Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi gambaran jelas
bahawa hudud kini menjadi perkara kedua dalam perjuangan parti itu
kerana keutamaan mereka sekarang adalah untuk membentuk kerajaan Pusat
dengan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.
Nik Abdul Aziz memberikan gambaran itu kepada wartawan di rumahnya di Pulau Melaka, di sini hari ini.