Darahsatriadotcom

Followers

Tuesday 9 April 2013

Pendedahan : PR Tersungkur Kerana Anwar?

Persidangan Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz membuat deklarasi bahawa haram bagi umat Islam di negara ini mengundi pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mereka menyokong pluralisme agama yang jelas menyekutukan Allah.

Pengerusi persidangan, Harun Yahya berkata, deklarasi tersebut dibuat berdasarkan nas daripada kitab-kitab Ulama Ahlusunnah Waljamaah yang muktabar setelah para peserta mengadakan perbahasan selama tiga hari bermula Sabtu lalu.

Panas : DAP Pergunakan PAS!

Pas tidak akan menarik semula persetujuannya membenarkan DAP menggunakan lambang parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 sekali gus mengetepikan keresahan ahlinya di peringkat akar umbi.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kebenaran berkenaan diberikan kerana Pas dan DAP mempunyai persefahaman bersama atas konsep resolusi yang disepakati antara parti dalam pakatan pembangkang.

Why BN, Not PR!.

Barisan Nasional's Manifesto was launched with success yesterday. All in all, the manifesto was complimented and described as one of the best as it covers all aspects. At the same time, it is not wrong for us to say that even Pakatan Rakyat's manifesto is great as everything is for free, cheap and easy, like living in heaven.

However, as how people say it, nothing is ever too good to be true. This is proven when Pakatan Rakyat themselves admitted that their 2008 manifesto were not promise.

Strategi DAP Yang Kurang Ajar!

Taktik penasihat DAP Lim Kit Siang untuk mewujudkan kebencian antara kaum Cina dan Melayu seterusnya memberikan sokongan kaum Cina kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) boleh menghancurkan negara.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sekiranya wujud permusuhan antara kaum Melayu dan Cina, negara ini tidak akan stabil, sekali gus mewujudkan kemusnahan sedangkan banyak usaha dilakukan kerajaan bagi membangunkan Malaysia sejak merdeka 55 tahun lalu.

Panas : Hindraf Kurang Ajar!

Hindraf yang sebelum ini menyatakan kekecewaan mereka terhadap manifesto pakatan pembangkang turut menolak manifesto yang dilancarkan Barisan Nasional (BN) semalam sambil menyatakan bahawa intipatinya tidak menepati tuntutan kumpulan itu.

Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan kerajaan BN untuk semua kaum di negara ini, Hindraf terus mendakwa peruntukan dijanjikan kerajaan masih gagal dinikmati oleh kaum itu.

Eksklusif : Habuan Wang Untuk Artis!

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) hari ini mendedahkan terdapat beberapa artis tempatan telah menjadi ejen bagi memujuk kalangan rakan artis untuk menyertai parti-parti pembangkang sebagai usaha meningkatkan pengaruh.

Presidennya, Zed Zaidi berkata, artis-artis yang menjadi ejen pembangkang tersebut merupakan artis yang kecewa dalam industri dan berjuang tanpa mempunyai latar belakang dan asas agama yang kukuh.

Pendedahan : Team Anwar Buat Hal Lagi!

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mendedahkan percubaan terbaharu pakatan pembangkang untuk menipu dan mengelirukan rakyat negara ini menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


Penipuan yang dimaksudkan ialah pakatan pembangkang dikatakan bakal menyebarkan kira-kira satu juta risalah kononnya ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi untuk menjadi Perdana Menteri.

Panas : Kerana DAP, PAS Mengalah!

Semua orang tahu bagaimana hebatnya DAP menentang perjuangan Islam oleh Pas. Malahan umat Islam juga tahu bagaimana sikap DAP terhadap soal-soal berkaitan Islam.
Pemimpin DAP menentang hukum hudud, pemimpin DAP menolak dasar Islam, pemimpin DAP mencadangkan bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah dan pemimpin DAP memperkecil serta merendah-rendahkan peranan Majlis Syura Pas.

Tetapi Pas dengan senang hati tetap akan membenarkan DAP menggunakan lambang parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Tahniahlah kepada penyokong-penyokong Pas kerana memiliki sekumpulan pemimpin yang begitu berpegang teguh kepada semangat setiakawan biar pun apa juga kawan tersebut lakukan ke atas mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...