Laporan portal berita tersebut yang memetik sumber yang boleh dipercayai dan rapat dengan kem" Datuk Seri Mohd. Najib adalah merupakan daya imaginasi" penulis tersebut kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.
Perbincangan mengenai sebuah kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepemimpinan pakatan pembangkang sehingga kini masih tidak dapat menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 dan mempertikai keputusan tersebut.