan serta di Parlimen.

"Meskipun isu ini agak lama untuk dirungkai permasalahannya tetapi tidak terlambat bagi polis dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada.

"Malah, kita merasakan jika ada pihak yang buat laporan polis terhadap tuduhan dan fitnah oleh Suaram, pihak polis akan ambil tindakan kerana ia telah mencalar imej negara dan pemimpin negara," katanya.

PAS Mesti Bertindak Segera!


Seorang tokoh ulama di sini berharap pemimpin Pas dapat mengambil tindakan segera membersihkan parti tersebut dan ahli-ahlinya daripada ajaran Syiah.

Tokoh tersebut, Prof. Madya Dr. Abd. Aziz Hanafi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Gabungan Institusi Pondok, Maahad Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (Giptis) berkata, walaupun penularan ajaran itu sukar dikesan kerana pengikutnya gemar berselindung dan bermuka-muka, namun pihaknya percaya keadaan itu wujud.

Menurut beliau, pihaknya amat berharap agar pengikut ajaran itu bertaubat dan kembali kepada akidah sebenar iaitu berdasarkan pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah sebelum terlambat.

Dinasti Lim Tergugat!

Ahli DAP mahu parti itu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) dan tidak membiarkan parti tersebut dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass berkata, selepas hampir tujuh bulan akhirnya Lim Kit Siang membuat pengesahan secara tidak langsung bahawa wujud penyelewengan dan manipulasi undi yang membabitkan 547 perwakilan haram seperti yang didakwa oleh Father Augustus Chen dalam buku The Equity Report.

Menurutnya, Kit Siang langsung tidak berani membuat penafian terhadap semua dakwaan penipuan yang dibongkar oleh Father Chen semasa pemilihan CEC pada 15 Disember 2012.

Katanya, sebagai seorang yang karib dengan Kit Siang, ternyata Father Chen tahu cara politik kotor yang diamalkan oleh Kit Siang.

Monday 29 July 2013

Syiah : Pecat Ahli Parti

Pas perlu memecat ahlinya yang berfahaman Syiah tanpa mengira jawatan yang disandang dalam parti seperti yang pernah dilaksanakan oleh Allahyarham Datuk Fadzil Mohd. Noor semasa menjadi Presiden parti itu.

Bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Dr. Mazlan Ismail berkata, tindakan tegas sedemikian wajar bagi membersihkan parti daripada penularan fahaman Syiah.


Selain itu tegasnya, Pas juga perlu memperjelaskan pendiriannya berhubung isu berkenaan.


"Kalau terus berdiam diri tanpa sebarang pendirian, seolah-olah Pas meredai fahaman Syiah.

"Kalau dahulu pada zaman Allahyarham Datuk Fadzil Mohd. Noor, beliau mengambil tindakan tegas terhadap ahli yang terlibat dengan memecat mereka tanpa mengira apa jawatan yang disandang dalam parti,'' katanya kepada pemberita selepas majlis ceramah Ihya Ramadan di Darul Wehdah di sini hari ini.


Sehubungan itu katanya, Pas perlu kembali bertegas dalam hal tersebut demi membersihkan parti daripada penularan fahaman dan pengikut Syiah.

TNV Sentuh Sensitiviti Rakyat!

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, penayangan filem The New Village dikhuatiri akan menyentuh sensitiviti seluruh rakyat Malaysia yang majoritinya menolak sebarang usaha mengagungkan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero.

Ini kerana katanya, beliau telah menonton sedutan filem tersebut dan berdasarkan itu, filem tersebut sememangnya menyentuh sensitiviti seluruh rakyat Malaysia kerana seolah-olah mengangkat maruah pengganas komunis.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa terutama Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengkaji semula kebenaran untuk menyiarkan filem The New Village.

"Perkara ini serius kerana kita lihat apabila filem bercorak patriotisme, Tanda Putera yang menceritakan kehidupan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak terpaksa ditunda setelah menerima kritikan daripada banyak pihak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Khusus Buat Wanita! Wajib Baca...

Sepanjang sejarah kemanusiaan, wanita sering dicatat terdedah kepada penindasan dan ketidakadilan yang dilakukan oleh sistem dan budaya masyarakatnya. Nasib yang tidak baik ini sering digambarkan dalam bentuk tulisan dan lakonan semula oleh media moden hari ini. 

Sejarah era masyarakat jahiliah Arab misalnya mencatatkan iaitu kedudukan mereka sejajar dengan barangan kebendaan yang boleh diwarisi oleh sanak saudara terdekat. Layanan sama juga tergambar dalam kehidupan masyarakat Rom masa lalu. 

Malah ada peraturan yang mengkehendaki wanita menikahi kaum keluarga daripada darah dagingnya sendiri demi memperoleh layanan dan kebaikan. Peranan wanita yang dianggap sebagai objek keseronokan masyarakat, terutama kaum lelaki, amat berleluasa dalam sejarah di peradaban Timur dan Barat. Malah, fenomena itu terus berleluasa sehingga ke hari ini.

Syiah Wujud Dalam Kalangan PAS!

Pas sukar untuk menafikan bahawa fahaman Syiah tidak wujud di dalam parti itu dan antara puncanya adalah kegagalan pucuk pimpinan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang berita atau aduan mengenai penglibatan pemimpin serta ahlinya di dalam fahaman tersebut.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, selama ini sudah ada bukti-bukti yang menunjukkan terdapat pemimpin tertinggi Pas mengamalkan fahaman Syiah.

Pemimpin itu ujarnya, dikatakan tidak menunaikan solat Jumaat, melakukan pelbagai taqiyyah (berpura-pura) selain tersebarnya video kunjungan hormat pemimpin berkenaan ke atas rejim ganas Bashar al-Asad ketika seluruh umat Islam mengutuk keganasan Presiden Syria terhadap rakyatnya sendiri.

Filem Perjuangan Komunis Dilulus!

Sebuah filem yang mengangkat Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero berjudul The New Village bakal ditayangkan di pawagam tanah air mulai 23 Ogos nanti iaitu di bulan kemerdekaan.

Perkara itu didedahkan sebuah blog, http://mymassa.blogspot.com selepas tayangan trailer filem tersebut yang menceritakan kisah masyarakat Cina di Kampung Baru mula tersebar sejak minggu ini.

Blog itu seterusnya mempersoalkan bagaimana filem yang mengangkat perjuangan komunis itu boleh ditayangkan apatah lagi di bulan kemerdekaan sedangkan filem Tanda Putera terpaksa ditangguh penayangan beberapa kali.

Sunday 28 July 2013

Isu Scorpene : The Untold Story!

Propaganda yang kerap digunakan sesetengah pihak berhubung pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu dan dakwaan kaitannya dengan pimpinan negara, ditangkis hari ini apabila arkitek urus janji kapal selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl, antara lain mendedahkan model Mongolia itu tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan rundingan itu.

Bercakap buat kali pertama mengenai urus janji itu, Jasbir juga bersumpah bahawa model itu tidak pernah berada di Perancis apabila mereka cuba memuktamadkan perjanjian itu.

"Saya bersedia bersumpah atas buku suci (agama) saya, Guru Granth Sahib bahawa saya tidak kenal orang ini, bahawa dia tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan, tak pernah jumpa dia, bahawa dia tidak pernah berada di Perancis semasa keseluruhan masa kami cuba untuk memuktamadkan urus janji itu.

"Saya hanya tahu tentang dia apabila membaca akhbar pada 2006 bahawa mereka telah menjumpai mayatnya," katanya kepada The New Straits Times dalam laporan khas bertajuk Scorpene: The Untold Story, yang diterbitkan di sini hari ini.

Guan Eng Dan Doktor Rasis!


Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilihat cuba berdolak-dalik berhubung dakwaan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak memberi kerjasama mengenai siasatan kes doktor Cina bersikap perkauman terhadap pesakit Melayu di sebuah hospital kerajaan di negeri ini dengan memberi alasan tiada 'kuasa' untuk mencampuri pengurusan hospital kerajaan.

Guan Eng mendakwa, isu berkenaan boleh diselesaikan sekiranya Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya sanggup menyerahkan kuasa hospital kerajaan di negeri ini kepada pihaknya.

"Atas sebab itu, saya ingin menjemput Hilmi ke pejabat saya pada hari Rabu ini supaya beliau dapat tunjukkan bukti bahawa saya pernah berjanji secara lisan untuk menyerahkan laporan kes berkenaan kepada Kementerian Kesihatan.

"Mungkin dalam pertemuan itu kelak boleh dibincangkan mengenai perkara ini atau serahkan kuasa pentadbiran hospital awam di negeri ini kepada kerajaan negeri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Karpal Bukan Pejuang Rakyat!

Pengerusi DAP, Karpal Singh dibidas kerana 'menutup mata dan telinga' dalam semua dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam partinya walaupun sering menonjolkan diri sebagai pejuang rakyat.

Justeru, Karpal dicabar untuk bersikap lebih telus dan mengotakan slogan retoriknya dengan tampil menjawab setiap dakwaan beserta bukti kukuh.

Bekas Ketua Cawangan DAP, Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat mendakwa, Karpal seolah-olah bersikap pilih bulu dengan 'membela' penyelewengan serta dakwaan penipuan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada Disember lepas tanpa siasatan rapi.

"Baru-baru ini Karpal tampil membuat dakwaan bahawa buku hasil karangan Father Agustus Chen itu sebenarnya satu penipuan yang boleh menjatuhkan DAP. Apa bukti beliau berkata demikian?

Saturday 27 July 2013

Terbongkar : Pemimpin Parti Politik Penyebar Gerakan Syiah!

Dua pemimpin tertinggi sebuah parti politik dikenal pasti sebagai bertanggungjawab menyebar dan memberi sokongan politik kepada gerakan Syiah di negara ini terutama di utara tanah air.

Sumber memberitahu, kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu telah sekian lama terlibat dalam gerakan Syiah dengan berselindung di sebalik fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi mengaburi orang ramai dan pihak berkuasa.

Malah sumber sama menjelaskan, parti yang dianggotai oleh mereka sebenarnya mengetahui kedua-dua pemimpin tertinggi itu menganuti fahaman Syiah, tetapi tiada sebarang tindakan diambil disebabkan kepentingan politik.

Alvivi Bebas Akhirnya!



Not bad (boleh tahan), merupakan perkataan yang diungkap oleh Alvin Tan, blogger kontroversi ketika ditanya mengenai pengalamannya ditahan selama lapan hari di Penjara Sungai Buloh.

Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 25, kelihatan tersenyum ketika diajukan soalan demikian semasa dia dan pasangannya, Vivian Lee, 24, meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini hari ini selepas dibebaskan dengan ikat jamin RM30,000.

Bagaimanapun Vivian yang sentiasa menundukkan kepala dan menutup wajahnya, tidak menjawab soalan yang ditanya para wartawan.

Apakah Kerajaan Kita Berdaulat?

Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong), dalam sidang akhbarnya di ibu negara, menolak keputusan Kementerian Pendidikan untuk menambah masa pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) di SJKC. 

Peraturan baru yang melibatkan pelajar Tahun Empat, Lima dan Enam itu, dikatakan tidak sesuai untuk dilaksanakan di SJKC. Persoalan saya, siapakah mereka? Adakah mereka ini kerajaan?

Isu ini telah dibawa berbincang sekian lama, kerajaan telah membuat keputusan, tetapi tidak pernah ada penyelesaian kerana terus menerus ditentang oleh kumpulan ultra kiasu ini. Apa jua usaha kerajaan untuk penambahbaikan dan memartabatkan BM di SJKC dilihat menggugat bahasa Cina (BC). Akhirnya, kita pun mengalah.

Mempertahankan Hak Islam Dalam Perlembagaan!

Pada 23 April 2009, Kabinet membuat kenyataan bahawa ‘kanak-kanak bawah umur akan mengikut agama asal ketika ibu bapa berkahwin, sungguhpun selepas salah seorang pasangan itu bertukar agama.’ 

Dua bulan kemudian, Muzakarah Jawatankuasa fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskan sebaliknya: “Apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak di bawah umur juga adalah Islam. 

Inilah inti pati yang menjadi pertikaian antara dua pihak berpolemik mengenai Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan, yakni satu klausa berkaitan hak penjagaan ibu bapa untuk menentukan status agama kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. 

Dalam versi asal bahasa Inggeris, bunyinya: “For the purpose of Clause (3), the religion of person under the age of eighteen years shall be decided by his parent or guardian.”

Friday 26 July 2013

Impian Pembangkang Terkubur!

Calon sesuai serta strategi berkesan oleh jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) adalah antara faktor yang mendorong kepada kemenangan parti berkenaan pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, kelmarin.
 

Laungan Gelombang Biru yang mengiringi kemenangan calon BN malam semalam, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman di Dewan Majlis Daerah Besut di Gong Kemuntong juga dengan sendirinya menolak kempen 16:16 yang dilaungkan pembangkang.
 

Kemenangan itu mengukuhkan lagi BN dan mengembalikan kedudukannya di Terengganu dengan majoriti mudah 17-15 seperti yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu. Ia juga menafikan hasrat pembangkang untuk mewujudkan DUN tergantung, yang mungkin memaksa satu lagi pilihan raya semula.

Lagi Pasal Bonus Raya!

CUEPACS menyarankan kerajaan negeri menyelaraskan pemberian bonus antara penjawat awam negeri dan Persekutuan yang bertugas di negeri berkenaan bagi mengelak ketidakadilan berlaku dalam pentadbiran di peringkat negeri.

Presidennya, Datuk Omar Osman, menyifatkan tindakan kerajaan negeri memberi bonus lebih tinggi atau bonus tambahan kepada penjawat awam negeri berbanding kadar bonus diumumkan Kerajaan Persekutuan sebagai tidak harmoni serta pilih kasih.


Katanya, bayaran bonus yang menggunakan wang rakyat termasuk wang pembayar cukai perlu diagihkan berdasarkan konsep kesamarataan antara penjawat awam negeri dan Persekutuan.

Inilah Dugaan dan Cabaran Ramadhan Buat Cikgu Nasir!

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana (SKSP), Mohamad Nasir Mohd Noor membuat laporan polis selepas menerima dua ugutan bunuh, dipercayai berkaitan isu penggunaan bilik persalinan dijadikan kantin sementara di sekolah berkenaan.

Laporan dibuat di Balai Polis Saujana Utama, di sini pagi semalam. Mohamad Nasir memberitahu BH beliau menerima dua ugutan bunuh oleh individu tidak dikenali selain dikecam dengan kata-kata kesat di laman sosial yang mengganggu emosinya dan keluarga.

“Laporan polis dibuat demi keselamatan saya dan keluarga. Malah, orang ramai turut menghukum saya melalui laman sosial berdasarkan maklumat yang tidak benar.

Benarkah Cina Tiada Aspirasi Nasional?

Permintaan kaum Cina supaya peraturan baru untuk mempertingkatkan masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di tahap dua diteliti semula untuk pelajar tahun Empat sehingga Enam, di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) mulai tahun depan boleh ditafsirkan sebagai mempunyai sifat negetif, selain tidak menghormati bahasa melayu sebagai bahasa negara ini.

Peraturan baru ini terangkum dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang antara matlamat utama ialah untuk menyelaraskan kurikulum di semua sekolah rendah kerajaan. Untuk ini, waktu pendidikan bahasa melayu dipertingkat daripada 180 minit pada masa kini kepada 270 minit seminggu. Begitu juga hal dengan pendidikan Bahasa Inggeris dari 120 minit kepada 150 minit.

Kaum Cina melalui beberapa pertubuhan bukan kerajaan mereka, meminta masa untuk pendidikan Bahasa Melayu hanya berada pada 210 minit. Dengan ini ia diperturunkan daripada 270 minit, manakala untuk bahasa Inggeris, masa yang mereka mahu ialah 210 minit. ia dipertingkatkan dari 150 minit.

Kit Siang, Guan Eng Terus Tutup Mulut!

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng didesak untuk tidak berterusan menutup mulut daripada memberi penjelasan berhubung isu-isu yang membelenggu DAP khususnya berkaitan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu.
 
Desakan tersebut disuarakan bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat yang mahu kedua-dua pemimpin tertinggi DAP itu turut menjawab dakwaan berhubung penipuan dalam pemilihan CEC seperti didedahkan penulis Laporan Ekuiti (Penipuan Pemilihan CEC), Father Augustus Chen.

Malah menurutnya, Kit Siang perlu tampil menegaskan mengenai hubungannya dengan Father Augustus yang didakwa pernah menjadi rakan karib kepada Penasihat DAP itu sebelum ini.

Melayu Disegani Jika UMNO, PAS Bergabung!

Gabungan tenaga politik Melayu yang diwakili UMNO dan Pas akan disegani semua pihak termasuk petualang-petualang politik setiap kaum di negara ini.
 
Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah berkata, hakikat itu terbukti pada era pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein.

Menurut beliau, UMNO sewajarnya bersedia melihat dalam diri secara jujur dan menginsafi kesilapan sendiri manakala Pas pula seharusnya bermuhasabah dan kembali ke pangkal jalan.

"Tenaga politik Melayu yang terdiri daripada pelbagai komponen itu perlulah bersinergi, perlu disatukan dan digembleng secara teratur dan bersungguh-sungguh.

"Itulah mesej yang hendak disampaikan kepada UMNO dan Pas sebagai dua wadah perjuangan orang Melayu yang sepatutnya wujud untuk saling melengkapi dan tidak saling memusuhi," katanya ketika membaca surat terbuka khas kepada UMNO dan Pas dalam sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara hari ini.

Analysis : Merger of Chinese Political Party!


The Barisan Nasional (BN) structures are divided into parties that are racially based and it has been proven that the formula for harmony and peace worked. The formula is to ensure that every race has a voice through their parties and will not have to face the risk of being left out by the party leadership. 



Every party then has their own space to pressure the BN leadership to ensure each and every race is fairly treated. The leadership of BN are responsible to act on the issues that have been discussed. The main goal is for the benefit of the people of Malaysia. 



We all know that the structure of BN is the main target by the opposition by calling it as a racist system. This particular action by the opposition proves that the Pakatan Rakyat in Malaysia is not politically mature. Up till today, all the critics that they made are not positive to the development of the country. 

Program Hasutan Di Bulan Ramadhan!

Pihak berkuasa, khususnya polis dan Jabatan Peguam Negara perlu menyiasat segera program berbuka puasa anjuran pertubuhan tidak berdaftar, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang berbaur fitnah serta hasutan baru-baru ini.
 
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, penganjuran program tersebut di bulan Ramadan dengan motif menghasut rakyat membenci kepimpinan negara adalah amat serius dan berbahaya kepada keharmonian Malaysia.

Menurut Anuar, jika siasatan dan pendakwaan tidak dapat dibuat, Jabatan Peguam Negara perlu memberi penjelasan kepada rakyat mengapa perkara itu tidak boleh dilakukan sedangkan fitnah dan hasutan oleh Suaram berterusan dan tidak pernah berhenti.

Thursday 25 July 2013

Bimbangnya Perkasa Akan Nasib Melayu!

Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meluahkan kebimbangan orang Melayu berhubung isu-isu semasa seperti pendidikan, ekonomi dan agama.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pertemuan yang berlangsung selama satu jam itu disertai 10 barisan kepimpinan pertubuhan tersebut dan diadakan dalam suasana yang sangat emosi.

"Perkasa telah sampaikan perkara-perkara yang orang Melayu dan Islam rasa tidak senang hati terutama isu ekonomi, pendidikan, agama dan meritokrasi.

"Dalam isu ekonomi, kita suarakan tentang ketidakberkesanan walaupun banyak dasar yang dibuat oleh kerajaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Lagi-Lagi Hal Anwar Ibrahim!

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa gagal memenuhi janji bahawa beliau akan melepaskan semua jawatan di dalam parti sekiranya pakatan pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
 
Ahli Dewan Negara, Senator Datuk S. Nallakaruppan berkata, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pernah menyatakan hasratnya untuk memboikot majlis angkat sumpah di Parlimen, namun beliau merupakan wakil rakyat pembangkang yang pertama mengangkat sumpah.

"Ini semua lakonan beliau. Ketua Pembangkang seorang yang seperti sesumpah. Ketua Pembangkang juga sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita peribadi dan matlamat beliau," katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara hari ini.

Blogger Lucah Dilepaskan!

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan pasangan “bak kut teh” yang memprovokasi terhadap Umat Islam semasa bulan Ramadan untuk diikat jamin hari ini.

Hakim Datuk Azman Husin membenarkan Alvin Tan dan Vivian Lee diikat jamin dengan RM30,000 dan seorang penjamin bagi setiap seorang selepas membenarkan permohonan semakan mereka.

Beliau juga mengarahkan passport kedua-dua pasangan itu juga ditahan dan mereka dihalang untuk memuat naik sebarang artikel menyinggung, komen memprovokasi dan gambar pornografi yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Hakim juga menghalang kedua-dua pasangan daripada menggunakan sebarang alat komunikasi seperti telefon pintar untuk membangkitkan ketegangan kaum dan agama.

Panas : Ahli Parlimen PR Didakwa!

Dua Ahli Parlimen, empat aktivis mahasiswa dan seorang anggota Sekretariat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dalam perhimpunan Black 505 di Padang Merbok, bulan lalu.
 
Ahli Parlimen Pandan, Mohd. Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook bersama aktivis mahasiswa, Adam Adli Abd. Halim, Muhammad Safwan Anang @ Talib, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham, Mohamed Bukhairy Mohamed Sofian dan anggota sekretariat PKR, Muhammad Adib Ishar mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berlainan.

Mohd. Rafizi, 36, Siew Fook, 36, dan Muhammad Adib, 24, didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Zainuddin Ahmad yang memerlukan mereka mendapatkan kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menggunakan Padang Merbok untuk perhimpunan itu.

Titanic Shafee-Karpal Battle To Undo Anwar's Acquittal!

A Titanic courtroom battle is shaping up between two legal gladiators -- Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah for the government and Karpal Singh for Datuk Seri Anwar Ibrahim in the prosecution's bid to undo the opposition leader's Sodomy II acquittal delivered early last year.

The outcome is as salivating as the prospects of this unprecedented legal skirmish, with its political implications, and the hype and theatrics surrounding it.

Shafee is not just a courtroom lawyer with defences of unusual clients in the dock. He is also a celebrity with the defiance you'd normally associate with the colourful people he defended against criminal charges of murder, drug dealing and organised crime.

When Shafee sets about defending the accused, he inadvertently becomes the news, a cause celebre of sorts at ease as a pugilist debunking allegations not just in the courtroom but also in the realm of public opinion. But Karpal bores the same reputation, too.

Isu Murid Bukan Islam Makan di Bilik Persalinan: Siri Provokasi Terancang!

Selepas PRU-13, kita menyaksikan penghinaan terhadap agama Islam dilakukan secara bertubi-tubi melalui laman-laman sosial peribadi. Difahamkan, keberanian pihak yang membenci Islam untuk terus melakukan provokasi adalah berpunca dari terhapusnya Akta Hasutan dan akta-akta pencegahan.   

Apa yang berlaku ini jelas menunjukkan yang mereka telah merancang strategi untuk menimbulkan ketegangan sejak dari awal iaitu sejak mereka mendesak kerajaan untuk menghapuskan akta-akta itu lagi. 

Belum lagi isu Alvivi reda, kini timbul pula isu murid bukan Islam yang kononnya dilayan seperti hamba dan disuruh makan di dalam tandas sebagai menghormati murid Islam yang berpuasa.   Isu ini menjadi ‘viral’ dalam sekelip mata di mana belum pun sampai 24 jam ia sudah dipetik oleh media antarabangsa.

Wednesday 24 July 2013

PAS Dimalukan Pengundi Kuala Besut!

Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut Barisan Nasional menang dengan majoriti 2,605 undi.

Keputusan tersebut menunjukkan peningkatan undi yang diperoleh BN berbanding Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

PRK DUN Kuala Besut menyaksikan pertembungan di antara calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dengan calon Pas, Endot@Azlan Yusof.

Pada pilihan raya lalu, Dr. A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon Pas, Napisah Ismail.

Kes CEC DAP: ROS Perlu Berapa Lama Untuk Menyiasat?

Kes penipuan DAP dalam pemilihan jawatankuasa pusat (CEC) parti itu pada dasarnya adalah kes yang amat mudah.

Ia bertitik tolak daripada keputusan pemilihan pada 15 Disember 2012 yang didapati gagal menyerlahkan DAP sebagai sebuah parti berbagai kaum apabila kaum lain selain Cina telah tersingkir walaupun ada di antara mereka telah berpuluh tahun bersama DAP.   Berikutan itu, DAP dikritik teruk sebagai rasis.

Bagi menyelamatkan keadaan, DAP telah memilih untuk menipu iaitu dengan mengaku bodoh tidak tahu mengira undi menggunakan komputer.  Kononnya, komputer telah tersilap kira dan pihaknya telah tersilap salin.  Oleh itu, pemilihan perlu di adakan semula.

Ketegangan Antara PAS-PKR Memuncak!

Keadaan tegang antara PAS-PKR dalam menghadapi PRK Kuala Besut bukan lagi rahsia.  Khabarnya, orang-orang PKR menghadiri program-program kempen juga sekadar syarat sahaja.  Lebih dari itu, mereka langsung tidak membantu PAS. 

Manakala perlantikan Husam sebagai Pengarah PRK untuk memujuk hatinya juga nampaknya tidak begitu dihargai oleh Husam. Sebaliknya, jiwa raga Husam terus setia bersama Anwar Ibrahim atau PKR.  Husam tegar memikul tanggungjawab sebagai parasit di dalam PAS.   Dan seperti yang kita tahu, misi Husam di dalam PAS ialah untuk merampas jawatan Presiden. 

Seperti ‘saudara-saudaranya’ di dalam PKR, Husam turut berdendam dengan Hadi, iaitu ‘ulama’ yang menikam belakang PKR di ambang PRU-13 lalu.  Kenyataan Hadi mengenai pil kuda benar-benar ‘makan dalam’ bagi PKR.   PKR kini sedang berura-ura untuk menyaman Hadi berkenaan isu itu. 

Kuala Besut Bukannya Jajahan Kelantan!

Ada satu perkara yang cukup menarik di PRK DUN Kuala Besut yang sedikit suam-suam kuku kehangatannya tika ini di mana sepertinya wujud satu kepercayaan dikalangan segelintir politikus akal sejengkal yang menganggap Kuala Besut dan Daerah Besut adalah sebahagian dari Kelantan.

Bertitik tolak dari kepercayaan itulah gamaknya membawa kepada idea dikalangan beberapa pimpinan PAS Kelantan untuk melobi seterusnya mengangkat Naib Presidennya iaitu Husam Musa sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS bagi PRK DUN Kuala Besut.

Mungkin isu perlantikan Husam sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS di Kuala Besut boleh dianggap isu enteng tapi umum tahu akibat perlantikannya itu telah meninggalkan kesan besar menyebabkan jentera PAS Terengganu menjadi kaku dan pegun seolah-olah telah ditawan oleh PAS Kelantan.

Ustad Youtube Boikot Ceramah PAS!

Mengikut jadual sepatutnya malam tadi (22 Julai 2013), selebriti agama yang baru beberapa minggu ini menghabiskan bulan madu bersama isteri ketiganya yang muda trang tang-tang iaitu Azhar Idrus turut turun berkempen bersama Mursyidul AM PAS di Kampung Nail, Kuala Besut.

Azhar Idrus yang dikenali ramai sebagai Ustad Youtube sebelum ini pernah diura-urakan bakal menjadi calon PAS namun akhirnya tercicir dari senarai restu pimpinan parti selepas Naib Presiden PAS, Husam Musa melobi supaya memilih kroninya iaitu Che Long sebagai calon PAS di Kuala Besut.

Ikut perancangan, ceramah yang tidak menjadi kenyataan malam tadi itu dikira sebagai ceramah MEGA yang serba MEGAH, itu yang sepatutnya di mana akan menghimpunkan lebih 50,000 orang meskipun padang sempit itu hakikatnya hanya mampu menampung sejumlah 500 - 800 orang hadirin sahaja.

PAS Edar Risalah Palsu!

Walaupun Pas sering mengatakan dasar perjuangan parti itu adalah berdasarkan Islam, namun cara berkempen yang ditunjukkan mereka di pilihanraya kecil (PRK) DUN Kuala Besut jelas mengambarkan sebaliknya. Sekiranya sebelum ini, mereka mengunakan habuan syurga sebagai satu helah untuk memperdayakan pengundi Islam, kini gerakan dan strategi mereka semakin selari dengan pendekatan ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ seperti yang sering digunakan PKR dan DAP.

Sebagai contoh, ketika kempen pilihanraya umum ke-13 yang lalu, pakatan pembangkang telah dikesan mengunakan kaedah pengedaran risalah palsu kononnya ketua pembangkang, Anwar Ibrahim mendapat sokongan ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi untuk menjadi Perdana Menteri.

Namun percubaan yang bertujuan untuk menipu dan mengelirukan rakyat itu berjaya digagalkan apabila pihak media arus perdana, dan bloggers Barisan Nasional (BN) berjaya mengesan dan mendedahkan usaha jahat tersebut. Hasilnya rakyat khususnya pengundi mula sedar akan permainan licik tersebut lantas menghukum pakatan pembangkang dengan memberikan mandat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus menerajui kepimpinan negara.

Tuesday 23 July 2013

Locals Opine BN!

PAS is struggling to keep its presence in the Kuala Besut state felt as the party is slowly slipping away from the race to take Kuala Besut state constituency from Barisan Nasional (BN) to deny the BN the state government.

With just three days to polling which is fixed on Wednesday, the party election machinery continues its best trying to attract audiences who are voters to its numerous nightly ceramah but the response is luke warm and at times cold.

The party speakers who included party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang and deputy president Mohad Sabu had tried raising national issues such as corruption and white elephant projects around Terengganu but to no avail.

PAS Parti Ideologi Khawarij...

Tindak tanduk pas yang kononnya memperjuangkan Islam semakin memualkan setelah bersekongkol dengan parti rasis Cina, Dap. Bukan sahaja tindakan Pas semakin menyimpang daripada landasan Islam malah daripada kenyataan serta perlakuan pemimpin-pemimpin mereka bertentangan dengan ajaran suci agama.

Demi meraih undi dan kelangsungan populariti sebagai sebuah parti politik, Pas akan sanggup melakukan apa sahaja termasuk 'berzina' dengan Dap sehingga melahirkan 'anak haram', PKR. Begitulah jika boleh diumpamakan keadaan Pas memperjudikan maruah Islam dengan dap sehingga nilai serta imej agama turut dikorbankan.


Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat yang 'diarah' bersara oleh Sultan Kelantan kerana tidak mampu lagi menerajui negeri Serambi Mekah itu, masih belum sedar dan tidak mahu bertaubat terhadap dosa yang dilakukannya kepada umat Islam di negara ini. Pada satu ceramah semasa kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Besut di Terengganu, Nik Aziz masih menjurus kepada perpecahan masyarakat Islam di mana-mana sahaja beliau berucap.

Bonus Raya 2013... Terima kasih PM!


Jikalau ditanya pihak yang bersungguh membela nasib & membawa tuntutan 1.4 juta penjawat awam iaitu Cuepacs Malaysia, tidak angka yang cukup untuk mereka selagi bonus setengah bulan tidak ditunaikan. Tetapi, seperti asam garam membuat tuntutan kepada pihak kerajaan, akan ada ditolak daripada jumlah yang sebenar. Minta lebih dapat kurang. Minta kurang? Dapat ________________
H
ari ini, sudah masuk hari ke 14 umat Islam berpuasa. Bermakna lagi 2 minggu daripada sekarang kita kita akan menyambut Hari Raya. Jadi seperti biasa, bersempena dengan kedatangan Ramadhan & menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak semestinya kakitangan awam terus menantikan dan mengharapkan pembayaran bonus Raya 2013, sekurang-kurangnya dapatlah kiranya meringankan beban kewangan 1.4 juta penjawat awam.


Berdasarkan sumber yang Berita Semasa perolehi langsung daripada MOF,kewangan negara tidak berada dalam keadaan sihat ketika ini. Oleh itu, untuk pemberian bonus raya 2013 sehingga setengah bulan kali ini agak tipis sedikit. Tetapi harapan tetap ada, ini kerana berbalik kepada tujuan Pakej Rangsangan Ekonomi & juga bonus penjawat awam. Untuk terus menggalakkan perbelanjaan & aliran tunai yang aktif di dalam negara dan sekaligus memastikan duit tidak tepu di dalam bank sahaja.

Demi Masa Depan Cina!

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya penggabungan Gerakan, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menjadi satu parti baharu mampu menarik semula sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, penggabungan itu memudahkan gerak kerja untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada parti yang didominasi kaum Cina dalam BN berbanding dibuat secara berasingan.

''Penggabungan itu tidak mengapa, kita boleh tengok kerana parti Melayu pun satu sahaja dalam BN. Saya fikir kalau boleh dia bersatu senanglah sikit, kalau tidak, masing-masing tarik sokongan,'' katanya ketika ditemui pemberita.

Untungkah BN?

Satu sahaja persamaan antara tiga parti Cina yang bakal bergabung ini - semuanya kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lalu.

MCA kalah 30 daripada 37 kerusi Parlimen yang ditandinginya. Dan hanya menang 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 90 kerusi DUN yang dipertaruhkan. Gerakan pula hanya menang satu kerusi Parlimen, Simpang Renggam, daripada 11 kerusi diperuntukkan dan tiga kerusi DUN daripada 31 kerusi ditandingi. Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pula tewas di enam daripada tujuh kerusi Parlimen.

Inilah yang menyebabkan isu penggabungan timbul semula sejak hangat diperkatakan pada 2008 lagi. Ketiga-tiga parti terutama MCA dan Gerakan sememangnya sejak lima tahun lagi telah meneroka semua kemungkinan untuk perlu mencari jalan yang membolehkan terus bernafas pada pilihan raya umum akan datang.

Monday 22 July 2013

Wujud Situasi DUN Tergantung 16:16!

Penduduk Kuala Besut diminta tidak tertipu dengan pujuk rayu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak akan memohon kerusi Menteri Besar sekiranya 'kempen 16-16' menjadi kenyataan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenyataan Abdul Hadi itu hanya perangkap yang bakal menyebabkan keadaan politik menjadi tidak menentu serta menyusahkan rakyat.

Beliau berkata, justeru sokongan pengundi di Kuala Besut kepada BN amat penting dalam memastikan kestabilan yang dinikmati sejak sekian lama dapat dikekalkan dan demi masa depan negeri ini.

Bila Gula Bukan Lagi Tumpuan Semut!

Fikir habis-habis sebelum keluarkan komen sensitif mengenai kaum, agama dan kedudukan raja pada laman media sosial kerana anda sedang diperhati.

Menamakan diri mereka sebagai Semut - 'Sensible and Ethical Malaysians United Troopers' (tentera siber yang beretika), kumpulan sukarelawan ini memantau laman media sosial bagi mengesan kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

"Sukarelawan ini akan menyalurkan maklumat termasuk 'screenshot'. Kemudian kita akan teliti maklumat itu dan buat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat," kata penyelaras Semut Huan Cheng Guan kepada Bernama.

PAS Tak Ghairah Nak Berkuasa?

Pas mula menggempur Kuala Besut dengan beberapa siri ceramah serentak ketika Barisan Nasional (BN) sebaliknya pula meningkatkan program usrah dan ziarah.

Dan malam di sekitar pekan nelayan dan pelancongan ini sudah mulai sesak dengan penonton politik yang datang dari serata ceruk mencari keseronokan - mula memberi gambaran sebenar tentang lazimnya kemeriahan suasana kempen terutama dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), apatah lagi ia dilihat amat penting bagi kedua-dua parti bersaing.

Dendangan yang dimainkan oleh Pas juga sudah bertukar rentak; rentak baru yang mula diletakkan asas oleh Pengarah Pilihan Rayanya, Datuk Husam Musa tanpa diiringi sebarang fatwa baru yang menyusahkannya sebagaimana baru-baru ini.

Tiada Sebab Tukar Kerajaan!

Tidak ada keperluan untuk rakyat negeri ini, khususnya di Kuala Besut menukar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah mentadbir negeri dan merencanakan aspek kebajikan rakyatnya dengan baik.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kerajaan yang ada hari ini mempunyai wawasan dan mengamalkan pendekatan luar kotak sehingga meletakkan pencapaian negeri itu dalam pelbagai bidang, khususnya pendidikan mengatasi negeri lain.

Beliau berkata, justeru itu, Kedah yang dipimpinnya kini turut mempelajari pengalaman dan pendekatan Terengganu dalam pentadbiran terutama dalam usaha melahirkan generasi Ulul Albab.

"Kami dari Kedah datang ke sini untuk membalas budi Terengganu, khususnya Besut. Kita banyak belajar daripada Terengganu melalui program Ulul Albab, kita lihat banyak sekolah yang menggunakan program ini dan prestasi mereka meningkat dengan ketara, Kedah akan mencontohinya.

Penghinaan Terhadap Nelayan!

Bertempat di bilik gerakan Unit peti Undi (UPU) Kampung Nail Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyamakan pengundi di Kuala Besut seperti ikan. Analogi tersebut digunakan kononnya bertujuan untuk mengelakkan para pengundi termakan dengan umpan yang diberikan oleh Barisan Nasional BN). 

Berucap di hadapan kira-kira 200 orang semalam, Hadi mengatakan agar para pengundi di Kuala Besut  menjadi ikan yang cerdik dengan hanya memakan umpan yang diberikan.
 
"Ikan yang cerdik, dia makan umpan sahaja, tidak kail. Jangan jadi ikan dukang yang badan berbelang, (dan) bermisai tapi tidak berharga sesen. 

"Biar kita jadi ikan yang cerdik dan bijak. Orang bagi umpan, kita ambil umpan, mata kail biar kepada dia. Itu cara kita hadapi pilihan raya. Insya-Allah, kita akan mencapai kemenangan," katanya. 

Sunday 21 July 2013

Tindakan Yang Membawa Padah!

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sengaja memainkan sentimen perkauman sehingga boleh menggugat keharmonian kaum di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, KDN bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat pemantauan lebih ketat ke atas semua NGO dan individu yang terlibat dan tidak teragak-agak untuk menggunakan undang-undang yang sedia ada.

Katanya, amaran tegas itu tidak melibatkan mereka yang cuba memperlekehkan agama Islam sahaja malah semua agama yang diamalkan secara harmoni di negara ini.

Akta Keharmonian Nasional Lebih Relevan!

Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak telah mengumumkan  pemansuhan Akta Hasutan 1948 dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional. 
Keputusan untuk memansuhkan itu dibuat untuk mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga Malaysia dan keperluan menangani masalah kemajmukan yang wujud di negara ini. 

Padah Taksub Politik!

Umat Islam diingatkan bahawa perbezaan fahaman dan ketaksuban dalam berpolitik akan membawa kemudaratan dan kehancuran kepada negara dan rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sebagai bukti, kemelut itu berlaku di beberapa negara termasuk Mesir dan adalah tidak mustahil akan turut melanda Malaysia jika rakyatnya berbeza fahaman dan terlampau taksub dalam berpolitik.

"Gejala seumpama itu juga sudah pasti akan menghancurkan perpaduan kalangan umat Islam hanya disebabkan fahaman politik sempit," katanya ketika berucap dalam mesyuarat dengan Penyelaras Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Besut di Balai Raya Kampung Beris Lampu, dekat sini hari ini.

Saturday 20 July 2013

Najib Razak Bakal Ditentang!

Pergerakan Pemuda UMNO negeri Johor menggesa pemilihan Pemuda UMNO Pusat yang akan dijalankan pada perhimpunan agung parti Oktober ini dibuat secara terbuka dengan mempertandingkan kesemua jawatan.

Gesaan itu dicapai sebulat suara oleh seramai 20 daripada 26 Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang menghadiri mesyuarat khas Pergerakan Pemuda UMNO negeri di Pejabat UMNO Bahagian Batu Pahat di sini semalam.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, permintaan itu dibuat bagi memastikan UMNO terus relevan serta mengambil kira suara akar umbi seperti yang termaktub dalam pindaan perlembagaan parti tahun 2009-2010.

Habislah Masa Depan Rakyat Terengganu!

Usaha Pas mewujudkan pentadbiran kerajaan Terengganu yang tergantung menerusi kempen 16-16 tidak akan diterima rakyat, terutamanya pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan itu dianggap populis bagi meraih perhatian.

Menurutnya, kempen sebegitu jelas tidak rasional kerana setiap individu dan rakyat di sesuatu kawasan atau negeri tentunya tidak mahu melihat keadaan kucar-kacir dalam pentadbiran kerajaan.

Karpal Singh Bakal Didenda Dan Dipenjara?

Perbicaraan kes terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh di Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan berhubung Sultan Perak dalam satu sidang akhbar di pejabatnya, empat tahun lalu, ditangguhkan ke 26 Julai ini hanya selepas bersidang selama 30 minit.

Penangguhan tersebut adalah berikutan pihak pembelaan yang mewakili Karpal tidak membawa salinan asal laporan polis peguam itu pada 15 Mei lalu berhubung kenyataan yang dibuat oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah dalam satu forum, Mei lalu.

Ia juga bagi membolehkan pihak pembelaan mendapatkan laporan polis asal yang dibuat oleh sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dibuat semalam terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang didakwa telah menyalahgunakan kuasa dan mengamalkan pendakwaan terpilih.

Magik SPR Bakal Menjadi!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan warna dakwat digunakan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut akan kekal walaupun dicuci.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, bagi mendapat kesan tanda dakwat pada jari, pengundi dinasihat memastikan jari mereka tidak berminyak sebelum mencelup.

Beliau berkata, setelah dicelup, dakwat tersebut perlu dibiarkan lebih kurang 30 saat untuk kering.

"SPR mendapati jika dakwat kekal itu dicuci warnanya akan muncul semula di jari. SPR juga telah menghantar contoh dakwat kekal kepada Jabatan Kimia untuk diuji dari aspek kandungan bahan-bahan yang digunakan dalam dakwat itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...