Darahsatriadotcom

Followers

Tuesday 9 July 2013

DAP Semakin Tertekan!

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz menempelak Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana disifatkan membuat kenyataan berbaur ugutan terhadap parti itu berhubung hasrat meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, pertikaian berkenaan isu tersebut seharusnya diselesai menerusi perbincangan.

Katanya, masyarakat bukan Islam perlu menghormati kedudukan Islam dalam Perlembagaan yang meletakkan hak orang Islam sebagai kepentingan teratas dan membenarkan mereka melaksana setiap tuntutan agama.

Karpal Singh Berbahaya!

Ahli Pas yang juga Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, Pas perlu komited dan istiqamah dalam mempertahankan teguran yang disuarakan Penolong Setiausaha Agung parti itu, Datuk Takiyuddin Hassan terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Menurutnya, tiada siapa boleh menafikan Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang telah tercatat dalam Perlembagaan dan semua pihak harus menghormati peruntukan berkenaan termasuk tidak mempertikaikannya.

"Apa yang ditegaskan Takiyuddin itu benar, jadi Pas perlu mempertahankannya dan saya harap semua ahli serta pemimpin Pas beristiqamah terhadap perkara ini.

"Jangan menukar pendirian ini sama seperti yang dilakukan pemimpin-pemimpin parti sebelum ini berhubung beberapa isu lain pernah yang dibangkitkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Orang Muda Pertahan Kuala Besut!

Bekas Jurutera Awam di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37, dipilih sebagai calon Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Pemilihan calon muda anak tempatan itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pelancaran jentera UMNO dan pengumuman calon di sini petang ini.
 
Beliau berkata, bagi menunaikan tanggungawab yang menuntut kepada gerak kerja yang lebih kuat, Barisan Nasional (BN) mengetengahkan tokoh yang lebih muda untuk memacu masa depan rakyat dalam kawasan tersebut.

SPR Mula Bersuara!

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di beberapa negeri yang mempunyai angka genap akan ditambah supaya menjadi angka ganjil dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi mengelak situasi DUN dan Parlimen 'tergantung'.
 
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, cadangan menjadikan bilangan kerusi genap kepada ganjil merupakan antara pertimbangan dalam kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya yang bermula hujung tahun ini.

"Inilah salah satu perkara yang akan diperbetulkan oleh SPR dalam persempadanan semula. Bagi negeri-negeri dan Parlimen yang mempunyai bilangan kerusi genap, kita akan lihat di mana yang sesuai dan kita akan jadikan nombor ganjil.

Katakan Tak Nak Pada AI...


DAP Bakal Mengamuk!

Empat perkara yang termaktub dalam perlembagaan termasuk yang membabitkan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi akan terbuka kepada pertikaian sekiranya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dua lagi perkara itu adalah berkenaan kedudukan Raja-raja Melayu serta hak istimewa orang Melayu.

"Jika Akta Hasutan dihapuskan secara keseluruhannya, 'pihak berkenaan' berhak untuk sentuh empat perkara ini yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Saya tidak akan berkompromi jika ada pihak yang mahu sentuh perkara-perkara ini. Mereka yang sentuh salah satu daripada empat perkara ini akan dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 seperti sedia ada," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...