Darahsatriadotcom

Followers

Friday 7 June 2013

Bila DAP Kurang Ajar, ROS Didesak...

Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) mempercepatkan keputusan berhubung kedudukan DAP, susulan isu pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu pada Disember lalu.

Presidennya, Rahmad Isahak berkata, isu itu membabitkan kepentingan umum terutama di Pulau Pinang, kerana DAP menjadi peneraju dalam kerajaan pakatan di negeri itu.

"KMPP percaya ROS sudah mempunyai cukup bukti dari hasil siasatan yang dibuat sejak enam bulan lepas dan kami percaya serta yakin dengan kuasa yang ada, ROS tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

DAP Buat Hal Lagi...

Naib Pengerusi Strategik MIC, Datuk R. Ramanan mencabar pemimpin tertinggi DAP meletak jawatan dengan serta merta sekiranya benar parti itu telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) tanpa pemberitahuan notis kepada beberapa cawangannya. 

Menurutnya, cabaran tersebut 'wajib' disahut bagi membuktikan kepimpinan tertinggi parti itu tidak menyembunyikan sebarang agenda atau mempermainkan ahli-ahli untuk kepentingan tertentu.

"Saya cabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Penasihat parti, Lim Kit Siang dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke tampil membuktikan perkara itu adalah tidak benar.

"Saya tidak akan bersuara jika tidak ada bukti dan oleh itu, saya cabar mereka berundur daripada parti jika saya berjaya membuktikan bahawa AGM telah diadakan tanpa pemberian notis kepada beberapa cawangan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bila Cina Hentam Cina!


Masyarakat Cina khususnya Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) perlu sedar tidak ada negara lain di dunia yang membenarkan kaum Cina terus hidup sebagai 'Cina' kecuali di Malaysia.

Sehubungan itu, Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong mahu pertubuhan itu berhenti membuat tuntutan melampau sebaliknya menggunakan pendekatan mengambil kira resam 'di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung'.

Menurut beliau, realiti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dengan orang Melayu merupakan pemilik kuasa dominan perlu diakui semua pihak termasuk masyarakat Cina.

Taktik Terbaharu DAP Didedahkan!

DAP mungkin berdepan dengan satu lagi kemelut dalam kalangan ahlinya sendiri berikutan keputusan 'tergesa-gesa' kepemimpinan tertinggi untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) setiap cawangan parti itu sejak dua minggu lalu. 
 
Seorang pemimpin kanan DAP yang enggan namanya disiarkan mendakwa, AGM itu dipercayai bagi 'mencantas' mana-mana cawangan yang bertindak lantang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan cara pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada Disember lepas. 

Jelasnya, setiap Pengerusi Negeri telah diberi arahan untuk segera mengadakan AGM di negeri masing-masing dengan segera namun yang menjadi persoalan ialah ramai ketua cawangan masih samar-samar dengan keputusan itu. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...