Darahsatriadotcom

Followers

Tuesday 23 April 2013

Terbongkar : Pakatan Sebenarnya Tidak Sepakat!

PR dijangka akan manipulasi isu calon UMNO/BN yang bertanding bebas di beberapa kerusi. PR bertanding di 7 kerusi sesama sendiri membuktikan bahawa PR tiada kesepakatan dalam kerjasama selama ini.

Pergelutan kerusi sebenarnya bermula sejak 2011 sebagaimana transkrip emel yang didedahkan semalam. Perebutan sesama sendiri petanda Pakatan akan rebah dalam PRU13.

Pengikut PKR Hampa Dengan Anwar!


Anwar Ibrahim tipu penyokong sendiri apabila gagal membawa lelaki miripnya yang dikatakan ditahan di Thailand. Ini bukan pertama kali PKR mendakwa wujud lelaki mirip Anwar Ibrahim malah sejak 2011 lagi  Chegubard dan PKR menjaja kononnya sudah mengenal pasti identiti lelaki mirip Anwar Ibrahim.

Tujuan sebenar cerita ini ditimbulkan untuk mencipta persepsi konon video tersebut tidak melibatkan Anwar Ibrahim. Malah lelaki yang didakwa mirip Anwar Ibrahim juga tidak menyerupai Anwar.

Teresa Kok Semakin Tergugat!


Teresa Kok melalui laman facebook menuduh SPR berat sebelah kerana memberikan jaket kepada Nicole Wong untuk menutup logo BN.

Rata-rata komen yang ditinggalkan menuduh SPR menggunakan taktik kotor kerana tetap menerima pencalonan Nicole Wong walaupun Teresa membantah kerana memakai baju berlogo BN.

Namun, Teresa Kok perlu juga sedar dengan menyiarkan gambar Kit Siang juga memakai baju berlogo parti ketika penamaan calon tadi.

Ordinan Pilihan Raya tidak melarang hari penamaan calon yang memakai pakaian parti ke dalam pusat penamaan calon, Ordinan Pilihan Raya hanya melarang sebarang logo parti politik dipakai pada hari pengundian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...