Darahsatriadotcom

Followers

Tuesday 16 April 2013

Sikap Anwar Jejas Sokongan Terhadap Pakatan Pembangkang!

Pemimpin-pemimpin sepatutnya berkebolehan membuat keputusan jitu, kemudian melaksanakannya tidak kiralah apa pun halangan yang datang. Malang buat Pakatan Rakyat, "ketua umum" mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim kini lebih kerap menunjukkan sikap beliau yang teragak-agak.

Tak perlu kita bincangkan tentang keputusan untuk rakyat, sedangkan minggu lepas Anwar sendiri gagal membuat keputusan jitu untuk dirinya sendiri. Ramai yang terkejut betapa Anwar gagal membuat keputusan tentang kerusi mana yang beliau akan bertanding, yang disusuli dengan tindakan "flip-flop" sebelum akhirnya beliau ambil keputusan untuk terus mempertahankan kerusi Permatang Pauh.

Terdedah : Muslihat Dan Gimik DAP Terbongkar!

Apabila Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad mengumumkan di Johor Bahru pada 17 April 1992 bahawa Kerajaan Pusat tidak akan menghalang hasrat kerajaan PAS mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan, DAP terpinga-pinga. 

Tun Mahathir, yang menjadi Perdana Menteri ketika itu berkata, andai PAS dan sekutu pembangkangnya ingin meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan undang-undang syariah diwujudkan di Kelantan, usaha itu juga tidak akan dihalang. 

DAP Semakin Berpecah!

Lim Kit Siang telah mengarahkan pemimpin DAP menutup mulut ekoran terdapatnya perbalahan dalaman antara parti cauvinis Cina itu. Usaha itu dibuat ekoran usaha DAP yang cuba "dilihat" menjadi parti pelbagai kaum, sedangkan jelas hak kaum lain di dalam DAP diketepikan. 

Apa buktinya? Tiada Melayu dalam kepimpinan tertinggi DAP, sebaliknya calon Melayu, Zairil Khir Johari hanya "dilantik" sebelum Lim Guan Eng kata berlaku "silap kira undi." Apa lagi kata Kit Siang? 

Karpal Buat Hal Lagi!

Dua perwakilan DAP menyangkal kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh semalam bahawa tiada penipuan berlaku pada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) yang diadakan pada hujung tahun lalu.

Bekas Penolong Setiausaha DAP Taman Seri Sungai Pelek, Wong Yu Liuh berkata, beliau dan dan Ahli Jawatankuasanya, G. Manimaran merupakan antara 753 perwakilan yang dinafikan hak untuk mengundi pada pemilihan itu.

Satu Analisa : Dari Rakyat, Untuk Rakyat!

Jika yang dicari adalah bulan dan bintang, maka manifesto atau aku janji Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 seperti dibentang Datuk Seri Najib Tun Razak malam kelmarin tidak layak dipandang.

Namun dokumen 17 perkara itu tidak mengandungi elemen-elemen fantasi atau khayalan.

Perkara-perkara yang terkandung di dalamnya juga bukan omong kosong atau janji-janji yang mudah dilafazkan dan sedap pada pendengaran.

Tetapi aku janji itu hadir dengan falsafah dan maruah yang digalas dengan cukup berat. Aku janji itu juga dirangka penuh bertanggungjawab serta dengan keyakinan dan kewibawaan mampu dilaksanakan.

Itulah aku janji BN - Menepati Janji, Membawa Harapan. Tonggaknya adalah rakyat dan pastinya akan dijayakan demi rakyat.

BN Terduduk Memikirkan Nasib Parti!

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hilang majoriti dua pertiga di Parlimen serta kehilangan beberapa negeri mengejutkan semua pihak.

Ramai pemimpin, ahli dan penyokong BN 'terduduk' memikirkan nasib yang melanda parti yang telah menguasai kerajaan hampir 50 tahun lalu itu.

Walaupun ia satu pengalaman pahit, namun ia telah mengejutkan semua pihak daripada lamunan bahawa BN tidak selamanya akan menang.

Terkini : Anwar Sahkan Pakatan Pembangkang Goyah!

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui pergeseran dalam pakatan pembangkang berhubung agihan kerusi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) masih belum dapat dimuktamadkan.

Penasihat Parti Keadilan (PKR) itu berkata, pakatan pembangkang masih gagal mencapai kata sepakat di kerusi-kerusi yang menjadi rebutan sesama mereka.

Walaupun menyifatkan pergeseran itu sebagai perkara biasa, Anwar mengingatkan keadaan tersebut boleh menyukarkan usaha pembangkang untuk menyaingi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 5 Mei ini.

Terkini : Apa Sudah Jadi Dengan Kedah...

Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Azizan Abdul Razak berkata kerajaan di bawah pimpinan beliau tidak akan memberikan janji-janji baru untuk PRU13 sebaliknya hanya akan menumpukan perhatian ke atas usaha menunaikan janji-janji lama.

Kerajaan Selangor banyak sangat tabur janji, kata MB Kedah.


PAS tidak akan tawarkan apa-apa janji untuk Kedah sempena PRU13, kata Dato’ Seri Azizan Razak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...