Darahsatriadotcom

Followers

Sunday 24 March 2013

Panas : Suruhanjaya Siasatan DiRaja Perlu Ditubuhkan Dalam Isu Lahad Datu... Ada Gunting Dalam Lipatan, Musuh Dalam Selimut!

SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA KE ATAS PENGLIBATAN ANWAR DALAM ISU PENCEROBOHAN PENGGANAS KIRAM DI LAHAD DATU WAJAR DISEGERAKAN. 

BANYAK BUKTI-BUKTI SOKONGAN MENGENAI PENGLIBATAN BELIAU DAN KONCO- KONCONYA TELAH TERDEDAH.


Mari kita sama-sama lihat kronologinya : 

Jom Bertindak!

YAB Perdana Menteri telah melancarkan kit tindakan, Jom Bertindak, melalui laman web 1Malaysia.

Ayuh, Jom bertindak! Jom register! (1Malaysia). 

Percuma ke? Kalau percuma, bolehlah kita #JomBertindak.. He..He..

Silalah layari : Jom Bertindak

Anda juga boleh memberikan komen mengenai Jom Bertindak di pautan ini.

Biar Benar : Malaysia Maju Seawal 2018!

Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diperkenalkan kerajaan telah menghasilkan kesan di luar jangkaan, dan Malaysia berpotensi mencapai status negara maju seawal 2018. 

Tanpa Diduga : ETP Memberangsangkan, GTP Tingkat Kehidupan

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia telah mencapai kemajuan besar dari segi ekonomi sejak Program Transformasi Ekonomi (ETP) dilancarkan dua tahun lalu.

Perdana Menteri dalam Laporan Tahunan ETP 2012 memberitahu, sepanjang tahun lalu, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kekal kukuh dan stabil, kadar pengangguran dan inflasi kekal rendah serta pelaburan semakin meningkat, termasuk yang diperoleh daripada Tawaran Awam Permulaan (IPO) ketiga terbesar di dunia melalui penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) di Bursa Malaysia.

Formula Kejayaan Malaysia Terbongkar...

Laporan Transformasi Nasional yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Angkasapuri baru-baru ini adalah satu testimoni kejayaan dan kesannya amat memberangsangkan.

Inilah jejak rekod (track-record) sebuah kerajaan yang bertanggungjawab melakukan transformasi menyeluruh dalam bidang penggubalan dasar, strategi pelaksanaan, pengukuhan prasarana, pembangunan ekonomi dan sosial, pembangunan sumber daya insan, menyantuni kelompok miskin dan tidak berada dan mendukung strategi 'janji ditepati'.

Satu Analisis : Negara Muflis Bukan Cakap Kosong...

Dalam seminggu dua ni, banyak kita baca dalam surat khabar, tonton di TV dan dengar di radio berkenaan negara muflis kalau silap pilih kerajaan. Minta Allah selamatkan negara kita daripada malapetaka ini.

Tapi minta dan harap saja tak cukup kalau kita sendiri tak ambil tahu soal pengurusan ekonomi dan kewangan atau tak mahu belajar sikit pun selok-belok ekonomi dan kewangan.

Anda Penentu Keamanan Malaysia...


Mari Kita Lihat Kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat..


Mari kita kongsikan kejayaan pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri-negeri di bawah pemerintahan mereka.

Jom kita layari link ini :whathefuckhaspakatandonesofar

Satu Pendedahan : Azizah Tahu Tabiat 'Luar Biasa' Anwar!


Pendedahan : Rakaman Audio Taklimat Strategi Rahsia PKR Terbongkar!


Terbongkar : Apa Yang Terjadi Pada 7 Mac 2013 di Manila?

Philippine Military Intelligence mengesahkan kehadiran Sivarasa dan Tian Chua ke Manila, Filipina pada 7 Februari 2013, yakni dua hari sebelum pendaratan Pengganas Kiram ke Lahad Datu pada 9 Februari 2013.

Media antrabangsa seperti Reuters, Inquirer  Manila Times, The Philipine.ABC.CBN, Wikileaks dan Kedutaan Amerika di Manila mengesahkan akan “Pembabitan Individu Pembankang dari Malaysia”. Kemudiannya individu pembangkang ini dikenalpasti sebagai Tian Chua, R. Sivarasa dan Bapa Pengkhianat Negara Anwar Ibrahim. 

Terdedah : Lim Kit Siang Semakin Terdesak.. Akan Gunakan Logo PAS Raih Sokongan..



Keratan paparan muka akaun twitter milik Lim Kit Siang yang mengesahkan kenyataannya 
bercadang bertanding atas lambang Pas jika parti DAP digantung pendaftarannya.

Langkah Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mahu bertanding menggunakan lambang Pas sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) menggantung pendaftaran partinya dipersoal memandangkan agenda perjuangan antara kedua-dua parti itu berbeza sama sekali.

Penganalisis politik, Prof. Madya Zainal Abidin Borhan berkata, Kit Siang dan pimpinan DAP tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan platform parti lain terutamanya Pas sedangkan mereka boleh menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Jika benar itu berlaku, Pas selepas ini akan dianggotai dan dipimpin oleh orang-orang kafir.

"Menggunakan logo Pas berbanding PKR dibimbangi mempunyai niat jahat untuk memecah-belahkan umat Melayu dan Islam sekiranya parti yang dipinjam untuk ditandinginya itu menang,’’ katanya.

Mesti Tonton : Bagaimana Menjadi Yang Berhormat (YB)...


Satu Analisis : Perlukah Kerajaan Sedia Ada Ditukar?

Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), parti-parti politik membuat pelbagai penyelidikan untuk mengukur sokongan rakyat. Pelbagai hipotesis dan pendekatan digunakan untuk mengetahui kedudukan parti yang bertanding. Institusi penyelidikan, universiti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan juga melakukan kajian dan penyelidikan kerana tidak mahu ketinggalan dalam menyumbang pendapat. 

Apa juga bentuk kajian yang dijalankan, hasil kajian utama yang ingin diketahui ialah sokongan terhadap parti dan dimensi lain yang dianggap penting.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...